..:: You Follow I, I Follow You

Mr & Mrs Chenchen

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Ya Allah, Kau Perelokkanlah Segala Perjalanan Hidup Kami

Monday, November 29, 2010

Perempuan Terdesak Lagi Nazak!!

Dah banyak kali saya sabar dan saya rasa saya tak boleh bersabar lagi...Jangan ingat bila saya diam, saya tidak tahu apa2.

Kepada pemilik no. 013-6281**4, sila jauhkan diri anda dari suami saya. Saya tahu banyak pasal anda, sms yang dihantar kepada suami saya sebelum dan selepas kami berkahwin. Sms ugutan 2 hari sebelum kami berkahwin pun masih saya simpan. Hatta, sms yang dihantar kepada suami saya ketika anda berada di sebuah hotel di Kuala Terengganu ini pun saya masih simpan. Oh ya, sms pukul 1045pm semalam tu adakah bertujuan untuk membuat saya cemburu, fikir bukan2 mengenai suami saya? Anda sungguh terdesak la cik...

Anda sungguh berani dan yakin sungguh ye...Apa pun kisah anda dengan suami saya dahulu saya dah tahu..Dan saya terima baik buruk suami saya sebagaimana dia terima baik buruk saya. Anda tak perlu risau apa2 kerana kami memang hidup bahagia...Dan anda, sila lah risaukan diri anda dahulu sebelum nak risaukan orang lain...

Sila jauhkan diri anda dari suami saya sebelum mulut saya menjadi jahat dan nombor anda, gambar anda dan segala sms itu terpampang di blog suci saya ini!!!! Biar semua kawan anda yang sangat menyokong anda selama ini tahu yang anda tidak 'selemah' yang mereka sangka...

p/s : Siapa yang desperate sekarang ni cik? Saya atau anda??? Sila jaga maruah anda sebagai seorang perempuan. Anda memang sangat kesian!!!!

Saturday, November 13, 2010

Bahasa Rempit Lagi Gedik

Apa tu bahasa rempit lagi gedik? Nak contoh? Nah...

1. Shaye da gumuxs agik!! Mency_nyer!!!~~ [][]
2. Gadering Pamely!!Bezy di Dhapo..Macak Ketupat n Sambal Kacang Mabeles! Huhu Perotku da Belagu Riang..Bile Mo Mamam Nyh!!.... >.< []
3. Diowunk niew jahat..Aq jew yg bek..
4. Lam famly akuwh just call me byla..then fwenz call me b...


Cukup la tu kot kan.. Apa perasaan korang bila baca semua ni? Saya memang cukup pantang dengan bahasa sebegini. Tak kata orang lain la. Anak-anak saudara saya.. Suka sangat nak tulis dengan ejaan yang payah nak paham ni. Kadang2 saya dan IncikSuami sengaja tulis ayat2 camni semata2 nak sindir anak saudara saya. Tapi, gitu la.. Payah.. Diorang ingat bila diorang tulis gitu diorang rasa diorang cool, comel habis  kot. Tolonglah.. Che De (anak2 saudara saya panggil saya) tak suka....

Kalau yang tulis dengan 'short form' tu saya masih boleh terima sebab saya faham jugak la nak baca macam mana.. Walaupun kekadang tergagap jugak...Tapi yang ni macam keterlaluan sangat la.. Che De tak suka tau.. Jangan buat lagi ok.. Kalau tak, tahun depan Che De bagi duit raya 50sen je. Hehehe

p/s : Mungkin sebab saya cikgu kot. Tu yang jadi tak suka pada mereka yang guna ayat rempit gitu...Hehehe.. Kepada yang terasa, saya minta maaf. Saya memang menyampah dengan ayat rempit lagi gedik itu..

Tuesday, November 9, 2010

Amalan Baik Ketika Mengandung : Rohani

Walaupun saya tak berkesempatan untuk amalkan selepas solat 5 waktu tapi alhamdulillah, anak saya dengar jugak la setiap hari walaupun beberapa potong ayat sahaja. Saya nak anak saya sentiasa mendengar alunan ayat suci al-Quran ini sepanjang dia berada dalam rahim saya. Saya mahu alunan suci ini menjadi santapan rohaninya sepanjang hari. Dengan harapan, anak saya akan sempurna rohaninya kelak. (agak2 kalau anak saya baca blog saya ni nanti apa dia rasa ek?mesti dia tak nak derhaka ngan saya kan?hehehe)

Bawah ni saya sertakan sekali beberapa surah dari al-Quran yang elok diamalkan semasa mengandung. Diambil dari Pakcik Google dan kebetulan hari tu ada dengar Ustazah Nur Bahiyah berceramah mengenai amalan baik ini. So, saya nak share pada semua.

1. Surah Al-Fatihah - Untuk terang hati
2. Surah Maryam - Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat
3. Surah Luqman - Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa
4. Surah Yusuf - Untuk memperoleh anak cantik rupa dan cantik akhlak
5. Surah Hujurat - Untuk memperbanyakkan susu ibu dan agar anak bersifat berhati-hati
6. Surah Yaasin - Untuk ketenangan hati dan agar anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat
7. Surah At-Taubah - Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat
8. Surah An-Nahl - Untuk melahirkan anak yang berdisiplin
9. Surah Al-Anbiya' (mintak maaf, saya lupa ayat keberapa tapi ini adalah doa nabi yunus semasa dalam perut ikan yu tu...) - Untuk memudahkan ibu bersalin
10. Ayat 38 Surah Ali Imran. Maaf, saya tak sempat nak dengar dan catat kelebihan ayat ini. Ustazah Nur Bahiyah cakap laju sangat. Hehehehe)

Semoga akan menjadi amalan saya sehari-hari lepas ni dan boleh amalkan setiap kali lepas solat fardu. Setakat ni cuma mampu buat lepas solat maghrib je. Hehehe..Apa nak jadi la saya ni...:)

p/s : Jom mengaji sama2 wahai IncikSuami...:)


Tuesday, November 2, 2010

Saya nak IncikSuami setiap hari dengan saya...

Dah hampir 5 bulan saya kawen dan cuma beberapa kali saya berpeluang masak untuk IncikSuami. Terkilan jugak tapi selagi saya masih di sini, begitulah keadaannya. Walaupun saya masak nasi goreng rasa nasi lemak, masak mee rebus rasa mee bandung, saya tahu IncikSuami sanggup bedal sahaja. Hehehe..TQ sayang sebab kata masakan saya sedap walau hakikatnya hanya awak yang tahu...hihihihi

Hish...Sebenarnya bukan hal masak memasak ni yang saya nak cite. Saya nak cite pasal proses pertukaran saya dari pulau ke daratan. September bebaru ni, borang ada keluar dan saya mestilah tak pernah jemu untuk mengisi. Tak larat weh nak ulang alik tiap2 hujung minggu naik feri. Errrrrrr.....Lebih tepat lagi sebenarnya, saya dah tak larat nak jauh2 ngan IncikSuami. Hehehehe...Kesian dia asyik makan nasi bungkus, asyik basuh baju sendiri, asyik senyum sorang2 kat rumah, asyik tengok tv sorang2, asyik main cak cak ngan katak sebab bosan (umah kami banyak katak), asyik pelok bantal je malam2..opssss...Hehehe...

Macam2 saluran atau kabel terpaksa digunakan untuk memastikan saya berjaya ditukarkan kembali ke daratan. Tiap2 hari doa moga saya berpeluang untuk hidup seperti pasangan suami isteri yang lain jugak. TAPI..saya dapat tahu boss sekolah saya sangat 'sayang' saya dan tak menyokong pertukaran saya. Biasanya, kalau boss tak sokong pertukaran memang payah la nak dapat tukar... Lepas dapat tahu, saya lencarkan perang dengan dia... Bukan perang apa pun, perang tak nak bercakap dengan dia je.. (mana berani nak perang versi lain..Maunya dia hantar saya jauh ke hulu pedalaman, lagi naya saya ni..)..Nampak dia, saya akan lari. Kalau dia tanya apa2, saya cuma jawab ala kadar je. Dah tak kuasa nak manja2 nak ramah2 dengan dia. Betul...Saya sangat kecik hati dengan dia....

Saya harap ini tahun pertama dan terakhir saya di sini. Bukan tak sayang tak cinta sekolah ni, tapi dalam keadaan saya sekarang (mengandung), saya sangat memerlukan suami saya di sisi. Sedih sangat bila mengandung gini, IncikSuami jauh. Harap warga SK Pulau Redang sekalian memahami.

p/s : Moga harapan menjadi kenyataan.. Amin..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails