..:: You Follow I, I Follow You

Mr & Mrs Chenchen

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Ya Allah, Kau Perelokkanlah Segala Perjalanan Hidup Kami

Saturday, July 31, 2010

Kejadian Pelik Siri 2

Berlaku minggu lepas..

Saya pelik lagi bila saya mula hilang selera makan..(saya ni jenis makan banyak tau..ambik nasi memang banyak la..)..Semput dan mengah2 tu tetap ada lagi cuma loya tu dah hilang.. Masalah lain muncul lagi bila saya jadi suka sangat masuk bilik air. Sikit2 masuk bilik air. (saya fikir ni mungkin sebab saya minum air banyak dan cuaca lak kebetulan asyik hujan je..)

Saya pelik jugak lagi bila jerawat macam berlumba2 nak naik kat muka saya ni.. Tension yang amat bila tengok kesan merah2 itu..

Tibalah hari Isnin hari yang saya sepatutnya mengibarkan bendera merah..(kitaran haid saya tetap setiap bulan). Saya diserang senggugut dan cirit birit yang agak teruk.. Perkara ini berlanjutan sehingga hari Khamis.. Yang peliknya, saya masih lagi tak berpeluang mengibarkan bendera..

Saya mula syak saya mengandung dan mula bertanya pada yang berpengalaman..(opss, saya sangat malu nak tanya mak atau kakak saya..sanggup tanya orang lain dari mereka..tebal je muka nak tanya family..hehehe)

Maklum balas positif dari orang sekeling buat saya nak tanya Incik Google lak..Lalu saya terjumpa ini. Berderau darah saya bila kebanyakan tanda2 tu memang saya sedang alaminya..

Sampai je daratan, terus singgah Guardian member. Balik umah tak terus test sebab nervous tambahan lak member cakap kalau nak keputusan lebih tepat, dia suruh buat awal pagi.. So, kami ambik keputusan untuk tunggu esok pagi. Tapi, ntah camne datang kekuatan untuk terus buat petang tu. Dan keputusannya? Sila klik link ini..

p/s : Alhamdulillah, syukur..:)

Kejadian Pelik Siri 1

Berlaku pada 2 minggu lepas..

Weekend, Incik Suami tegur dia kata badan saya sangat panas macam orang demam. Saya pun pelik sebab saya tak demam pon..Ahad, Incik Suami called dan bagitahu dia muntah2 dan loya..Mustahil dia salah makan sebab apa yang dia makan saya makan jugak semalam dan saya tak de la pulak nak muntah2 gitu. Pelik2...huhu..

Esok petang, saya pulak yang rasa tak sedap mulut, pening, loya dan sebu. Saya berandaian, ini mesti sebab makan petai banyak sangat tengahari tu..(saya makan 2 papan petai..hantu petai betul..hehehe)..Petang esoknya pun sama, saya rasa loya dan sebu dan perut asyik lapar je..Kalau permintaan perut dan mulut tu tak ditunaikan mula la rasa air liur macam nak meleleh2 je..Rasa loya tu cuma berlaku selama 3 hari je. Lepas 3 hari, semua rasa loya dan lapar yang pelik tu hilang semerta.

Pastu saya pelik lagi bila saya cepat sangat letih.. Selama ni setakat naik tingkat 3 takde nya nak mengah2 nak semput2. Saya pelik kenapa tubuh saya pelik sangat..

Orang sekeliling kata mungkin saya pregnant..Waaaaaaaaaaaahhh, saya sangat happy andai itu benar. Tak sabar tunggu khamis nak balik dan buat UPT..
 
Tapikan, Khamis tu tanda2 untuk mengibarkan bendera jepun muncul seperti bengkak kat bahagian dada(minggu depan due..hehe) dan saya terus rasa takde mood nak buat UPT ...Huhu..

p/s : Bersambung...

Monday, July 12, 2010

Bila Marah Sangat2..

Kenapa bila kita sangat2 marah binatang ini yang akan disebut..Bukan binatang lain yang halal..Yang haram ni jugak la kita nak sebut2 sangat..Asal marah je sebut. Asal sakit hati je sebut. Tak kata orang lain la..Saya ni pun sama. Cuma sekarang ni, mulut saya tidak sejahat dahulu. Alhamdulillah. Kali terakhir saya menyumpah nama binatang ini ialah pada awal bulan Januari lepas pada stalker gila. Dan memang sepanjang kenal stalker gila ni, memang binatang ni asyik keluar dari mulut saya. Astaghfirullah..

Jalan2 tengok blog orang hari..Pastu terjumpa la entry yang buat saya gelak gila2..hehehe..Terus saya cilok dan share kat sini..TQ precociouslynaive.
 

p/s : Baru ku tahu..Kah Kah Kah Kah

Sunday, July 11, 2010

Eyewear...hohoho

Sebenarnya ni aktiviti 3 minggu lepas tapi maklumlah..Saya sangat sibuk dengan aktiviti lain..(ya kah sangat sibuk?bukan buat2 sibuk kah?..hehehe)

Tema minggu tu adalah haiwan laut. Bagi yang kenal saya, diorang buleh agak dah.. "Time tema haiwan laut je Tina ni mesti buat spek mata".. Betul la tu.. Sebab saya sangat suka buat ini..Dan budak2 pon sangat suka. "Fuiyoooo...pakai spek ikan kita hari ni...Bestnyaaaaaa"..Tu antara testimonial awal yang saya dapat la hari tu...

Cara nak buat senang je..Sila tengok gambar..Saya ni tangan tak berseni sangat, so kalau hasil tak cantik sila jangan komen kata tak cantik tau..Kata je la cantik, sangat berseni lagi kreatif inovatif ye..Amik hati saya..Muahahaha..

Bahan2 yang diperlukan.. Korang kenal kan semua bahan ini kan? Tak perlu tulis satu-satu la kan? hehehe..

Memula saya lukis semua gambar haiwan laut ini.. Yang budak2 saya cuma rajin nak lukis kerang, tapak sulaiman dan ikan.. Ketam? Of course la cikgu dia punya..Hehehe..Saya lukis yang senang untuk digunting sebenarnya..Korang pon maklum la akan kebolehan budak berumur 6 tahun untuk menggunting kan? Banyak tau saya lukis ni..25 set..Dah siap lukis saya bagi anak murid menggunting sendiri. Ada gak anak murid yang jeles sebab tak dapat ketam..Terus saya cakap.."Nah amik tapi pastikan kaki dia tak putus"...last2 dia jawab.."Takpe la cikgu..kita dok reti"..Sambil sengih2 busuk...

Bila diorang dah siap gunting diorang datang balik kat saya untuk sesi menebuk lubang mata. Yang ni saya memang tak harap diorang buat la sebab takut putus dan koyak.Korang bayangkan saya melayan 25 orang murid dan menebuk semua lubang mata pada 50 ekor haiwan tersebut..Fuhhh...lenguh tangan!!! 

Seterusnya, dah siap gunting saya tolong diorang staplekan dua2 belah mata dan tebuk tubang kat bahagian kiri dan kanan. Opss..lupa..Sebelum tebuk lubang tu, pastikan letak salotip atau plastik keras kat bahagian yang akan ditebuk. Bimbang akan koyak bila dipakai..Kertas kan korang..Budak lak tu yang pakai..Huhuhu..Pastu saya bagi balik spek tu kat budak2 untuk proses menjalin getah..(errr...betul ka ayat menjalin getah tu?saya tak tahu la perkataan yg sebetulnya..huhu)...

 Akhirnya, siap jugak..Kalau nak cantik, korang letak la plastik kaler2 kat bahagian mata tu..baru jadi sunglasses...hehehe..

Sesi gedik2 bermula.. Seperti biasa..Cikgu akan terlebih excited..hahahaha

p/s : Sharing is caring..:)



Tuesday, July 6, 2010

Topeng Buah-buahan..Apa Kata Survey!!!

Menurut statistik, sejak kebelakangan ini ramai sungguh yang singgah blog saya selepas mereka menggoogle "TOPENG BUAH-BUAHAN".. Hari ni sahaja entry saya pasal topeng buah-buahan itu mencecah sehingga 25 hits. Dah banyak tu bagi blog saya yang kurang promosi ini..hehehe...Mekasih ye walau apa pun..:)

Boleh tak kepada sesapa yang dah TERsinggah sini bagitau saya kenapa google topeng buah-buahan? Anda cikgu prasekolah jugak kah? (tema minggu ni kan tumbuh-tumbuhan..saya agak je la ni..huhu) Ataupun apakah topeng itu? Saya musykil jugak ni..hehehe..Boleh bagi komen sikit tak pun feedback kat shoutmix saya? (kalau takleh, takpe..hehehe)

 Ni topeng buah-buahan itu..hik hik hik...:)

p/s : Tahun ni saya sungguh tak bersemangat waja dan dedikasi terhadap pekerjaan saya ini. Huhuhu...Kesian anak murid saya kali ni...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails