..:: You Follow I, I Follow You

Mr & Mrs Chenchen

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Ya Allah, Kau Perelokkanlah Segala Perjalanan Hidup Kami

Monday, November 29, 2010

Perempuan Terdesak Lagi Nazak!!

Dah banyak kali saya sabar dan saya rasa saya tak boleh bersabar lagi...Jangan ingat bila saya diam, saya tidak tahu apa2.

Kepada pemilik no. 013-6281**4, sila jauhkan diri anda dari suami saya. Saya tahu banyak pasal anda, sms yang dihantar kepada suami saya sebelum dan selepas kami berkahwin. Sms ugutan 2 hari sebelum kami berkahwin pun masih saya simpan. Hatta, sms yang dihantar kepada suami saya ketika anda berada di sebuah hotel di Kuala Terengganu ini pun saya masih simpan. Oh ya, sms pukul 1045pm semalam tu adakah bertujuan untuk membuat saya cemburu, fikir bukan2 mengenai suami saya? Anda sungguh terdesak la cik...

Anda sungguh berani dan yakin sungguh ye...Apa pun kisah anda dengan suami saya dahulu saya dah tahu..Dan saya terima baik buruk suami saya sebagaimana dia terima baik buruk saya. Anda tak perlu risau apa2 kerana kami memang hidup bahagia...Dan anda, sila lah risaukan diri anda dahulu sebelum nak risaukan orang lain...

Sila jauhkan diri anda dari suami saya sebelum mulut saya menjadi jahat dan nombor anda, gambar anda dan segala sms itu terpampang di blog suci saya ini!!!! Biar semua kawan anda yang sangat menyokong anda selama ini tahu yang anda tidak 'selemah' yang mereka sangka...

p/s : Siapa yang desperate sekarang ni cik? Saya atau anda??? Sila jaga maruah anda sebagai seorang perempuan. Anda memang sangat kesian!!!!

Saturday, November 13, 2010

Bahasa Rempit Lagi Gedik

Apa tu bahasa rempit lagi gedik? Nak contoh? Nah...

1. Shaye da gumuxs agik!! Mency_nyer!!!~~ [][]
2. Gadering Pamely!!Bezy di Dhapo..Macak Ketupat n Sambal Kacang Mabeles! Huhu Perotku da Belagu Riang..Bile Mo Mamam Nyh!!.... >.< []
3. Diowunk niew jahat..Aq jew yg bek..
4. Lam famly akuwh just call me byla..then fwenz call me b...


Cukup la tu kot kan.. Apa perasaan korang bila baca semua ni? Saya memang cukup pantang dengan bahasa sebegini. Tak kata orang lain la. Anak-anak saudara saya.. Suka sangat nak tulis dengan ejaan yang payah nak paham ni. Kadang2 saya dan IncikSuami sengaja tulis ayat2 camni semata2 nak sindir anak saudara saya. Tapi, gitu la.. Payah.. Diorang ingat bila diorang tulis gitu diorang rasa diorang cool, comel habis  kot. Tolonglah.. Che De (anak2 saudara saya panggil saya) tak suka....

Kalau yang tulis dengan 'short form' tu saya masih boleh terima sebab saya faham jugak la nak baca macam mana.. Walaupun kekadang tergagap jugak...Tapi yang ni macam keterlaluan sangat la.. Che De tak suka tau.. Jangan buat lagi ok.. Kalau tak, tahun depan Che De bagi duit raya 50sen je. Hehehe

p/s : Mungkin sebab saya cikgu kot. Tu yang jadi tak suka pada mereka yang guna ayat rempit gitu...Hehehe.. Kepada yang terasa, saya minta maaf. Saya memang menyampah dengan ayat rempit lagi gedik itu..

Tuesday, November 9, 2010

Amalan Baik Ketika Mengandung : Rohani

Walaupun saya tak berkesempatan untuk amalkan selepas solat 5 waktu tapi alhamdulillah, anak saya dengar jugak la setiap hari walaupun beberapa potong ayat sahaja. Saya nak anak saya sentiasa mendengar alunan ayat suci al-Quran ini sepanjang dia berada dalam rahim saya. Saya mahu alunan suci ini menjadi santapan rohaninya sepanjang hari. Dengan harapan, anak saya akan sempurna rohaninya kelak. (agak2 kalau anak saya baca blog saya ni nanti apa dia rasa ek?mesti dia tak nak derhaka ngan saya kan?hehehe)

Bawah ni saya sertakan sekali beberapa surah dari al-Quran yang elok diamalkan semasa mengandung. Diambil dari Pakcik Google dan kebetulan hari tu ada dengar Ustazah Nur Bahiyah berceramah mengenai amalan baik ini. So, saya nak share pada semua.

1. Surah Al-Fatihah - Untuk terang hati
2. Surah Maryam - Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat
3. Surah Luqman - Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa
4. Surah Yusuf - Untuk memperoleh anak cantik rupa dan cantik akhlak
5. Surah Hujurat - Untuk memperbanyakkan susu ibu dan agar anak bersifat berhati-hati
6. Surah Yaasin - Untuk ketenangan hati dan agar anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat
7. Surah At-Taubah - Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat
8. Surah An-Nahl - Untuk melahirkan anak yang berdisiplin
9. Surah Al-Anbiya' (mintak maaf, saya lupa ayat keberapa tapi ini adalah doa nabi yunus semasa dalam perut ikan yu tu...) - Untuk memudahkan ibu bersalin
10. Ayat 38 Surah Ali Imran. Maaf, saya tak sempat nak dengar dan catat kelebihan ayat ini. Ustazah Nur Bahiyah cakap laju sangat. Hehehehe)

Semoga akan menjadi amalan saya sehari-hari lepas ni dan boleh amalkan setiap kali lepas solat fardu. Setakat ni cuma mampu buat lepas solat maghrib je. Hehehe..Apa nak jadi la saya ni...:)

p/s : Jom mengaji sama2 wahai IncikSuami...:)


Tuesday, November 2, 2010

Saya nak IncikSuami setiap hari dengan saya...

Dah hampir 5 bulan saya kawen dan cuma beberapa kali saya berpeluang masak untuk IncikSuami. Terkilan jugak tapi selagi saya masih di sini, begitulah keadaannya. Walaupun saya masak nasi goreng rasa nasi lemak, masak mee rebus rasa mee bandung, saya tahu IncikSuami sanggup bedal sahaja. Hehehe..TQ sayang sebab kata masakan saya sedap walau hakikatnya hanya awak yang tahu...hihihihi

Hish...Sebenarnya bukan hal masak memasak ni yang saya nak cite. Saya nak cite pasal proses pertukaran saya dari pulau ke daratan. September bebaru ni, borang ada keluar dan saya mestilah tak pernah jemu untuk mengisi. Tak larat weh nak ulang alik tiap2 hujung minggu naik feri. Errrrrrr.....Lebih tepat lagi sebenarnya, saya dah tak larat nak jauh2 ngan IncikSuami. Hehehehe...Kesian dia asyik makan nasi bungkus, asyik basuh baju sendiri, asyik senyum sorang2 kat rumah, asyik tengok tv sorang2, asyik main cak cak ngan katak sebab bosan (umah kami banyak katak), asyik pelok bantal je malam2..opssss...Hehehe...

Macam2 saluran atau kabel terpaksa digunakan untuk memastikan saya berjaya ditukarkan kembali ke daratan. Tiap2 hari doa moga saya berpeluang untuk hidup seperti pasangan suami isteri yang lain jugak. TAPI..saya dapat tahu boss sekolah saya sangat 'sayang' saya dan tak menyokong pertukaran saya. Biasanya, kalau boss tak sokong pertukaran memang payah la nak dapat tukar... Lepas dapat tahu, saya lencarkan perang dengan dia... Bukan perang apa pun, perang tak nak bercakap dengan dia je.. (mana berani nak perang versi lain..Maunya dia hantar saya jauh ke hulu pedalaman, lagi naya saya ni..)..Nampak dia, saya akan lari. Kalau dia tanya apa2, saya cuma jawab ala kadar je. Dah tak kuasa nak manja2 nak ramah2 dengan dia. Betul...Saya sangat kecik hati dengan dia....

Saya harap ini tahun pertama dan terakhir saya di sini. Bukan tak sayang tak cinta sekolah ni, tapi dalam keadaan saya sekarang (mengandung), saya sangat memerlukan suami saya di sisi. Sedih sangat bila mengandung gini, IncikSuami jauh. Harap warga SK Pulau Redang sekalian memahami.

p/s : Moga harapan menjadi kenyataan.. Amin..

Sunday, October 24, 2010

Oh Mengandung III

Dua hari ni saya rasa perut saya kembung semacam. Tapi takde la sampai mengganggu tidur dan urusan harian. Saya fikir perut kembung mungkin sebab saya dah lama tak buang air besar. Saya kan ada masalah ini sejak mengandung. Saya rasa sangat tak selesa dan sampai takut nak makan walaupun perut lapar yang amat. Saya jadi letih dan sangat tak larat. Balik umah mak mertua hari tu saya asyik terperap je dalam bilik sebab masalah ini. Maafkan saya..Saya bukan sengaja nak buat camtu.

Malam tu saya tak boleh tidur. Perut saya memulas2 tapi takde pulak rasa nak membuang. Perut lak kembung semacam. Macam bukan pregnant 4 bulan. Dalam hati dah fikir macam2. Takut apa2 jadi kat anak saya. Hampir subuh kot baru saya dapat tidur. Esoknya, IncikSuami terus ajak ke klinik berhampiran rumah. Terjumpa la Klinik Rahim Hamzah Halim dan Razali dan saya berpeluang 'bergurau senda' dan 'meluahkan perasaan' kepada Dr.Karimah yang baik sangat itu.

Masalah 1 : Sembelit dan perut kembung.

Beliau tekan2 perut saya lalu berkata "Patutla awak sembelit. Angin banyak ni dalam perut awak. Banyak sangat ni." Saya cuma sengih je dan kata memang saya ni banyak angin sejak anak dara lg. Huhuhu...Beliau pon memberikan penerangan jelas mengenai sembelit ketika mengandung ini. Kami berdua hanya cakap.."ooooooo...begitu ye...". hehehehe..

Banyak la tips yang beliau bagi suruh saya ikot kalau tak nak sembelit lagi. Antaranya..
1. "Awak kena minum 6 botol air sehari. Tak kira la apa jenis air sekalipun. Air batu air sirap air masak asal jangan teh, kopi, air bergas. Tu kalau awak takde kencing manis.
2. "Kena makan buah/sayur 3 mangkuk sehari. Bukan mangkuk sup tu ye. Tapi mangkuk maggi. (sambil menunjukkan saiz mangkuk kepada kami.)
3. "Minum/makan air/makanan yang berkultur. Macam yogurt, vitagen. Semua tu bagus untuk usus. 

Sebenarnya, tips yang beliau bagi tu saya dah try pon sebelum jumpa beliau. Tapi tak mendatangkan hasil. Memang jenis perut kebal. Hehehe.. Cuma makan buah/sayur 3 mangkuk besar sehari je saya susah nak amalkan. Susah duduk sini. Huhuhu..

Masalah 2 : Perut kecik dan berat tak naik.

Saya bercerita la mengenai perihal saya kena tegur sebab berat tak naik. Sila rujuk sini. Cepat2 Dr. Karimah cakap. "Kenapa pulak dia nak marah? Suka hati kita la nak naik ke tak nak. Bukannya ada kena mengena pun. Asal anak kita sihat sudah. Kalau saya ada situ, memang kena nurse tu. Perut awak nampak kecik sebab ni anak sulung. Perut awak masih kemas dan susah la sikit nak 'memberi' (erk....apa memberi dlm bahasa melayu yek?ada sesapa buleh tolong?Yang tak paham sila tanya la sesapa yang tahu ye..huhu). Kalau awak tak caya, nanti scan kita akan tahu. Jangan bimbang, berat ibu takde kena mengena. Kalau anak sihat dan membesar dengan sempurna, berat kita akan naik seiring dengannya. Jangan risau ye...""

Saya? Sangat lega dan legaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

Tiba lah masa untuk scan. First time tau saya scan womb saya. Sangat nervous.. Dan ini lah anak saya...


"Haaa..tengok..sihat cergas anak awak ni..Ni kepala dia, ni hidung dia, kaki dia, usus dia, tulang belakang dia......................................................................................................................................(titik2 panjang ni maknanya saya tak dengar apa Dr cakap.).IncikSuami je yang kusyuk dengar. Sebab masa tu saya dah berada di dunia saya sendiri. Hanyut dalam khayalan. Dalam kereta baru saya tanya balik IncikSuami..Hehehehe...

So, kemusykilan saya terjawab. Dan saya tak perlu risau lagi pasal anak saya. Cuma yang saya risau, kenapa perut saya kembung sampai sekaraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang?? Sakit sampai tak boleh tidur. Kesian IncikSuami yang turut berjaga malam untuk urut perut saya. Nak makan nangka tak boleh, nak makan goreng pisang pun tak boleh sebab mak cakap itu makanan sejuk dan berangin. Makin teruk nanti. Saya sangat terliur dengan nangka ituuuuu... Huhuhu...Oh perut, cepat la baik. Saya teringin nak makan nangka...

p/s : Lambatnya bulan 4.. Tak sabar nak tengok muka dia. macam saya ke macam IncikSuami..Hehehehe


Tuesday, October 19, 2010

Temujanji Keempat (19 Oktober 2010)

Aik? Dah temujanji keempat? Mesti yang selalu baca blog saya ni akan pelik kenapa dah empat? Memang dah empat pun sebenarnya. Saya tak bercerita mengenai temujanji2 lain sebab takde hal menarik nak kongsi pon. Check up kat klinik kerajaan mana buleh nak scan banyak kali. Bila balik tanah besar memang asyik tak sempat je nak gi klinik untuk scan anak saya ni. Kesian saya kan sebab duduk sini..Huhuhu... Setiap kali temujanji, nurse cuma akan check paras hemoglobin saya, check urin, tekanan darah, timbang berat saya dan raba2 perut saya sikit. Itu je..

Temujanji hari ni pun sama jugak.. Cuma saya kena marah manja2 ngan nurse sikit sebab berat badan cuma naik 100g sahaja. Diulang...100g sahaja selama sebulan. Tension kan? Saya pelik jugak sbb saya ni memang makan banyak. Housemate saya yang turut sama bernafsu besar dalam makan2 sejak saya ngandung  ni dah naik beberapa kilo tapi saya cuma 100g.. Arghhhh...

Saya tanya la nurse samada akan ada kesan kat anak ke tak kalu berat tak naik? Dan nurse itu cakap kemungkinan akan ada la. Takut anak tak besar seiring usia dia. Saya jadi takut. Huhuhuhu.. Masa tu memang tangan asyik usap2 perut. Bimbang sangat2. Nurse tu cakap 'Jangan risau lagi cuma kalau bulan depan tak naik jugak awak kena berdebar la. Koman2 dalam 2kg kena naik bulan depan'.. Maaaaaaaakkk.. Saya ni memang susah sangat nak gemuk. Memang susah sangat2. Kalau naik hari ni 2kg, esok pasti turun balik ke berat asal. Selalu sangat dah gitu.

Balik dari klinik, saya tanya la schoolmate saya yang ngandung jugak. (dia dah 5 bulan). Dia kata dia pon naik 200g je. Normal la tu dia cakap dan lepas scan tadi, anak dia nampak besar dan sihat je.. Lega la sekejab masa tu. Malamnya, terus terfikir balik. Jadi takut balik. Terus tanya Incik Google dan dapat jawapan yang sangat la melegakan hati saya. Saya ni kurus dan tinggi sebab tu la perut tak nampak cam mengandung dan berat naik sikit je. Bila bukak forum dan tanya kakak2 senior, diorang pon cakap itu biasa bagi anak sulung dan insyaallah xde apa2. Alhamdulillah. Saya dah lega.

Tapi kan..sebaik sahaja saya nak klik butang publish post tadi saya terfikir macam2 lagi dan mulai takut balik. Aduhai... Balik nanti sibuk macamana pon saya tetap nak gi scan dan nak tengok anak saya. Selagi saya tak tengok dia, selagi tu la saya akan rasa macam2 gini...

p/s : Anak mama baik2 saje kan?.....

Mama Papa...Cak!!!!!

Lamanya tak update..Dan kalau saya update blog saya ni pun pasti pasal mengandung kan? Hehehe.. Ntah lah, itu je yang suka sangat saya nak tulis sekarang..

Untuk pengetahuan semua, anak saya dah mula menunjukkan diri dia. Waaaaaaaaaaaahhh... Saya ingat lagi subuh 29 September 2010 saya terjaga dari tidur dan perut rasa senak semacam. Sambil gosok2 perut saya cadang nak kejutkan IncikSuami. Belum sempat nak kejut anak saya terus menimbulkan diri dan kata 'Sila bangun solat subuh mama'..erk..korang percaya ke ni?hahaha... Terus cepat2 saya goncang IncikSuami untuk bagi dia sentuh anak dia tu. Lama jugak anak saya ni timbul tapi disebabkan ini kali pertama dia muncul, saya takut nak usap sangat. Saya sentuh gitu2 je. Hehehe...Kemunculan pertama anak kami tu memang buat air mata saya menitis. Allah je yang tahu perasaan saya masa tu..

Sejak dari tu, kerap jugak la anak kami tu muncul. Dan saya tak lagi takut nak usap dan belai dia. Saya perasan anak saya ni kerap muncul kalau cuaca masa tu sejuk. Agaknya dia sejuk dan nak manja2 ngan saya kot. Moga anak kami sihat dan sempurna kejadiannya. Amin.


Sunday, September 26, 2010

Oh Mengandung II

Saya nak cakap lagi pasal mengandung ni.

Sejak mengandung, jerawat naik bermaharajalela. Sangat besar dan bernanah. Dah lama jugak jerawat gunung berapi gitu tak naik tapi sejak mengandung ni, mereka berlumba2 mahu tumbuh. Saya sangat stress!!!! Sebelum ni, kalau dia keluar pon takde la sakit sangat. Yang ni, nak amik wudhu' pon seksa. Sakit!!!! Malu kat semua malu kat IncikSuami jugak. Hish..Nasib baik la IncikSuami tak kisah pon dengan kewujudan anasir2 jahat itu. Phewww...:)..Nak letak ubat2 yang dijual di pasaran macam takut akan effect kat baby. Saya banyak baca forum2 ibu2 mengandung sekarang. Banyak yang nasihatkan supaya biarkan saje sebab jerawat2 jahat itu akan hilang jugak nanti. Mereka suruh saya sabar. So, saya biar je la jerawat2 ni. Biar la tak cantik asalkan anak saya sihat dan sempurna.. (ye ke?huhuhu...)

Kalau awal2 mengandung hari tu saya jadi tak lalu nak makan sampai berat turun 4kg. Memang tak lalu. Kalau makan banyak je mesti nak muntah. Tapi sekarang, mulut ni asyik nak mengunyah je. Kalau dulu masa sarapan saya cuma makan kuih muih sahaja tapi sekarang saya bantai mee, nasi.. Pas makan pasti nak makan lagi. Tak sampai 2 minggu berat saya kembali ke asal. Yeaaaahhh...Tabiat ni rupanya berjangkit jugak kat IncikSuami. Bukan saya je yang kuat makan, nafsu makan dia pun membuak2. Hahaha..boroi la awak pasni...Kita lawan perut sape yang nampak dulu nak sayang? Hehehehe

Itu je saya nak kongsi hari ni. Moga anak saya sihat sempurna kejadiannya. Mama (ececeh...) tak sabar tunggu  kamu...

p/s : Tak sabar nak pakai baju mengandung..hik hik

Saturday, September 25, 2010

Oh Mengandung

Dah masuk 3 bulan saya bawak anak Inciksuami dalam perut. Sepanjang 3 bulan ni la saya baru tahu betapa berdosanya kalau derhaka kat mak. Baru saya faham kenapa orang kata syurga di bawah tapak kaki mak. Saya dah faham sekarang.

Alhamdulillah, saya tak alahan yang teruk2 seperti ibu2 lain. Takde muntah, takleh bau bawang tumis... Alahan saya cuma cepat letih dan asyik mengantuk saje. Dan alahan yang baru terjadi sejak 2 menjak ni, saya tak boleh gosok gigi!!!!!!! Asal gosok gigi je saya muntah.. Semalam paling teruk. Habis keluar apa yang dimakan. Kesudahannya, saya sakit kepala dan terus demam hari ni..Huhuhuhu...

Bila dah demam, mula lah sensitif tiba2. Tadi IncikSuami call, takleh nak bercakap sebab air mata sibuk je nak keluar. Sampai IncikSuami kata.."saya risau la..saya gi sana la esok, saya amik cuti".. Huhuhu.. Ntah lah, sejak mengandung ni, saya sensitif sungguh. Asyik cari pasal je ngan IncikSuami dan IncikSuami pun satu, asyik ada je perkara yang dia buat untuk jadi modal saya cari pasal. Tapi IncikSuami tetap cool walaupun saya macam2. Sangat penyabar dia dengan saya. Sayang u!!!!

Mengidam.. Dulu saya ingat orang ngidam ni ngada2. Tapi bila diri sendiri yang mengandung, baru saya tahu.. Mengidam macam2 bukan mengada2 OK..hehehe.. Kalau dah mengidam, memang asyik terbayang je makanan tu. Asyik meleleh je air liur bila terbayang makanan yang diidam tu. Dahsyat kan saya?hehehe....Bebaru ni saya ngidam nak makan 'buah perah'. Jenuh saya dan IncikSuami cari tapi tak jugak nak jumpa. Sampai la housemate saya ringan mulut bagitahu sorang makcik kat sini yang saya ngidam buah perah. Esoknya, satu plastik makcik tu bawak. Waaaaaaaaaaaaaaaahh, melompat bila tengok buah yang dicari depan mata. Terus saya pelok makcik tu sebab happy tak terkata. Mak mertua saya pun bagus jugak. Beliau mintak orang carikan buah tu dan akhirnya, saya dapat makan banyak sangat buah perah tu. TQ Ma..Lap u..

Ini lah buah perah. Korang pasti tak kenal kan?hehehe

Dan, minggu lepas saya mengidam nak makan nasi lemak lak. Saya tak pasti nasi lemak yang macamana saya nak sebab nasi lemak yang dijual kat kantin, saya langsung tak terliur. Tapi naluri nak makan nasi lemak sangat kuat. Balik weekend tu, saya bagitahu mak saya nak makan nasi lemak dan mintak mak buatkan. Siap demand nak sambal macam tu nak ikan masak gini nak nasi letak banyak daun pandan..Hehehe...Bila makan tadi, barulah saya tahu, saya ngidam nak makan nasi lemak mak buat rupanya. Saya sayang mak saya lebih dari nyawa saya sendiri..

Okla, itu je. Saya masih lagi sakit kepala dan demam. Tapi tangan ni laju je menaip..Hehehe..

p/s : IncikSuami lelaki terbaik dalam hidup saya. Luv u..

Sunday, September 19, 2010

Oh Celcom...Credit aku ditolak lagi!!!!!

Lamanya tak update...Raya ni saya sangat sibuk dengan macam2 aktiviti..(errr...bukan banyak mana pon cuma bila berada disamping IncikSuami rasa macam masa cam jeles je ngan kitorang...huhu)

Ok..Berbalik pada tajuk.. Sejak 2 menjak ni saya perasan credit saya selalu hilang.. Sekali topup pasti akan ada yang hilang.. Bayangkan, kalau topup RM10 tu sekejab je habis. Padahal saya takde pon buat panggilan keluar ke mana2 nombor selain nombor IncikSuami masa tu.. Pernah sekali saya dah ada kat jeti dan perlu buat panggilan ke housemate untuk jemput saya dan bila saya call tak dapat. Celcom kata saya tak cukup credit padahal saya tahu sebelum saya naik feri credit saya masih ada RM3. Sakit hati kan.. Saya pon malas nak call Celcom mengadu masalah ni sebab saya rasa malas.. Ntah la, mungkin saya malas nak gaduh2 marah2 orang tak bersalah kot..

Tapi bebaru ni, IncikSuami topupkan RM10 (Rabu)...Esoknya (Khamis) baki tinggal RM7. Lusa (Jumaat) tinggal RM1. Yang saya hangin sangat, saya tak buat panggilan ke mana2 nombor termasuk IncikSuami dan tidak berSMS dengan sesapa pon dalam masa 3 hari tu.. Yang saya dapat hanyalah SMSes merepek dari Celcom yang suruh saya melanggan entah apa2 ntah...Saya rasa sebab ini lah credit saya ditolak..Wah wah wah...melampau Celcom kali ni..

Lalu, saya suruh IncikSuami call Celcom untuk 'bagi' cukup2..Nape saya suruh IncikSuami? Sebab IncikSuami memang terror dalam bab-bab camni.. Hehehe.. Perbualan dengan operater Celcom tu pada mulanya saya pon takut nak kacau perbualan tu. Tapi bila dah lama2 saya tak berhenti gelak. Teruk la KPI operater tu hari tu..Hehehe..

Operater tu bagi satu solution..Dia suruh taip STOP 36886 dan hantar pada 11911. Sekali lagi dia kena sembur dengan IncikSuami bila dia suruh kami pantau credit saya dalam masa 3 hari dan bagitahu SMS yang saya hantar tadi tu kena cas pulak....Saya rasa operater tu mesti bengang gila hari tu..Nak buat camne kan..Dah memang kija anda untuk melayan karenah dan maki hamun pelanggan..(teringat zaman kija ngan Streamyx & PacNet dulu..adeh laaa)

Hari ni saya topup RM30 dan nak tengok samada kena tolak lagi ke tak..Kalau masih lagi kena tolak, nampaknya saya sendiri akan telefon dan tunjuk skill sarcastic saya pulak...Hehehehe....

p/s : Saya tak pernah melanggan ON CINTA ke video hangat lagi hot ke beli ringtone ke apa ke yang sewaktu dengannya...

Wednesday, September 1, 2010

Geng KPLI Prasekolah Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan, K.Lipis 2007

Tetiba hari ni rasa rindu kat kawan-kawan maktab dulu. Habis gambar saya tengok hari ni pastu sengih2 pastu gelak sorang2.. Pastu datang lak syahdu sebab teringin nak jumpa diorang. Rindu nak makan ramai2 dalam satu bilik, konvoi balik KL setiap hujung minggu, kena marah ngan mak guard, gosip2 sampai penuh satu bilik, buat aktiviti tak patut ditonton dalam bilik Gda, buat BBM ramai2, ngumpat lecturer secara beria2....Hish..Bestnya bila kenang balik...

Induksi SSM

Gerko : Mari Bermain Petanque

Geng Sengal...

Biro Tata Negara..


Koleksi gambar2 kenangan masa kat maktab dulu tak banyak. Sebab thumbdrive yang saya letak semua gambar kenangan ini hilang. Ni pon gambar yang saya tersave kat thumbdrive lain.. Kecewa.... 

Pejam celik pejam celik rupanya dah 3 tahun semua ni berlalu..Patut la rasa cam rindu sangat..Lama sangat dah tak jumpa...Kalau jumpa pun cuma dengan kawan2 yang posting satu negeri ngan saya..Saya ni mmg cepat rindu kat kawan2 yang buat bekas di hati..Yang selalu ada time susah senang saya. Pendek kata, persahabatan kat maktab la yang paling saya akan ingat sampai bila2...

p/s : Jom la kita buat reunion skali...Aku nak nangis dah ni rindu kat korang...huhuhu

Wednesday, August 25, 2010

Amalan Baik Ketika Hamil ~ Episod : Makan

Sejak mengandung ni saya banyak sangat dapat petua dari kawan2 yang prihatin, yang mahu bakal anak saya nanti sihat, sempurna akal, fizikal dan rohaninya. Ada yang siap bagi macam2 link mengandung yang bagus2. Ada yang terus call saya bila tahu saya mengandung.

"Hang jangan minum ayaq tebu tau Tina. Hancuq anak hang nanti. Baru2 camni bahaya. Apa saje yang tajam hang jangan makan. Dengaq cakap aku kalau hang mau anak hang sihat"

Banyak lagi yang kawan saya sorang ni bebelkan sampaikan hal atas katil (ops..tak sesuai sikit dibincangkan di sini) pon dia sentuh.. Hahaha.. Ain ain..mekasih banyak2 ye..

Usia kandungan saya baru 2 bulan. Perut masih kempis lagi (perut saya jarang tau buncit..hehehe). Di waktu sekarang, saya kena makan banyak makanan yang berprotein, cukup kalsium, banyak zat besi dan ada asid folik (Vitamin B9). Saya malas nak tulis kebaikan semua nutrien tu di awal kehamilan ni sebab saya memang malas nak menaip. Muahahaha..Tapi ketiga2 itu memang penting diambil semasa hamil..Lebih2 lagi di peringkat awal ini..

Bab makan saya memang tak jaga sangat. Saya makan je apa yang terhidang. Selera besar tapi makan takde la sebesar selera. Tapi 2 benda ni wajib ada dalam menu harian saya. Kurma dan air soya. Saya tak boleh nak telan sebarang susu walaupun sebelum ni saya memang minum Anlene. Cuma sejak mengandung, selera saya pada susu MATI. So, untuk gantikan calcium, saya gantikan dengan air kacang soya. Tak tahu la samada boleh tampung kehilangan calcium badan saya ke tak. Huhuhu...Dan, sejak 2 menjak ni saya suka sangat nak makan sebarang makanan kekacang. Tempe? Saya goreng gitu je dan cicah sos cili. Sangat sedap...Mabeles!!!!..Orang kata badam pon bagus makan sepanjang kehamilan ni. Tapi, setakat ni saya tak jumpa lagi badam yang boleh segera dimakan. Eh, ada jumpa tapi badam tu disalut dengan gula. Errrkkk, saya memang takleh nak telan apa2 yang disalut gula. Sangat manis..Lagipun, saya takut kena diabetes..Huhu..

Sayur-sayuran.. Ya Allah, memang cabaran paling besar la. Saya bukan tak suka tapi sangat la tidak boleh nak makan dalam kuantiti yang banyak. Tapi saya terpaksa makan jugak atas sebab sembelit. Sejak mengandung saya agak susah nak masuk bilik air. Huhuhu...Tambahan lak, IncikSuami memang jenis tak makan sayur langsung. Lagi la bercinta saya nak masak sayuran. Adeh la...

Buah-buahan.. Saya tak amalkan hari2 lagi sebab saya asyik terlupa nak beli bawak balik Pulau Redang. Hehehe... Bila ada kat rumah mak, baru saya makan. Tu pon sebab stok buah-buahan memang tak pernah putus dalam peti ais mak saya.. Hehehe...(mak saya suka buat jus buah..hari2 ada jus kat rumah..bestnya duduk rumah).. eh eh..Kurma dikira buah la kan?Saya makan hari2 tau kurma.. Raisin? Oh tidak..Saya tidak suka..Rasa dia pelik kan?

Itu saje kot..Hehehe...

p/s : Berat badan makin turun.. Sangat susah hati.. Huhuhuhu

Monday, August 16, 2010

Temujanjanji Pertama (10 Ogos 2010)

Lepas buat UPT hari tu saya masih lagi tak jumpa mana-mana doktor untuk sahkan kandungan saya. IncikSuami ajak banyakali tapi saya tak nak. Ntah lah, saya macam takut dan malu lak..Muahahaha..

Akhirnya, Fatma yg juga cikgu kat sini yang mengandung jugak ajak saya pergi Klinik Kesihatan Pulau Redang Selasa baru ni sebab kebetulan hari tu doktor datang dan boleh buat kad mengandung sekali.. Tetapi atas sebab tertentu Fatma tak boleh nak join saya pagi tu.. Ya Allah, saya sangat nervous, takut dan malu paling banyak sekali bila sampai je klinik tu..(pergi sorang2 tau..bawak motor kapcai..hehehe).. Tak tahu kenapa jadi malu sampai macam tu sekali. Ada ustazah kat sini sound saya sebab saya bagitahu saya malu nak gi klinik..Dia kata...

"Buat apa nak malu2..Bukannya ko ngandung anak takde ayah..Orang lain malu sebab tak kahwin tak apa tiba2 buncit. "
Hehehe...Tergelak saya bila ustazah tu cakap camtu.. Tapi ia tetap takleh nak hilangkan malu saya..

Ok2..Berbalik pada peristiwa di klinik tu. Dengan keadaan malu (istilah tepat dialek terengganu ialah 'kelong'), saya bagi IC saya kat kaunter pendaftaran. Terus kena sound dengan nurse..

Nurse tak friendly : Mana sijil nikah? IC suami mana?(nada yang sangat tidak friendly)
Saya : Erkk...kena bawak sijil nikah ke?
Nurse tak friendly : Ye la..Kalau tak mana kita nak tahu awak dah nikah ke belum..Sekarang ni banyak sangat kes anak luar nikah..(masa cakap ni dia langsung tak tengok muka saya)
Saya : Saya tak tahu kena bawak. Orang kata bawak IC pon cukup la. Saya mana tahu kena bawak.(saya masih boleh bertenang..kalau anak luar nikah takde aku berani nak gi klinik kerajaan..budu* punya nurse..)
Nurse tak friendly : Kalau gitu susah la nak buat kad mengandung awak..(nada tak friendly lagi)
Saya : Surat nikah ada ngan suami saya kat tanah besar. Memang takde ngan saya..(sabar CikRoss sabar..masih lembut bercakap)
Nurse tak friendly : Susah la gini..(nada ala2 nak marah dan tak nak kasi saya buat kad)
Saya : Dah tu? Takleh buat kad ngandung la hari ni? (nada saya dah naik sikit)
Nurse tak friendly : Takpe la.. Nak buat camne...(terus dia ambik IC saya)

Untuk pengetahuan semua, nurse ni tahu saya sudah berkahwin dan kad jemputan saya edarkan sekeping untuk dia. Dah memang jenis tak friendly, tak pandai nak bercakap elok2 manis2 ngan orang.. Bukan saya je kena.. Ramai jugak yang kena marah2.. Saya dia tak berani nak marah sangat sebab dia tahu saya CIKGU.

Allah Maha Adil. Allah bayar cash atas apa yang dia cakap kat saya tadi(mana boleh aniaya ibu mengandung..chewah..heheh). Dia kena marah kaw-kaw dengan doktor. Saya tak tahu pasal apa tapi memang dia kena marah kaw-kaw la.. Merah gak muka nurse tak friendly tu sebab kena tengking depan orang2 kampung dan seorang cikgu. Padan muka kau..

Dah, habis cite pasal nurse tak friendly ni.. Dalam setengah jam menunggu (biasa la, klinik kerajaan), nama saya dipanggil oleh nurse lain..Haaaaa, yang ni memang sangat friendly.. Saya sangat suka. Nurse friendly ni la yang buat kad mengandung saya, ambik sample darah saya, buat UPT dan kira usia kandungan saya. Sangat seronok sebab nurse ni share macam2 cerita dengan saya. Saya yang takut dan malu dah tak rasa dah perasaan tu. Teruja lak nak tengok baby sendiri.

Nurse friendly : Cikgu punya last period pada 28 June 2010. Jadi cikgu punya due pada 04 April 2011. 
Saya : Waaaaaaaaaaaaahhhh...birthdate dekat2 dengan mak dia...(pura2 excited...saya dah tahu sebenarnya sebab sebelum tu saya dah kira sendiri..hehehe)
Nurse friendly : Jadi, usia kandungan cikgu dah masuk 6 minggu..
Saya : (saya senyum je sampai ke telinga)
Nurse friendly : Cikgu keluar dulu dan tunggu doktor panggil untuk pemeriksaan..
Saya : OK..



Hampir setengah jam, doktor panggil nama saya. Masa tu berdebar tak yah cakap la.. Doktor mula melakukan pemeriksaan dan yang paling buat dada saya tersekat2 bila doktor scan perut saya dan saya nampak ada sesuatu yang sangat kecil saiznya dalam perut saya. Memang sebak sangat2. Masa ni baru saya terfikir, nyesalnya tak bawak Incik Suami sekali. Kalau tak, dia boleh tengok sekali anugerah Allah ni..Nanti next check up kita gi sesama ye sayang..


Doktor : Cikgu kahwin bila?
Saya : 6 June hari tu..hehehe (saya memang sebut 'hehehe' tau)
Doktor : Waaaahh, bunting pelamin la ni ye?
Saya : Lepas kahwin, period ada datang sekali...maknanya bukan bunting pelamin la kan doktor..
Doktor : Alaaaahhh, kira ye la tu...hahahaha..

Doktor ni sangat baik jugak. Banyak nasihat dan panduan diberi. Saya asyik gelak je sepanjang pertemuan tu. Saya dibekalkan dengan folic acid dan garam beriodin. Garam tu guna sama macam garam yang biasa kita gunakan. Cuma lebih bagus untuk kesihatan.

Next appointment pada 7 September 2010. Tak sabar nak pergi dan tengok anak kami lagi...Kali ni, IncikSuami wajib pergi. Dia kena tengok anak dia ni.. Lambatnya bulan September...

p/s : Nurse tak friendly adalah nurse biasa. Nurse friendly adalah ketua jururawat. Yang bawah2 ni mmg selalunya camtu.. Yang ada pangkat takde pulak nak menyombong dan sarcastic bagai...

Sunday, August 15, 2010

Malas

Sejak 2 menjak ni saya ada satu penyakit yang sangat menyusahkan saya sendiri iaitu MALAS. Ya Allah, saya tak tahu kenapa saya sangat malas nak bergerak, malas nak bercakap, malas nak mengajar, malas nak kerja, malas nak mandi (opsss..hehehe), malas nak makan pun ada, nak berblog pon malas...Sebab tu la lama sangat2 saya tak update blog saya ni.. Malasnyaaaa...

Aduh la..

Terbaca dalam sebuah artikel dalam satu blog semalam (saya lupa nak save link dia) pasal perangai MALAS ketika mengandung. Oooooo, saya ingatkan saya je yang ada penyakit takde ubat ni. Rupanya memang penyakit MALAS ni lazim terjadi pada ibu mengandung.. Muahahaha... (buat Incik Suami, kalau rumah bersepah tu anda faham2 je la ye..)

Sebenarnya, saya bukanlah sangat malas (malas malas kucing je..) tapi badan saya jadi cepat penat dan tak bermaya sejak mengandung ni. Tu yang mendorong untuk jadi malas..Tambahan lak ngan bulan Ramadhan. Saya tetap nak cuba puasa selagi terdaya. Cuma terawih saya tak pergi dah sebab malas tak larat nak jalan kaki ke masjid. (jauh jugak jarak rumah ke masjid..masjid lak atas bukit)

p/s : malas2 pon panjang gak tulis..hihihihi

Saturday, July 31, 2010

Kejadian Pelik Siri 2

Berlaku minggu lepas..

Saya pelik lagi bila saya mula hilang selera makan..(saya ni jenis makan banyak tau..ambik nasi memang banyak la..)..Semput dan mengah2 tu tetap ada lagi cuma loya tu dah hilang.. Masalah lain muncul lagi bila saya jadi suka sangat masuk bilik air. Sikit2 masuk bilik air. (saya fikir ni mungkin sebab saya minum air banyak dan cuaca lak kebetulan asyik hujan je..)

Saya pelik jugak lagi bila jerawat macam berlumba2 nak naik kat muka saya ni.. Tension yang amat bila tengok kesan merah2 itu..

Tibalah hari Isnin hari yang saya sepatutnya mengibarkan bendera merah..(kitaran haid saya tetap setiap bulan). Saya diserang senggugut dan cirit birit yang agak teruk.. Perkara ini berlanjutan sehingga hari Khamis.. Yang peliknya, saya masih lagi tak berpeluang mengibarkan bendera..

Saya mula syak saya mengandung dan mula bertanya pada yang berpengalaman..(opss, saya sangat malu nak tanya mak atau kakak saya..sanggup tanya orang lain dari mereka..tebal je muka nak tanya family..hehehe)

Maklum balas positif dari orang sekeling buat saya nak tanya Incik Google lak..Lalu saya terjumpa ini. Berderau darah saya bila kebanyakan tanda2 tu memang saya sedang alaminya..

Sampai je daratan, terus singgah Guardian member. Balik umah tak terus test sebab nervous tambahan lak member cakap kalau nak keputusan lebih tepat, dia suruh buat awal pagi.. So, kami ambik keputusan untuk tunggu esok pagi. Tapi, ntah camne datang kekuatan untuk terus buat petang tu. Dan keputusannya? Sila klik link ini..

p/s : Alhamdulillah, syukur..:)

Kejadian Pelik Siri 1

Berlaku pada 2 minggu lepas..

Weekend, Incik Suami tegur dia kata badan saya sangat panas macam orang demam. Saya pun pelik sebab saya tak demam pon..Ahad, Incik Suami called dan bagitahu dia muntah2 dan loya..Mustahil dia salah makan sebab apa yang dia makan saya makan jugak semalam dan saya tak de la pulak nak muntah2 gitu. Pelik2...huhu..

Esok petang, saya pulak yang rasa tak sedap mulut, pening, loya dan sebu. Saya berandaian, ini mesti sebab makan petai banyak sangat tengahari tu..(saya makan 2 papan petai..hantu petai betul..hehehe)..Petang esoknya pun sama, saya rasa loya dan sebu dan perut asyik lapar je..Kalau permintaan perut dan mulut tu tak ditunaikan mula la rasa air liur macam nak meleleh2 je..Rasa loya tu cuma berlaku selama 3 hari je. Lepas 3 hari, semua rasa loya dan lapar yang pelik tu hilang semerta.

Pastu saya pelik lagi bila saya cepat sangat letih.. Selama ni setakat naik tingkat 3 takde nya nak mengah2 nak semput2. Saya pelik kenapa tubuh saya pelik sangat..

Orang sekeliling kata mungkin saya pregnant..Waaaaaaaaaaaahhh, saya sangat happy andai itu benar. Tak sabar tunggu khamis nak balik dan buat UPT..
 
Tapikan, Khamis tu tanda2 untuk mengibarkan bendera jepun muncul seperti bengkak kat bahagian dada(minggu depan due..hehe) dan saya terus rasa takde mood nak buat UPT ...Huhu..

p/s : Bersambung...

Monday, July 12, 2010

Bila Marah Sangat2..

Kenapa bila kita sangat2 marah binatang ini yang akan disebut..Bukan binatang lain yang halal..Yang haram ni jugak la kita nak sebut2 sangat..Asal marah je sebut. Asal sakit hati je sebut. Tak kata orang lain la..Saya ni pun sama. Cuma sekarang ni, mulut saya tidak sejahat dahulu. Alhamdulillah. Kali terakhir saya menyumpah nama binatang ini ialah pada awal bulan Januari lepas pada stalker gila. Dan memang sepanjang kenal stalker gila ni, memang binatang ni asyik keluar dari mulut saya. Astaghfirullah..

Jalan2 tengok blog orang hari..Pastu terjumpa la entry yang buat saya gelak gila2..hehehe..Terus saya cilok dan share kat sini..TQ precociouslynaive.
 

p/s : Baru ku tahu..Kah Kah Kah Kah

Sunday, July 11, 2010

Eyewear...hohoho

Sebenarnya ni aktiviti 3 minggu lepas tapi maklumlah..Saya sangat sibuk dengan aktiviti lain..(ya kah sangat sibuk?bukan buat2 sibuk kah?..hehehe)

Tema minggu tu adalah haiwan laut. Bagi yang kenal saya, diorang buleh agak dah.. "Time tema haiwan laut je Tina ni mesti buat spek mata".. Betul la tu.. Sebab saya sangat suka buat ini..Dan budak2 pon sangat suka. "Fuiyoooo...pakai spek ikan kita hari ni...Bestnyaaaaaa"..Tu antara testimonial awal yang saya dapat la hari tu...

Cara nak buat senang je..Sila tengok gambar..Saya ni tangan tak berseni sangat, so kalau hasil tak cantik sila jangan komen kata tak cantik tau..Kata je la cantik, sangat berseni lagi kreatif inovatif ye..Amik hati saya..Muahahaha..

Bahan2 yang diperlukan.. Korang kenal kan semua bahan ini kan? Tak perlu tulis satu-satu la kan? hehehe..

Memula saya lukis semua gambar haiwan laut ini.. Yang budak2 saya cuma rajin nak lukis kerang, tapak sulaiman dan ikan.. Ketam? Of course la cikgu dia punya..Hehehe..Saya lukis yang senang untuk digunting sebenarnya..Korang pon maklum la akan kebolehan budak berumur 6 tahun untuk menggunting kan? Banyak tau saya lukis ni..25 set..Dah siap lukis saya bagi anak murid menggunting sendiri. Ada gak anak murid yang jeles sebab tak dapat ketam..Terus saya cakap.."Nah amik tapi pastikan kaki dia tak putus"...last2 dia jawab.."Takpe la cikgu..kita dok reti"..Sambil sengih2 busuk...

Bila diorang dah siap gunting diorang datang balik kat saya untuk sesi menebuk lubang mata. Yang ni saya memang tak harap diorang buat la sebab takut putus dan koyak.Korang bayangkan saya melayan 25 orang murid dan menebuk semua lubang mata pada 50 ekor haiwan tersebut..Fuhhh...lenguh tangan!!! 

Seterusnya, dah siap gunting saya tolong diorang staplekan dua2 belah mata dan tebuk tubang kat bahagian kiri dan kanan. Opss..lupa..Sebelum tebuk lubang tu, pastikan letak salotip atau plastik keras kat bahagian yang akan ditebuk. Bimbang akan koyak bila dipakai..Kertas kan korang..Budak lak tu yang pakai..Huhuhu..Pastu saya bagi balik spek tu kat budak2 untuk proses menjalin getah..(errr...betul ka ayat menjalin getah tu?saya tak tahu la perkataan yg sebetulnya..huhu)...

 Akhirnya, siap jugak..Kalau nak cantik, korang letak la plastik kaler2 kat bahagian mata tu..baru jadi sunglasses...hehehe..

Sesi gedik2 bermula.. Seperti biasa..Cikgu akan terlebih excited..hahahaha

p/s : Sharing is caring..:)



Tuesday, July 6, 2010

Topeng Buah-buahan..Apa Kata Survey!!!

Menurut statistik, sejak kebelakangan ini ramai sungguh yang singgah blog saya selepas mereka menggoogle "TOPENG BUAH-BUAHAN".. Hari ni sahaja entry saya pasal topeng buah-buahan itu mencecah sehingga 25 hits. Dah banyak tu bagi blog saya yang kurang promosi ini..hehehe...Mekasih ye walau apa pun..:)

Boleh tak kepada sesapa yang dah TERsinggah sini bagitau saya kenapa google topeng buah-buahan? Anda cikgu prasekolah jugak kah? (tema minggu ni kan tumbuh-tumbuhan..saya agak je la ni..huhu) Ataupun apakah topeng itu? Saya musykil jugak ni..hehehe..Boleh bagi komen sikit tak pun feedback kat shoutmix saya? (kalau takleh, takpe..hehehe)

 Ni topeng buah-buahan itu..hik hik hik...:)

p/s : Tahun ni saya sungguh tak bersemangat waja dan dedikasi terhadap pekerjaan saya ini. Huhuhu...Kesian anak murid saya kali ni...

Monday, June 28, 2010

Aktiviti Dating2 Selepas Kawen

Ni kat pantai chendering je. Sehari pas majlis kami datang sini balik..

Dating yang pertama lepas kawen adalah pergi melawat ofis Incik Suami buat pertama kalinya. Tgk kerja2 yang selalu dia cite selama ini dan saya rasa sangat bangga dengan kebolehan suami saya ini. Ops..saya bukan puji sebab dia suami saya. hehehe...Saya puji sebab dia memang layak dipuji. Syabas Incik Suami..:))

Bukan mempoyokan diri tp mmg kena pakai benda alah tu..

Perlukan seorang microbiologist tak kat sini wahai Incik Suami?huhuhu

Pastu kami gi dating kat Rantau Panjang lak. Harap kocek makin menipis isinya je. Kalau tak, memang macam banyak je nak borong. Masa tengah makan2 ternampak seorang gadis di meja sebelah menunjukkan belt yang dibelinya kepada kawannya. Saya sangat suka itu tali pinggang. Puas saya cari tapi tak jumpa. Nyesal tak tanya mana dia beli..huhuhu...Pastu menghala balik, kami singgah kat masjid beijing (betul ke nama masjid tu masjid beijing?kami reka2 je...eheheh) untuk solat dan sesi fotografi. Maaf, gambar tersebut tiada dalam Mubarak. Ada dalam laptop Incik Suami..huhuhu..Nanti saya upload k..

Walaupun saya suka pim tapi saya tak suka kenderaan saya berwarna pim..huhu

Pastu, kami menghala ke Genting Highlands. Cadang nak tidur sana tapi biasa la. Cuti sekolah pastu tak booking memang tersengih je la jawabnya. Last2 tidur umah abang kat Kajang. Free..hik hik hik...Kadang2 fikir tak best jadi cikgu sebab time cikgu cuti je mesti apa2 jadi mahal. Hotel mahal, apa2 je la mahal...Nyampah...(tapi saya suka jadi cikgu...hehehe).. Kat Genting saya cuma naik 2 games dan Incik Suami naik 3 games. Semua yang kami naik adalah yang sangat kecutkan perut. Tobat..Buat masa ni saya tak nak main lagi....Gambar masa masa naik semua yg kecut perut tu tak sempat nak amik. Baru nak snap trus mende tu gerak. Kecewaaaaaaaa....

 Pas masuk..
 Saya menahan malu yg amat sgt ketika amik gamba ini. Ramai yang tgk sbb menunggu turn utk bergambar di situ

Pastu keesokkan harinya kami straight ke Tanjung Pengelih, Johor untuk menghadiri Majlis Tamat Latihan Perajurit Muda. (adik saya jadi Navy..)..Hari tu jugak ada Hari Terbuka TLDM dan pihak TLDM bagi kitorang masuk sebuah kapal milik TLDM bernama KD Terengganu. Banyak gambar amik tapi malas nak tepek sini banyak2..hehehe

 Adik saya yg kawad depan sekali ni..

Saya memang tak reti nak posing tegak2..huhuhu

 Konon2 titanic la ni..muahahaha

Incik Suami sudah gumuk..hik hik..i like!!!!

Aktiviti jalan2 dan dating2 selepas kawen episod 1 tamat. Episod 2 yang lebih tepat digelar 'betul2 punya honeymoon' akan menyusul cuti sekolah akan datang..Ke mana? Ntah..Kami pon masih tak tahu mana kami nak pergi.. Hahaha

p/s : Tak baik buat2 sakit kalau tak sakit tau lebih2 penyakit yg datang dr nyamuk tu..Nanti Allah bg sakit tu betul2 baru kamu tahu..Oleh itu, kamu jangan gedik2 k..hehehe

Wednesday, June 23, 2010

Kegilaan Menshopping Online

Sepanjang 2 bulan ni dah 4 helai baju saya beli secara online. Pastu cuma 2 helai je yang macam berkenan di hati bila memakainya. Rupanya baju tu cuma cantik di tubuh seorang model, bukan di tubuh seorang cikgu. Muahahahaha... (tapi saya tetap pakai baju tersebut...hehehe)

Semalam, browse facebook pastu terjumpa jubah cantik..Nama je jubah sebenarnya tapi tak menutup aurat sepenuhnya pun.. Ketat dan jarang semacam je.. Tapi saya sangat suka..Nak tanya Incik Suami tapi cam takut kecewa..takut dia tak kasi beli...huhuhu.... Harap bila Incik Suami baca ni, Incik Suami suka jubah ini juga sekaligus buleh tolong membayar untuk jubah sexy ini....Boleh kah wahai Incik Suami yang kacak, bergaya, baik hati lagi bijaksana? huhuhu...

Saya suka yang pink tu..huhuhu..Gojes kan??
saya suka yang kaler biru ni..huhuhu..menawan kan?

Time nak pakai banyak duit ni la yang jumpa mende2 pelik yang berkenan di hati.. Tension je.. Mesti permohonan takkan diluluskan sebab gaji bulan ni nak fokus untuk beli keperluan lain.. Huhuhu....

p/s : Baju raya...

Monday, June 14, 2010

Ditujukan untuk perempuan2 yang tak suka lihat kami bahagia...

Katalah apa yang kamu suka..
Hina dan caci aku semahunya..
Sebab aku tahu kamu juga tak sempurna mana...

Aku tahu siapa kamu dan kamu...
Dan tak perlu menafikan segalanya...
Aku bukan buta IT macam kamu dan kamu..

Jangan kacau suami aku lagi..
Dan jangan ganggu rumahtangga kami..
Kalau betul suami aku jahat, kenapa masih ditunggu?

Rahsia kamu dalam tangan aku...
Tolong jaga diri kamu baik2 sebelum nak jaga hidup aku...
Jaga maruah kamu sebagai seorang perempuan...


p/s : Jangan buat sesuatu yang memalukan diri sendiri boleh tak???

Sunday, June 13, 2010

Kami Dah Jadi Suami Isteri..hik hik

Salam semua..

Lama tak update..saya sgt bz dengan majlis perkahwinan saya..Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar walaupun apa yang dirancang tak 100% menjadi..

Hari kawen saya sepatutnya ada kompang tapi pasukan kompang tak tiba pada waktu yang diminta. Sangat kecewa Allah sahaja yang tahu. (kesian kat family Incik Chenchen). Pastu, saya tak puas hati dengan PA system sbb orang yang kononnya DJ langsung tak bercakap seperti seorang DJ..Dia senyap sahaja dan lagu yang diputarkan adalah lagu2 yang tiada kaitan langsung dgn perkahwinan. (nasib baik free...eheheh).. Pastu, dress untuk majlis potong kek koyak..(nasib baik koyak kat bhgn dlm dan masih boleh cover dgn kain luarnya..)...Pastu tgh syok shoot untuk gambar outdoor, hujan turun pulak..Macam2 hal tapi takpe sebab masalah yang datang bukan masalah yang besar pun. Saya masih tersenyum riang di hari tersebut. La la la la...






 Putih untuk akad nikah, Oren kat umah saya, hijau kat umah Incik Chenchen..

Kepada yang hadir, saya ucapkan ribuan terima kasih. Saya sangat hargainya. Terima kasih jugak sebab bagi hadiah yang best2. Hik hik hik.. Semua hadiah saya suka kecuali satu hadiah dari seseorang yang tak dijemput..(hadiah tu saya dah buang dalam tong sampah..huhuhu)

Sebahagian hadiah yg saya dapat kat umah saya
Buka2 hadiah kat umah Incik Chenchen

Ramai yg tanya bila saya nak upload gambar kawen saya. Saya minta maaf la ye kawan2..Saya sedang menunggu photographer saya menyiapkan gambar2 tersebut. Dia kata 2 minggu pas majlis dia akan bagi. So, sabar ye korang...:))

p/s : Bestnya kawen...ahaks..

Sunday, May 30, 2010

Tag??..Hehehe...Try la skali

1.Adakah anda happy sekarang?
Orang dalam mood nak kawen rela (bukan kawen paksa tau..ehehe).. Sudah pasti la happy..
2.Kenapa anda Happy?
Sebab orang di atas akan jadi suami saya seminggu lagi..Ehem ehem

3.Apakah benda yang boleh membuatkan anda happy?
Incik Chenchen yang happy..hik hik

4.Pernahkah anda menerima tag??
Pernah..tapi ni baru rasa gedik sikit nak jawab..

5.Nyatakan warna yang anda suka.
MERAH

6.Beritahu 9 orang yang anda mahu tag.
Sesapa yang baca ni pastu rasa cam gedik2 nak jawab maka orang itu la yang saya tag..Aci tak gitu?
 
7.Tuliskan sesuatu tentang orang yang anda tag.Tulis panjang bejela pon takpa.
Alaaaa....jawapan no 6 tu tak menjawab yang ni jugak ke?Tak nak jawab aci?

8.Adakah anda happy dengan apa yang ada?
Ya.. Saya ada tunang yang cintakan saya yang sanggup buat macam2 untuk saya..Saya ada keluarga yang sayangkan saya yang sanggup bersusah payah untuk saya. Saya ada kawan2 yang kasihkan saya yang sentiasa ada untuk saya duka dan suka.. Jadi, saya sangat happy dengan apa yang saya ada sekarang. Terima kasih Allah..

p/s : Tunang saya makin kacak sejak 2 menjak ni..auuuuuuuuummmmmm...hahahaha

Saturday, May 29, 2010

Khamis Yang Hot

Khamis bebaru ni saya telah berlaku kurang ajar pada seorang lelaki yang sangat kurang ajar dengan saya. Saya bersama kawan baik saya, Inca sedang menunggu sebuah kereta keluar dari parking lot dan saya telah memberikan isyarat/signal untuk parking kat situ. Dan anda semua tahu apa terjadi? Penat2 saya menunggu tiba2 kereta lain yang masuk situ. Kalau anda? Apa anda buat? Diam? Mengalah?

Oh Tidak..Saya bukan begitu.. Saya akan pertahankan hak saya. Walaupun saya ni nampak cam lembik tapi saya sangat berani bila tiba masanya..hik hik hik...

Saya cuba hon sebagai tanda amaran kat dia yang saya dah cop parking itu. Tapi korang tahu apa lelaki kurang ajar dan bini dia buat? Dia buat isyarat tangan yang membawa maksud "lantak ko la..aku masuk dulu so, aku buleh parking sini..".. Bini dia lak buat2 muka sambil pegang2 spek hitam dia tu konon2 aku la ada spek hitam..Nyampah...Geram sangat2.. Saya makin panas (dah la cuaca sangat panas masa tu) lalu saya pun membunyikan hon banyak2 kali sebagai tanda memprotes (ajak gaduh..hahahaha...). Tahu apa lelaki kurang ajar tu buat? Dia turunkan cermin keretanya dan belum sempat dia nak bercakap saya sound dia dulu dengan nada yang agak keras..(menengking gak kot..huhuhu).. Tak tahu samada dia takut (ye ke?ehehe) ataupun dia malas nak panjangkan kes dengan saya, dia terus keluar dari parking lot itu..

Yess..saya menang kes ini..ehehehe

Saya sangat geram dengan orang2 yang macam ni. Bukan dia tak tahu kita dah bagi signal tapi pandai buat2 tak nampak. Pastu dah buat salah eh boleh lak dia nak buat2 muka buat isyarat2 yang menyakitkan hati.. Dan mungkin dia ingat lady driver ni senang kena tindas sebab tu la lelaki kurang ajar tu berani nak buat camtu. Sorry ye, lady driver ini walaupun tak pakai spek hitam macam bini dia tu memang tak akan bagi muka langsung kat orang kurang ajar camni..Silap orang la bang...

p/s : Lupa nak amik no plat keta lelaki kurang ajar tu. Yang saya ingat dia memandu Proton Waja. Dia lak berkepala botak separuh dan bini dia pakai spek hitam..(macam orang baru belajar pakai spek je saya tengok..)

Tuesday, May 25, 2010

Doorgift..

Ada 5 jenis doorgift yang disediakan sempena majlis saya ni..

1. Untuk VVVIP : family Incik Chenchen - di sponsor sepenuhnya oleh kakak saya yang bernama Rosmeza yang duduk kat Perak nun..(isi utama : tembikar kecil siap ukir nama saya dan incik tunang..tq kakakku)

 Kak Ja hantar yang dah siap gini.
2. Untuk VVIP1 : kawan2 CikRoss - di sponsor sepenuhnya oleh kakak ipar saya yang bernama Rohana yang duduk kat Kuala Berang.(saya masih tak tahu apa isinya sebab kakak ipar saya masih tak hantar ke rumah)

3. Untuk VVIP2 : kawan2 Incik Chenchen - yang ni kami yang sediakan sendiri. Tak dapat sponsor dari mana2..ehehe (isi utama : kami tempah keychain ada gambar kami)

4. Untuk VIP : bestfren mak/ayah - mak dan ayah sponsor..hik hik (isi utama : mak bagi pasu jugak tapi pasu bunga2 tu..apa ek nama dia? vantage kot)

5. Untuk orang2 kampung - mak dan ayah sponsor sikit2 dan saya juga mengeluarkan belanja..(isi utama : bunga telur sahaja)
""Doorgift ni nampak cam remeh je kan tapi paling cerewet dan pening nak buat sebab kena sediakan dalam kuantiti yang sangat banyak. Gula2 sahaja dah habis sampai RM400. Tak masuk paperbag, bunga telur, kuih2 lagi tu..So, saya nasihatkan sesapa yang nak kawen sila fokuskan 'doorgift' sebagai salah satu subjek utama. Sebab yang ni la selalu buat saya dan mak sakit kepala...Nasib baik la ada kakak2 baik hati nak sponsor..Kalau tak, saya tak tahuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...""
p/s : Mak saya sangat seronok dan teruja untuk sambut menantu baru.. ehehe

Monday, May 24, 2010

Tunang Saya Pon Suka Memblog Rupanya

Tak sangka Incik Chenchen suka juga menulis.. Terkejut mulanya bila tahu Incik Chenchen dah ada blog. Rasa nak menangis pon ada sebab rasa cam sangat2 best..Hahahaha...

Sila la jenguk blog tunang kesayangan saya ini juga.. Blog masih baru dan masih dalam proses mencantikkan dan mensaratkan blog..Syabas dan teruskan usaha tunangku..Kita memang serasi. :)

p/s : Saya pun sayang tunang saya..hik hik

Rumah

Yeaaayyy..rumah yang kami nak duduk selepas kami sah bergelar suami isteri dah boleh duduk dah. Tadi Incik Chenchen call bagitahu, orang2 yang tumpang duduk rumah tu dah dapat rumah lain. So, pasni boleh la bawak saya pergi tengok rumah tu ye Incik Chenchen? Dah boleh kot nak beli apa yang patut.. Tak kisah la keadaan rumah tu yang penting kita boleh hidup aman bahagia di situ.. Nak selesa kena tunggu duit banyak sikit lagi untuk beli rumah impian..ehehehe..Buat masa ni saya tak kisah la.. Jangan risau ye Incik Chenchen...Me OK je duduk mana2 asal dengan anda..:)

Tak sabar la pulak rasanya nak menghias rumah sendiri..Hik hik hik... Incik Chenchen lagi teruja sebenarnya dalam bab nak menghias ni..So, saya rasa saya boleh serah kat dia 100% kot..hehehe

Bercakap psl rumah, mana lagi best dan senang? Beli rumah yang dah siap atau beli tanah pastu buat rumah sendiri...Saya masih lagi berfikir2..huhuhu

p/s : Tak sampai 2 minggu je lagi.. Aduh la..Seram lak rasa...

Wednesday, May 19, 2010

Ulcer Yang Membuatku Lapar...

Dah 2 hari saya "berdiet".. Nak kawen punya pasal sanggup tak makan nasi ni..Huhuhu..

Tak la...Sebenarnya, saya diserang ulcer. Takde maknanya cikguross nak berdiet. Dah sekeping gini..huhuhu..Sungguh jahat ulcer kali ini sebab dia tumbuh atas lidah sampaikan nak buka mulut pon susah. Nak mengajor nak bercakap nak makan semua seksa. Mengalir2 air mata tiap kali buka mulut. So, saya dah 2 hari tak makan nasi. Makan bubur ngn maggi je ni. Kesian kan saya..huhuhu..Mengajar pon guna bahasa isyarat je..Huhuhu..

 Saya perlukan ini..Letak atas ulcer trus buleh makan..Mana nak cari kat pulau ni..uhuhu

Allah tarik nikmat makan dan bercakap untuk 2 hari ni. Insaf sekejab bila fikir mereka2 yang dilahirkan bisu, orang yang nak bercakap tapi takde kawan (dikira tak?huhuhu), orang yang tak cukup makan, orang sakit terlantar takleh makan, org takde gigi (aci x yang ni?huhu).. Saya yang baru 2 hari tak leh bercakap tak leh makan ni tak layak nak mengeluh lagi.. Sakit ni untuk sedarkan saya kan..huhuhu..(positif Tina positif)

Angkara makanan inilah..Saya makan setengah botol tengahari tu. Berenti makan pon sebab rasa lidah macam nak luka..(saya ni memang takleh makan menda masin2 sangat macam makanan ni, asam..memang akan cepat dapat ulcer)..

Ni kalau Incik Chenchen tahu memang kompem dia tak kasi makan dah. (syhhhh..jgn bgtau dia.) Huhuhu..Teringat kes bulan lepas..Perut saya cramp lepas minum air laici/makan laici. Tak boleh bergerak langsung. Pucat muka Incik Chenchen.. Hehehe..Memang terasa disayangi.. La la la la la la.. Pastu sampai sekarang dia tak bagi saya makan laici. Padahal sebelum ni saya makan OK je. Hari tu je kebetulan nak kena sebab makan masa perut kosong..Huhuhu..(p/s : curi2 makan gak blakang dia...muahahahaha)



p/s : Cambest je bersaya saya ni kan. Rasa cam sopan je kan. Rasa cam cikgu je kan. Baiklah, lepas ni saya aka bersaya saya pulak.. Azam kawen..Muahahahah

Tuesday, May 18, 2010

Sejiwa Sehati


Ya..kami memang sehati sejiwa..

Kalau aku suka sesuatu tu dia pasti akan suka jugak..
Kalau aku tak suka sesuatu tu dia pasti tak suka jugak..

Kami memang sungguh sherasi la...(eeee..gediknya aku malam ni...)


Sebab tu kami tak ambil masa berfikir lama untuk melangkah ke alam perkahwinan..(poyo je aku ni..ehehe)..Betul la korang..Kami bercinta secara serius lepas kami sah bertunang tau..Maknanya kami baru 2 bulan berkasih sayang..

Tapi..
Bila tiba bab makan, kami memang tak sejiwa..Apa yang aku suka makan belom tentu dia akan suka. Macam buah berangan, durian, ikan patin, petai, jeruk buah, segala jenis buahan dan banyak lagi.. Apa yang dia suka makan aku pasti tak suka makan macam daging kambing, ayam kampung, arnab, rusa, itik (erk..awk mkn x itik ni?hahahah).. Dan, dia memang raja segala cerewet dalam bab makan..

p/s : Baru perasan..Kami rupanya tak banyak bergambar bersama...Pelik lak..huhuhu

Monday, May 17, 2010

Pre-Wed???

Rasa cam nak amik gambar pra perkahwinan jugak la..Rasa cam jeles je bila orang buat gitu...Pastu print cantik2 letak kat dinding rumah masa majlis nanti..Alaaaa...nak la jugak!!!!

Incik Chenchen ku sayang...bolehkah kita mengambil gambar pra perkahwinan juga? Diriku seperti teringin...Huhuhu..

curi gambo org.hehehe...nak gini gak..nak jugak...huhuhu

p/s : Kita pakai la Sakinah kejab..ehehehe

Sunday, May 16, 2010

Mengclearkan Inbox...

Hari ni aku macam takde kerja nak buat. Rasa nak buka email dan delete segala yang tak berfaedah kat dalamnya..Korang tahu berapa unread msg aku? 2476 unread messages dan 1096 yang dah baca..Aku ni memang susah sangat nak cek email..Kadang2 dalam seminggu ada la sekali aku cek. Tu pon sebab nak hantar email kat kakak aku pasal nak order tudung. Kalau tak, memang tak tercek la..Huhuhu

Tengah syok2 mengdelete, terjumpa satu email yang tak disangka ada dalam peti inbox aku..Dah lama sangat usia email ni. Sent pada 11 Februari. Lama sangat la kan. Dan hari ni baru aku perasan. Aduh lah..

Kepada si pengirim, email itu dah dibalas dan ditulis dengan nada yang sangat lemah lembut, bukan sinis tapi ikhlas dari hati. Semoga kalian bahagia sehingga ke akhirat..Aminn

p/s : Lagi 3 minggu..Aduhai...

Thursday, May 13, 2010

Nama Penuh CikguRoss

Ramai yang tanya kenapa panggil TINA sedangkan nama penuh takde langsung nama TINA tu..
Meh sini aku nak cite..Cite ni ada 2 versi..

VERSI 1

Lahir je aku ke dunia ni, kakak sulung aku dah siapkan nama untuk aku..Aku tak ingat nama apa dia nak letak tapi aku tahu dia memang nak letak nama yang ada TINA la..Nanti aku tanya dia balik..ehehe..
Pastu ayah aku lak dah ready nama aku siap2 iaitu ROSELAWATI. Berlaku la perebutan pemilihan nama aku. Kalau lah masa tu aku buleh bersuara, aku pasti nak nama Nur Syahrul Ehsan..muahahaha...
Dan, akhirnya ayah aku la yang menang sebab dia yang daftar surat beranak aku. Dan nama ROSELAWATI tu la yang jadi nama aku sampai sekarang.
Kakak aku ternyata menang jugak sebab nama TINA tu yang lekat sampai sekarang. Orang2 yang datang melihat aku masa tu diperkenalkan dengan nama TINA. Dan, orang2 kampung aku memang kenal aku dengan nama TINA. Cuba la sebut ROSELAWATI, sah orang tak kenal kecuali kawan2 sekolah.

VERSI 2

Ayah memang nak nama ROSELAWATI dan nama tu pun didaftarkan. Pastu, memandangkan nama tu cam panjang sangat dan bila orang tanya nak panggil aku apa masing2 tak tahu nak amik apa kat nama tu.. ros ke wati ke.. Last2, kakak sulung aku minat sangat kat nama TINA bagi cadangan supaya aku dipanggil TINA. So, lekat la nama TINA tu sampai sekarang..

Dan aku lak lebih selesa memperkenalkan nama diri sebagai TINA kepada sesapa je yang tak tahu nama penuh aku. Setakat ni cuma kawan2 tempat kija (sekolah) dan anak2 murid je panggil aku CIKGU ROSS..

Dah tu apasal kat facebook letak ROSS TINA? Ala...tak semua orang panggil aku dengan nama TINA dan tak semua orang panggil aku ROSS jugak. Tu yang jadi ROSS TINA tu..

Clear tak korang?

So, pasni terpulang la pada korang nak panggil aku apa. Semua aku sahut asal jangan panggil aku HEY, POMPUAN, dan apa2 panggilan yang tak sedap didengar...

p/s ; Anak sedara panggil CHE DE..dan pasni ada nama lain lagi satu.. UTEH kot?hik hik hik...(gedik)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails