Khamis bebaru ni saya telah berlaku kurang ajar pada seorang lelaki yang sangat kurang ajar dengan saya. Saya bersama kawan baik saya, Inca sedang menunggu sebuah kereta keluar dari parking lot dan saya telah memberikan isyarat/signal untuk parking kat situ. Dan anda semua tahu apa terjadi? Penat2 saya menunggu tiba2 kereta lain yang masuk situ. Kalau anda? Apa anda buat? Diam? Mengalah?
Oh Tidak..Saya bukan begitu.. Saya akan pertahankan hak saya. Walaupun saya ni nampak cam lembik tapi saya sangat berani bila tiba masanya..hik hik hik...
Saya cuba hon sebagai tanda amaran kat dia yang saya dah cop parking itu. Tapi korang tahu apa lelaki kurang ajar dan bini dia buat? Dia buat isyarat tangan yang membawa maksud "lantak ko la..aku masuk dulu so, aku buleh parking sini..".. Bini dia lak buat2 muka sambil pegang2 spek hitam dia tu konon2 aku la ada spek hitam..Nyampah...Geram sangat2.. Saya makin panas (dah la cuaca sangat panas masa tu) lalu saya pun membunyikan hon banyak2 kali sebagai tanda memprotes (ajak gaduh..hahahaha...). Tahu apa lelaki kurang ajar tu buat? Dia turunkan cermin keretanya dan belum sempat dia nak bercakap saya sound dia dulu dengan nada yang agak keras..(menengking gak kot..huhuhu).. Tak tahu samada dia takut (ye ke?ehehe) ataupun dia malas nak panjangkan kes dengan saya, dia terus keluar dari parking lot itu..
Yess..saya menang kes ini..ehehehe
Saya sangat geram dengan orang2 yang macam ni. Bukan dia tak tahu kita dah bagi signal tapi pandai buat2 tak nampak. Pastu dah buat salah eh boleh lak dia nak buat2 muka buat isyarat2 yang menyakitkan hati.. Dan mungkin dia ingat lady driver ni senang kena tindas sebab tu la lelaki kurang ajar tu berani nak buat camtu. Sorry ye, lady driver ini walaupun tak pakai spek hitam macam bini dia tu memang tak akan bagi muka langsung kat orang kurang ajar camni..Silap orang la bang...
p/s : Lupa nak amik no plat keta lelaki kurang ajar tu. Yang saya ingat dia memandu Proton Waja. Dia lak berkepala botak separuh dan bini dia pakai spek hitam..(macam orang baru belajar pakai spek je saya tengok..)
2 comments:
syabas bete..hehehe
Post a Comment