..:: You Follow I, I Follow You

Mr & Mrs Chenchen

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Ya Allah, Kau Perelokkanlah Segala Perjalanan Hidup Kami

Tuesday, November 9, 2010

Amalan Baik Ketika Mengandung : Rohani

Walaupun saya tak berkesempatan untuk amalkan selepas solat 5 waktu tapi alhamdulillah, anak saya dengar jugak la setiap hari walaupun beberapa potong ayat sahaja. Saya nak anak saya sentiasa mendengar alunan ayat suci al-Quran ini sepanjang dia berada dalam rahim saya. Saya mahu alunan suci ini menjadi santapan rohaninya sepanjang hari. Dengan harapan, anak saya akan sempurna rohaninya kelak. (agak2 kalau anak saya baca blog saya ni nanti apa dia rasa ek?mesti dia tak nak derhaka ngan saya kan?hehehe)

Bawah ni saya sertakan sekali beberapa surah dari al-Quran yang elok diamalkan semasa mengandung. Diambil dari Pakcik Google dan kebetulan hari tu ada dengar Ustazah Nur Bahiyah berceramah mengenai amalan baik ini. So, saya nak share pada semua.

1. Surah Al-Fatihah - Untuk terang hati
2. Surah Maryam - Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat
3. Surah Luqman - Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa
4. Surah Yusuf - Untuk memperoleh anak cantik rupa dan cantik akhlak
5. Surah Hujurat - Untuk memperbanyakkan susu ibu dan agar anak bersifat berhati-hati
6. Surah Yaasin - Untuk ketenangan hati dan agar anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat
7. Surah At-Taubah - Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat
8. Surah An-Nahl - Untuk melahirkan anak yang berdisiplin
9. Surah Al-Anbiya' (mintak maaf, saya lupa ayat keberapa tapi ini adalah doa nabi yunus semasa dalam perut ikan yu tu...) - Untuk memudahkan ibu bersalin
10. Ayat 38 Surah Ali Imran. Maaf, saya tak sempat nak dengar dan catat kelebihan ayat ini. Ustazah Nur Bahiyah cakap laju sangat. Hehehehe)

Semoga akan menjadi amalan saya sehari-hari lepas ni dan boleh amalkan setiap kali lepas solat fardu. Setakat ni cuma mampu buat lepas solat maghrib je. Hehehe..Apa nak jadi la saya ni...:)

p/s : Jom mengaji sama2 wahai IncikSuami...:)


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails