..:: You Follow I, I Follow You

Mr & Mrs Chenchen

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Ya Allah, Kau Perelokkanlah Segala Perjalanan Hidup Kami

Tuesday, January 11, 2011

Happy Birthday IncikSuami kecintaanku...

11 Januari datang lagi.. Hari ni birthday IncikSuami. Sempena birthday adiwira dewataku ini, saya nak buat satu entry khas untuk IncikSuami. Hehehe..

Jeng jeng jeng….

IncikSuami ni sebenarnya cool je orangnya. Tapi kalau tak kena gaya, garang jugak. Tapi setakat ni tak penah walau sekali IncikSuami marah hatta naikkan suara dengan saya. Kalau bertekak pon, sekadar ala2 manja gitu cam argue pasal cite yang kitorang tengok, sepah2kan baju n tuala, basahkan lantai sebab akuarium.. Itu je la kot modal kami nak gaduh..Moga takde la hal2 yang besar berlaku nanti. Doakan rumahtangga kami aman ye..

IncikSuami adalah lelaki yang paling sempurna yang pernah saya temui. Takde sebab untuk saya kata tidak bila dia ajak saya kawen ari tu. Hehehe. Betul woo.. Saya tak tipu. Walaupun ada mulut yang cakap IncikSuami ini IncikSuami itu saya tetap tak percaya sebab sepanjang hidup dengan IncikSuami ni takde pon sekali dia buat saya CURIGA kaw2 punya.. Hahaha. Ada tetap ada cuma keCURIGAan itu mudah je terbang dibawa angin. Wah wah wah…

Selamat Ulangtahun Kelahiran Mohd Syahrul Ehsan.. Moga jadi anak, suami dan papa yang hebat dan mabeles ye. Saya doakan awak panjang umur supaya dapat hidup sampai tua dengan saya untuk besarkan anak2 kita nanti. Saya takleh bayang hidup saya tanpa awak di sisi. (sebak la pulok..ehehe). Jangan hisap rokok lagi k.. Saya sayang awak...

Siap dalam masa hampir 2 jam. Nampak sedikit tak kemas sebab buat dlm keadaan tergesa2 sebab bajet nak siap sebelum IncikSuami balik kija.. Konon nak surprise la kan...:)

IncikSuami yang happy!!! yeay...



p/s : Saya cadang nak masak spesel untuk IncikSuami. Tapi siap je buat cupcakes tu saya terus penat.. Baby kata "mama, please rehat ma...Mama tak rehat lagi hari ni.." Betul la.. Saya dah letih.. Hehehe.. Pas solat Isyak ajak IncikSuami makan kat luar..Hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails