..:: You Follow I, I Follow You

Mr & Mrs Chenchen

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Ya Allah, Kau Perelokkanlah Segala Perjalanan Hidup Kami

Monday, December 28, 2009

Hari Ni Aku Takde Keja Dan Akhirnya....

1. Aku dapat nombor fon 'Akim' aku tu siap dengan nama penuh dan alamat melalui laman web UPM..Muahahaha... (save je dulu..call?tunggu dulu la)


2. Aku jumpa account Facebook 'Akim' aku itu.. (single lagi mamat ni..yabedabedu....)


3. Aku baru tahu rupanya 'Akim' itu seorang 'pathologist' di UPM. (Waaahh..sangat bahagia kerjayanya..sesuai la ngan ex-microbiologist ni kot..muahahaha)


4. Aku layan mamat yang makcik aku kenalkan dan kitorang putus kawan masa tu jugak.. (puas hati aku!!!Credit untuk Syah yang berjaya melakonkan watak dengan baik..muahahaha)


5. Habis aku call orang-orang berpotensi untuk jadi pengedar tudung dan dapat gak la 2,3 orang yang berminat nak jadi agen..(masyuuuuukkkk..)


p/s : Semua ni berlaku pada hari ini. Dari pagi sampai ke saat aku menulis blog ini. Aku adalah seorang yang sangat berusaha kalau nak dapatkan sesuatu kan? Siap la ko 'Akim'.. Jadi boyfriend aku la ko pasni..Muahahaha.. (Yakin nampak CikRoss?!!)


p/s 2: kepada yang menyampah bila baca blog ni, lantak ko la..sapa yang suruh ko baca?ehehehehe...pastu jangan gatal2 letak komen yang menyakitkan hati.. blog aku, aku punya suka la aku nak tulis nak merepek apa... syuh syuh...

Sunday, December 20, 2009

Orang Lain Kena Tapi Aku Yang Sakit Hati

2 hari lepas di satu kedai buku...........

Di kaunter pembayaran, ada la seorang perempuan ni tengah nak bayar jugak beratur depan aku.. Ni je antara perbualan antara mereka yang aku dengar.. Yang sebelum ni aku tak sempat nak pasang telinga..Muahaha

Perempuan : Nah, RM5..
Juruwang : Tapi kak..buku ni harga rm7.90..
Perempuan : aku nak bayar rm5 je.. Kaunnak buat apa kat aku?
Juruwang : Kak..janganla macam ni.. Kesian saya..Nanti saya yang kena bayar baki tu.

Perempuan tu terus keluar dari kedai dan terus hidupkan enjin kereta Toyota Vios nya.(aiseh,lupa nak catit nombor plat..)

Korang tahu tak buku apa yang perempuan tu beli? Tajuk yang spesifik aku tak ingat. Tapi aku tahu perempuan tu beli buku berkaitan Islam.

Masa kejadian, aku dah bayangkan aku yang duduk kat tempat juruwang tu. Agaknya apa aku akan buat? Diam dan mengalah cam juruwang tu atau lari kejar perempuan tu atau sound kaw2 punya? Ehehehe.. Perangai aku ni aku sendiri kekadang tak faham. Adakala tu berani nak mampus, adakalanya alahai penakut tuhan je yang tahu..

Aku : Ala bengongnya perempuan tu.. Beli buku agama pastu buat perangai camni.
Juruwang : Itu la kak. Saya tak sempat nak buat apa2.
Aku : Eeeee...geram sungguh saya dengan orang camni. Apa ntah yang dia fikir? Orang camni la yang rosakkan nama baik Islam.
Juruwang : Ermmm
Aku : Lainkali jangan bagi muka kat orang macam tu.
Juruwang : Akak, ni duit baki akak.
Aku : Awak simpan la buat cover balik duit tadi. (aku kesian sungguh kat budak tu. tu yg automatik jadi mulia. biasanya aku ni kedekut sikit..ahahaha)

Kesimpulannya, jangan aniaya orang dan jangan jatuhkan martabat agama Islam. Aku rasa kalau aku jumpa perempuan tu sekali lagi, tobat aku sound dia sesedap rasa. Pakai tudung labuh pakai stokin tutup aurat sungguh sempurna tapi perangai macam tahik.

p/s 1 : Juruwang adalah seorang pekerja kaum India dan baru tamat SPM.
p/s 2 : Aku pernah jadi cashier. Faham sangat2 apa yang juruwang itu rasa.

Monday, November 30, 2009

Bulu Kening

Aku tak sangka bulu kening aku selama ini jadi perhatian cikgu-cikgu..

Aku tau bila kena sound secara halus hari tu..

Nak nangis bila kebenaran yang cuba ditegakkan orang cuma gelak sinis.. Siot je..

Wei...kening aku original.. Memang jarang dan nipis. Tengok la betul-betul lainkali sebelum nak sound. Bukannya rapi macam orang yang buat kerja tu. Eeeeee..geram sungguh.

p/s : Dosa Cabut/cukur bulu kening tak pernah ada dalam catitan Malaikat Raqib/Atid. Insyaallah Dan Alhamdulillah..

Tuesday, November 17, 2009

Akhirnya, hari ini aku tak cool....ahahaha




Minggu lepas, aku dikejutkan dengan berita pertukaran aku ke Pulau Redang untuk sesi persekolahan 2010. Jeng jeng jeng.....

Sedih? Sedih la jugak tapi bila mak dan ayah aku tahu khabar yang kononnya sedih itu, mereka sangat gembira.. Yeaaaahhh, dapat gi Pulau Redang la kita pasni...ehehe (walaupun kami ni orang Terengganu, tapi tak pernah berkesempatan ke sana walau sekali)..

Cikgu-cikgu lain semua macam bersimpati dan aku dengan rilexnya bagitau diorang aku OK dan tak kisah pun kalau ditakdirkan kerja aku di situ tahun depan. Dan aku masih seperti biasa. Tetap cool, ceria dan huha huha.

Tapi.. se'cool2' aku akhirnya hari ini aku menangis teresak-esak dalam jamuan perpisahan tadi. Gila ah malu. Tak pernah nangis teresak-esak gitu depan ramai orang. Hahahaha.. Bila aku dah start nangis, semua guru termasuk staf sekolah menangis. Mungkin tak tahan sedih tengok aku teresak-esak gitu.. Yang paling sedih aku tengok sudah pasti la PPM (Pembantu Pengurusan Murid) aku, Cik Linda.

Alaaaaa.. aku sayang kat sekolah ni. Aku sayang cikgu-cikgu kat sini. Aku tak nak tukar. Tapi 'SAYA YANG MENURUT PERINTAH' tu yang buat aku kena akur. Aduhai...

p/s : So, sesapa yang nak ke Pulau Redang tahun depan, sila lah bagitahu aku.

Thursday, November 12, 2009

Duit duit duit

Bulan ni bulan paling sengsara bagi kakitangan kerajaan kot..
Ari tu dapat gaji pada 10 Oktober 2009 (betulkan kalau salah..tak ingat!!!) untuk bulan Oktober dan untuk bulan November ni aku dengar akan dapat pada 23 November ni.. Bayangkan lah...betapa sengsaranya aku...ehehehe


3 minggu lepas, dalam purse cuma tinggal note 50 dua keping dan dalam bank gaji cuma tinggal rm79 sahaja... Sedangkan masih banyak hari lagi kena tunggu untuk gaji seterusnya..waaaaaaaaaaahhh..masa tu cuma ingat Maggi Maggi sahaja...ehehehe


Tapi kan..duit tu datang bergolek lak secara tiba-tiba......


1. TM hantar cek bernilai RM65 sebab terlebih bayar untuk akaun streamyx..

2. Duit tabung kelas aku yang aku turut sama menabung (RM1 je) dengan anak-anak murid aku tiap-tiap hari sejak awal persekolahan terkumpul sebanyak RM200+.. (ni bukan duit budak tau..ni duit aku!!!jangan salah paham lak..)

3. Bisnes berjalan dengan sangat baik sekali.. Menyesal tak start seawal kakak-kakakku yang lain.. Masyuuuuukkk!!!.. Sapa-sapa nak beli tudung yang cantik lagi menawan di sini? Ermmm..post akan datang aku upload gambar tudung-tudung anggun lagi menawan itu...


Kesimpulannya,

1. jangan bayar bil cukup-cukup je. Tak rugi pun bayar lebih dari jumlah sebenarnya.
2. menabung amalan yang sangat membahagiakan..(korang akan rasa nikmatnya bila kocek korang kering-sekeringnya)
3. bisnes bisnes bisnes..muahahahaha

Friday, October 30, 2009

Tolong Beradab Sikit Ye Manusia...

Ni adalah sambungan blog terdahulu..

Manusia ni tak cari pasal ngan aku pun tapi dia cari pasal dengan telinga aku.

Manusia, aku sakit telinga la. Kau sedar tak umur kau berapa? Jawatan kau apa kat sekolah tu? Aku tak kisah kalau ngan aku kau tak hormat. Tapi aku kisah sangat kalau kau tak hormat cikgu-cikgu dan pekerja-pekerja lain.

Manusia..kau tu muda lagi. Muda dari aku pun. Kau takleh cakap AKU-KAU dengan orang yang lagi tua dan cikgu-cikgu camtu. Jangan la panggil diorang dengan nama je tanpa ada panggilan hormat di depannya. Contoh, GPK1 kita.. selamba je kau ni panggil dia Li. Kau tahu tak umur dia berapa? Pangkat dia apa kat sekolah tu? Panggil dia Cikgu Li. Bukan Li semata-mata. Hormat sikit orang tua dan bos kita. Lagi, sakit sungguh telinga aku bila dengar ko panggil Ayah Wan dengan Wan sahaja. Kau sedar tak Ayah Wan tu umur berapa? Pangkat ayah tu ngan ko. Susah sangat ke nak panggil elok-elok?

Manusia, aku harap lepas kau baca ni kau akan lebih reti bahasa dan berbudi bahasa. Kalau dengan aku kau nak panggil ross, aku kau, aku masih boleh terima. Tapi dengan cikgu lain, tolong jangan panggil nama mereka sahaja. Letak cikgu kat depan nama diorang. Sama la jugak dengan pekerja dan staf lain. Letak abang, kak, pak, mak kat depan nama diorang. Tak rugi apa pun kalau berbudi bahasa..


p/s : Moga kau akan lebih beradab nanti..

Thursday, October 29, 2009

Proton Iswara 1.3 vs Honda Civic 2.0

Semalam, sedang asyik aku memandu tiba-tiba sebuah kereta Proton Iswara 1.3 memotong aku dengan sangat laju, berbahaya dan tergesa-gesa. Maybe dia sakit perut nak buang air besar kot. Tak sampai 10 kali aku kelip mata kot, sebuah kereta Honda Civic 2.0 memotong aku dengan sangat laju dan tergesa-gesa juga. Hah, ni sorang lagi sakit perut. Aku terus memandu dengan kelajuan had laju kebangsaan ke destinasi yang dituju.

Sampai di traffic light. Kedua-dua kereta itu ada. Lampu bertukar hijau dan bermula lah acara F1. Kedua-dua kereta itu memecut walaupun masa tu kereta agak banyak. Dari jauh aku boleh nampak Honda Civic 2.0 cuba memotong Proton Iswara 1.3 tetapi Proton Iswara 1.3 macam tak nak bagi peluang Honda Civic 2.0 memotongnya. Dalam hati aku 'ala bengongnya Iswara tu. Keta standard gitu ada hati nak lawan ngn Honda 2.0'.. Memang Iswara itu tak bagi peluang Honda tu potong dia.

Di lorong bertentangan, ada sebuah lori ikan. Hah amik ko, akibat dari tak nak bagi orang potong kereta ko dan ko lak nak potong kereta orang sangat2, kedua-dua kereta itu bergesel sesama sendiri akibat nak elak dari bertembung dengan lori ikan itu.

Masa lalu di tempat kejadian, aku cuma gelak je. Nak kesian? Jauh sekali. Salah sendiri. Sndiri cari pasal sendiri cari sakit. Padan muka. Aku rasa pemandu lain yang perasan gelagat makhluk 2 kereta ini pun sama cam aku. Gelak sakan kot.


p/s : Bawa kereta secara berhemah kalau tak nak rugi..eheheh

Tuesday, October 20, 2009

Akhirnya, Internet Kembali

Modem (streamyx) kena patah petir. Dan Mubarak (laptop) aku pon turut sama kena tempias. Akibat dari itu, aku terus tamatkan perkhidmatan streamyx aku dan terus register untuk Celcom Broadband. (hajat nak pakai P1 tapi takde lagi kat Terengganu ni). Pakej yang aku ambil ni murah je, RM50 sebulan untuk 384kBps (agak slow la kan..tp kira ok la kot untuk Facebook dan YM. ). Pakej government..(of course la, aku kan cikguRoss..ehehe). Dan modem yang aku namakan Harun itu aku dapat dengan harga RM150 (ZTE). Kira paling murah yang aku dengar dan tahu selama ini di pasaran. Tak tahu la kalau kat KL nun berapa.. Mungkin buleh dapat lagi murah kot.


Proses ini bukan amik masa sehari je. Tolak hari ni, maknanya ada la dalam 10 hari aku tak melihat blog, facebook, YM. Agak lama la jugak tu kan..ehehehe..


Tapi takleh nak online secara beria jugak sebab Mubarak masih kat kedai. Semalam aku call SenHeng, diorang cakap masih tak siap lagi. Diorang janji 1-2 minggu buleh siap. Mulanya macam nak marah tapi bila fikir baru 10 hari dan ada baki 4 hari lagi seperti yang dijanjikan, aku jadi cool balik..ehehe..


Aku kebas laptop sekolah dan bawak balik rumah, dan akhirnya....aku kembali tapi laptop ni takde YM. Nak install tak boleh. Hampeh je..


p/s : Slow la.. Jauhnya beza speed 1M ngan 384k..Huhuhu

Friday, October 9, 2009

Kesalahan Kecil Dalam Solat

Selama ni aku ingat solat aku macam dah sempurna tapi bila baca dan tahu semua ni buat aku takut lak. Cam tak betul je solat aku selama ni..Di sini, aku nak kongsi beberapa kesalahan yang aku biasa buat dan biasa jugak berdepan. Hehehe..


1. Kesalahan bacaan dalam solat boleh menyebabkan solat batal. Yang sunat kalau dibaca salah, akan membatalkan solat.
(waaaaaaaaaaahh, aku kadang2 baca yang sunat secara lewa je..masyaAllah)


2. Bacaan hendaklah sekurang-kurangnya boleh didengari oleh telinga pengucap sendiri. Tak sah jika dibaca dalam hati atau seolah-olah berbisik.
(huhuhu...ni selalu gak la buat ni)


3. Menghayun tangan ketika bangun dari rukuk.
(ni aku tak penah buat tapi aku penah nampak ada orang yang buat camni)


4. Semasa duduk antara 2 sujud, jari tangan kanan hendaklah digenggam dengan ibu jari dimasukkan ke dalam dan jari telunjuk dilepaskan ke atas lutut. Pastikan jari tangan kiri dan kanan tidak melebihi aras lutut.
(waaaaaaaaaaaaaaahhhh...ni aku salah gak ni..sambil lewa je jari aku selama ni terletak. kadang2 jari kiri dan kanan aku letak bawah lutut. takutnya...)


5. Solatlah dalam keadaan tenang dan jangan menganggu orang lain.
(rasanya aku tak buat la ni tapi aku selalu terganggu bila solat di masjid. Makcik2 yang suka pakai gelang yang banyak di lengan akan menghasilkan bunyi bising setiap mengangkat tangan. Memang la sangat tidak kusyuknya aku ketika itu..Huhuhu)


Ni baru sedikit yang aku tahu. Mungkin banyak lagi yang selama kita tak tahu kesalahannya. Bersama kita memperbaiki solat, tiang agama kita.. Amin.


p/s : Kes kena paksa ngn ayah gi solat subuh kat masjid tadi. Dengar kuliah tadi, terus cerah mata. Banyaknya salah solat aku selama ni. Korang camne?

Thursday, October 1, 2009

Raya @ Sekolah 2009



Seperti biasa sekolah akan buat sambutan hari raya. Dan aku, akan sentiasa kena buli dengan cikgu-cikgu lain dan murid-murid kerana mereka selalu dengar aku ajar anak murid prasekolah aku menyanyi. Ya, Memang aku suka nyanyi. Memang aku suka karoke tapi bila kena nyanyi depan anak murid depan cikgu-cikgu depan staf-staf sekolah, aku jadi sangat malu dan segan. Hish.. Tapi kan..CikguRoss tetap CikguRoss. Dah dapat mic aku lupa diri..Siap buat konsert lagi..Muahaha.. 5 orang anak murid prasekolah masuk acara Pakaian Beragam untuk murid tahap 1. Oleh kerana aku tak nak anak murid aku nampak biasa saje di atas pentas berbaju raya, aku ubah suai la sikit.. Dan, 2 orang antara mereka menang. (No 1 dan No 4).. Horey!!!

Sunday, September 13, 2009

Antara KL dan Terengganu

Borang pertukaran dah keluar. So, memang dah boleh isi.

Tapi aku masih berfikir-fikir.. perlu ke aku isi? Kalau dulu, aku memang nantikan saat-saat layak isi borang ni. Tapi bila dah layak, aku berat hati lak nak isi..

Nak tukar KL ke tak ni? Relevan lagi kah untuk aku bekerja di sana? Macam dah best je duduk Ganu ni. Jimat banyak woooo..

Arghhhh...mintak tukar supaya dekat dengan umah mak je la..so, takyah susah-susah duduk umah sewa lagi..


p/s : Dah pertengahan bulan September..tapi aku masih lagi teragak-agak.. Perlu istikharah gak ke gini?eheheheh

Wednesday, August 26, 2009

Lokmang Ku Cedera Parah..

Hari sabtu lalu aku ke Kuala Lumpur untuk menghantar Lokmang kepada tuan barunya. Aduhai.. Baru sehari bertukar tangan, tragedi berlaku. Lokmang yang dipandu adikku telah terlibat dalam kemalangan yang agak meresahkan jiwa. Lokmang telah melanggar sebuah kereta dan motorsikal di mana penunggang motorsikal terbabit patah kaki. Menangis aku bila tengok keadaan Lokmang. 4 tahun bersama Lokmang, tiada kecederaan parah berlaku ke atasnya tapi setelah bertukar tangan, Lokmang cedera parah!!! Uwaaaaa... Abangku kata Lokmang ku merajuk. Ada yang kata Lokmang tak nak bertukar tuan kot. Ntah la... Aku sayang Lokmang tapi Murad aku sayang lebih...Muahahahaha..

p/s : Aku tak perasan slama ni 2nd name driver Lokmang adalah RHJ. Waaaaaaaaaaahh, terus aku call ETIQA mintak tukarkan ke nama adik aku.

p/s 2 : Murad sape? Biarlah rahsia....Nanti korang akan tahu jugak..:))

Sunday, August 16, 2009

Murad oh Murad

Selama ini, aku hanya menjeling tiap kali melihatnya. Di dalam hati timbul macam-macam rasa. Argh....bilakah kita dapat bersama? Setelah sekian lama, aku dan dia akhirnya berpeluang bersama tapi sayang aku tidak boleh untuk memilikinya lagi (buat masa sekarang la). Semalam, aku melihatnya lagi. Dari jauh, aku melihat dirimu bersama kawan-kawanmu. Waaaaaaaaaaaahh, alangkah bahagianya aku andai dapat bersamamu, memilikimu...Semoga kau akan menjadi buah hatiku untuk beberapa tahun akan datang ini. Dan aku harap Lokmang akan bahgia bersama kekasih barunya. Sedihnyaaaaa......

p/s : POYOnya aku!!!!!!!!!!!!Muahahahahah

Thursday, August 13, 2009

Program 1 Malaysia, Indahnya Bandarayaku-Kuala Lumpur (20-23 Julai 2009)

Hari Ketiga (23 Julai 2009)

Hari ni dah nak balik Terengganu. Program pon dah habis so hari ini program bebas. Ketua rombongan Terengganu cakap kita akan ke Chow Kitt. Dalam hati aku memberontak macam-macam. Nak gi Chow Kitt dengan budak-budak ni? Tak senang duduk aku. Singgah pasar buah. Budak-budak beli buah dengan rancaknya dan aku memerhati dengan takutnya bimbang akan ada budak tersasar dari kumpulan aku tu. Pastu gerak ke Sogo. Yang ni aku suka sikit la. Ehehehe. Tapi ketua rombongan tu kejam. Ada ke bagi masa setengah jam je untuk pusing Sogo? Akibatnya, aku takleh beli apa pun. Hampa!!! Balik hotel semula untuk makan tengahari dan kami gerak pulang ke Terengganu tepat jam 12.30 tengahari.

Kesimpulannya, program ini membawa seribu makna, senyuman dan kenangan yang indah di hati murid-murid miskin ini. Dan, cikgu dia pun rasa seronok dapat jalan-jalan secara percuma. Ehehehe. Terima kasih Kementerian Pelajaran Malaysia. (applause).

p/s : Cikgu Yuna. Ehehehe. Budak-budak negeri lain yang tak tahu nama aku panggil aku ngan nama tu. Jauhnya beza aku ngn Yuna tu. Camne la diorang leh tengok sama lak. Heran aku..

Program 1 Malaysia, Indahnya Bandarayaku-Kuala Lumpur (20-23 Julai 2009)

Hari Kedua (21 Julai 2009)

Aku ni namanya lama duduk KL tapi banyak tempat aku tak sampai lagi. Contohnya? Putrajaya. Walaupun selalu la jugak pergi Putrajaya, tapi aku tak pernah nak masuk dalam Taman Botani, Taman Warisan, dan taman-taman lain di Putrajaya tu. Naik ’cruise’ pun tak pernah. Selama ni kalau pergi Putrajaya, aku cuma gi Alamanda dan solat kat Masjid je. Tak pernah terfikir untuk masuk dalam semua taman yang ada. Rupanya inilah yang seronoknya Putrajaya. Taman-taman yang ada. Bagi yang suka bergambar dan jalan-jalan menikmati alam seperti aku, aku rasa korang pasti akan suka jugak. Yang aku paling tak boleh lupa adalah aku kena tahan oleh makcik jaga bila nak masuk masjid. Aku kena pakai jubah sebab bagi diorang aku tak menutup aurat dengan sempurna. Mana ada. Aku sangat sopan dari biasa pada hari tu. Nak je lawan-lawan cakap dengan makcik tu tapi bila fikir banyak kali aku ikutkan je cakap mereka. Aku pakai camne? Aku pakai t-shirt besar, longgar, labuh melebihi punggung, siap pakai sarung tangan lagi, pakai tudung (of course la!!!) tapi memakai jeans. Jeans tu longgar ape. Ala.. Makcik tu saje je nak kenakan aku. Cheh!! Dan aku merupakan satu-satunya cikgu yang kena pakai jubah. Waaaaaaaaaaaahhh, budak-budak pakat gelakkan aku. Bencikkkk!!!!

Lupa nak bagitahu. Untuk program ini, kami terpaksa bangun seawal 4 pagi untuk bersiap dan bergerak ke Masjid Negara. So, kami solat subuh di sana. Usai solat, kami bersarapan pagi di situ juga sebelum berangkat ke Putrajaya jam 9 pagi. Maknanya masa yang ada sebelum ke Putrajaya tu, murid-murid di bawa sekitar Masjid Negara untuk mengenali masjid tertua itu. (aku pun tak pernah sampai lagi masjid negara ni tau.)

Naik ’cruise’. Ni pun aku ’excited’ Hahaha. Tak pernah naik jugak. Hahaha. Jakun abih aku ni ngalahkan budak-budak. Aku kecewa sungguh la sebab tak belajar dengan pandai-pandai cara-cara menggunakan Wakchor (camera) aku ni. So, gambar yang aku ambil di atas kapal tu semua tak menjadi. Kalau ada pon, cuma nampak aku je. Ahahaha.

Acara seterusnya aku suka jugak. Dari Putrajaya, kami di bawa ke Stesen ERL Putrajaya. Rupanya, nak balik KL naik ERL. Waaaaaaaaaaaaaaaaahhh, sangat seronok lagi sebab aku tak pernah naik jugak. Hahahahahah. Jakun la cikgu Ross ni!!! Laju kan ERL ni. Aku kat dalam tak nampak apa pun kat luar. Laju sangat la tu. Ehehe. Lebih kurang 20 minit, kami sampai di KL Sentral di mana bas kami sudah menunggu. Kami balik ke hotel dan terus mengembara ke alam maya. Tidur la tu.

Hari Ketiga (22 Julai 2009)

Esoknya, bangun awal lagi tapi kali ni solat kat bilik je. Pukul 8 kami ke Dataran Merdeka lak. Lebih kurang sejam kot pusing-pusing kat situ, kami jalan kaki ke Stesen Putra LRT Masjid Jamek untuk ke KLCC. Kali ni, aku tak excited mana la sebab biasa naik. Ahahaha.

Kaki aku dah melecet masa ni. Untuk pengetahuan korang, aku langsung tak tahu apa/bagaimana program 1 Malaysia ni. Aku mati-mati ingat ianya adalah satu majlis formal. So, aku tak standby kasut, sandal tumit rendah. Semua yang tinggi aku bawak. Dan baju lak, semua baju kurung aku bawak. Nasib baik, sepanjang program, pakaian guru dan murid disediakan. Hahaha..

Sampai je KLCC, aku cuba curi peluang nak cari kasut atau sandal tapi masa sentiasa cemburukan aku. Aku langsung tak berpeluang masa tu. Kaki memang dah sakit sangat.

Acara apa lak kat KLCC? Haaaa.. Ini pun best sebab aku tak penah masuk jugak. Masuk Aquaria. Waaaaaaaaahh, sangat best masuk Aquaria. Maklumla free. Ehehe. Sapa yang mabuk laut aku rasa tak sesuai lama-lama kat situ. Ehehe.. Sangat best. Korang pon try la masuk sana. Tak rugi korang bayar RM38 untuk apa yang korang dapat tengok.

Haaaaaaaa.. lepas masuk Aquaria ni la aku dapat peluang curi keluar dari rombongan. Sebab masa ni masa makan tengahari dan solat zohor/asar (jamak takdim). Aku tipu kat urusetia yang aku sakit perut sangat-sangat dan terus bergegas masuk semua kedai kasut yang aku jumpa. Ingatkan sekali masuk kedai trus jumpa tapi takde jumpa yang betul-betul selesa. Akhirnya, aku jumpa jugak satu kedai yang jual kasut yang selesa. Everlast nama kedai itu. Masa tu ketua rombongan negeri Terengganu dah call banyak kali tanya aku di mana. Cuak dan aku sambar kasut depan mata, cuba pakai dan rasa selesa. Terus bayar dan terus pakai dan berlari naik ke Petrosains. (lari tu....pakai kasut katakan..)

Sampai kat pintu masuk Petrosains, aku kena perli macam-macam. Muahahaha. Maafin ye. Kaki aku sakit sangat. Terpaksa tipu sunat. Muahahahaha.. Bila dah sampai kat Petrosains baru perasan kasut yang aku baru beli tu tak cantik. Huhuhu.. Rugi sungguh!!

Masuk Petrosains best jugak sebab aku tak pernah masuk jugak. Ahahaha. Tak tau nak tulis apa pasal Petrosains ni. Korang masuk la sendiri. .Yang aku tahu sukarelawan kat situ cantik-cantik dan kacak-kacak belaka. Harap muda sangat je dari aku. Kalau tak, aku dah bagi nombor telefon. Ehehe. Tapi tragedi berlaku. Walaupun dah pakai kasut, kaki aku yang sudah lama kesakitan itu akhirnya kekejangan. MasyaAllah, sangat sakit. Huhuhu...Berlinangan air mata la jugak tahan sakit. ehehe

Malamnya, kami ke Planetarium Negara. Ni aku seronok jugak. Ahahaha. Ikut plan hari tu, kami berpeluang untuk melihat planet Zuhal tapi disebabkan cuaca tidak mengizinkan, planet Zuhal menyorok dari pandangan kami. Kecewa!!! Tapi pekerja kat situ ajak aku buat kerja keji iaitu skodeng. Dari Planetarium tu aku buleh nampak dengan jelas apa orang dalam hotel Hilton tu buat. Waaaaaaaaaahhh.. Sangat bahaya. Oleh itu, sila tutup langsir jika mahu tukar pakaian. Kejinya aku.. Muahahaha.. Plan lain di Planetarium berjalan seperti biasa. Rasa cam Dr SMS je masa duduk dalam tu. Muahaha..

Sampai hotel dalam pukul 11.30 malam. Jumpa Ex-officemate (VADS) dan kami ke Bangsar untuk makan Mc Donald. Pukul 1 pagi aku balik hotel dan trus gol. Penat sangat.

Tuesday, August 11, 2009

Program 1 Malaysia, Indahnya Bandarayaku-Kuala Lumpur (20-23 Julai 2009)

Hari Pertama (20 Julai 2009)

Takde apa nak cite kot sebab masa habis dalam bas je. Perjalanan dari Terengganu ke KL bukan dekat. Sebal je rasa sebab mabuk. Aku memang pantang kalau jalan jauh2 di siang hari. Memang akan mabuk. Kereta ke bas ke sama je. Sebab tu kalau jalan jauh2 aku suka kalau aku yang bawak. Sebab letih bawak kereta lagi best dari letih sebab loya/mabuk/pening. Kalau ada lesen bawak bas, dijamin, aku akan mintak izin drebar tu untuk bawak bas dia. Huhuhu

Sampai Hotel Plaza pukul 4.30petang. Aku sebilik dengan seorang cikgu cina. Mintak maaf kawan beragama Buddha, Hindu ataupun Kristian ku sekalian. Aku bukan ‘racist’ tapi bila bab macam ni aku lebih selesa dengan orang seagama. Yang aku risau pun terjadi, selamba je cikgu ni ke hulu ke hilir pakai kasut/selipar dalam bilik. Pastu kasut/selipar yang dia pakai tu bawak lak masuk tandas. Akibatnya? Tandas kotor dan bilik pon kotor la jugak. Tak tahu la samada dia tak tahu adab orang melayu atau pura-pura tak tahu. Woi, bukak la selipar ko tu. Kotor la woi. Aku solat dalam bilik ni woi. Tapi kata-kata kasar itu cuma keluar dalam hati. Aku bagitau dia elok-elok dan bercakap seperti seorang cikgu. Chewah. Dan cikgu tu faham dan tidak mengulangi perbuatan tersebut buat sementara waktu. Dan esoknya, dia buat lagi. Waaaaaaaaaaaaahh, kalau nak gaduh boleh je ni. Sabar Tina sabar.

Anak murid berbangsa cina datang ke bilik aku untuk berjumpa cikgu tu. Aku layan murid tu sama macam aku layan anak murid melayu tapi bila diorang masuk bilik aku pakai kasut pakai selipar, darah trus naik. Tak boleh lepas kat cikgu tu aku lepas kat budak-budak tu. Terdiam cikgu tu. Mungkin dia ingat aku marah dan sindir dia jugak. Dan akhirnya, dia reti bahasa dan tidak mengulangi perbuatannya itu. Baru dia tahu cikguRoss ni garang dan tak leh berkompromi dengan sikap yang macam tu.

p/s : Bersambung lagi...:))

Monday, August 10, 2009

Program 1 Malaysia, Indahnya Bandarayaku-Kuala Lumpur (20-23 Julai 2009)

PENGENALAN

Apa yang boleh aku kata? Sangat seronok walaupun pada mulanya aku tak nak pergi. (ala, aku tak nak pergi sebab ingat kena dengar taklimat/ceramah dan bukan program jalan-jalan). Tapi hakikatnya, sangat seronok. Kalau cikgu yang dah biasa dengan KL pun seronok apa lagi budak-budak ni. Yang memang tak pernah sampai KL walau sekali.

Ada yang tanya. Apa matlamat kerajaan nak habiskan duit untuk program macam ni? Aku cuma jawab. ’ nak bagi peluang kat murid-murid miskin yang berkemungkinan besar susah nak jejak kaki ke KL untuk mengenali Kuala Lumpur.’. Rata-rata yang tanya diam je lepas aku jawab camtu. Ini bukan pembaziran ye.

Murid-murid yang terpilih adalah dari golongan murid miskin, pedalaman dan tidak pernah keluar negeri. Yang mak dan ayah mereka pun tidak pernah kenal bumi KL. Memang murid-murid yang terpilih aku tengok ada la sedikit ’jakun’. Ops,...aku tak kutuk ye. Aku mengatakan yang benar. Ada salah sorang murid tu siap terpegun bila lihat bangunan-bangunan tinggi yang ada. "Tingginya bangunan cikguuuuu"..Pahang siap hantar anak-anak orang asli. Kesian aku tengok diorang. Susah nak bercakap dengan orang lain even kalau aku tegur pon diorang buat dek je. Makanan pon cikgu diorang tolong ambilkan. Ajar cara nak makan. Huhuhu.. Aku ada berborak dengan cikgu negeri Pahang tu dan dia bagitahu sehari sebelum datang KL, murid-murid orang asli itu diajar cara-cara untuk naik bas, untuk duduk dengan betul, macamana nak berkelakuan. Sampai macam tu sekali ke? Kesiannya….

Program ni semua negeri ambil bahagian tau. Bukan Terengganu sahaja. Yang menginap satu hotel dengan negeri Terengganu adalah dari Johor, NS dan Kedah. Lagi 2 hotel untuk selebih negeri yang tidak disebutkan termasuk Sabah dan Sarawak. Tak silap aku, jumlah keseluruhan murid-murid adalah seramai 800 orang lebih. Nisbah untuk cikgu lak adalah 9 murid : 1 guru. So, tak ramai sangat la cikgu. Hehehe

Hotel? Murid-murid ni tidur hotel? Waaaah, sangat mewah kan mereka. Aku pon terkejut sebab mulanya aku ingat aku dan mereka akan menginap di sekolah je. Huhuhu.

Pakaian mereka juga ditaja sepenuhnya. Baju, seluar, kasut, beg, topi, sweater, jaket...Banyak jugak la.. Dan cikgu mereka pon dapat gak la beberapa helai baju untuk dipakai sepanjang program ini berlangsung..ehehehe

Apa yang seronok sangat ni Cikgu Ross? Ehehe. Setakat KL tu kan. Kau dulu duduk KL berapa lama? Takkan ’excited’ jugak? Ehehe..



p/s : bersambung.....

Sunday, August 9, 2009

Mari Belajar Menaip

Hari ni aku bawak murid-murid aku masuk Bilik Akses untuk bermain menaip menggunakan MS Word. Dari kelas aku siap-siap tulis karangan pendek dan bagi seorang sehelai. Waaaaaaaaaahh, ingatkan senang la nak ajar diorang ni rupanya.......sikit-sikit 'cikguuuuuuuuuuuuu, mana huruf A kecik?'... pastu 'cikguuuuuuu, huruf r hilang? pastu lagi 'cikguuuuuuuu, kenapa keluar kotak-kotak ni?

Sakit kepala dan kering tekak aku. Akhirnya aku suruh diorang main game "Pinball". Muahahahaha..

p/s : Aku lapar nasi. Semalam tak makan nasi..ehehehe

Monday, July 27, 2009

Kechek & Kaboo


KABOO

KECHEK

Kechek, berumur 8 bulan. Betina. Kucing kampung kacukan siam. Nape aku namakan dia Kechek? Sebab mak Kechek iaitu Si Puteh muka ala-ala sama dengan Kechek. Cuma dia kecik sikit. Perkataan kecik di Terengganu di sebut kechek. Ntah la, lekat sampai sekarang dan Kechek pon dah tahu itu nama dia. :). Kechek ni manja tapi bisu. Bukan bisu betul2 pon tapi sebab nak dengar dia mengiau memang sangat susah. Masa dia sakit akibat ’kasi’ dulu pun dia senyap je. Tak bising tak nangis2. Kalau lapar pun dia rilex je. Tak pernah mengiau mintak cuma bila lapar dia akan manja berlebih2 la. Aku paling sayang dia tau walaupun dia OKU. Tak leh bayang kalau aku balik umah mak dia takde. Aku penah nangis bila Kechek hilang. Kechek hilang atas bumbung umah tapi disebabkan suara dia susah nak keluar, dia mengiau pun aku tak dengar. Gelabah satu rumah masa tu.

Kaboo lak berumur 6 bulan. Betina jugak. Bukan kucing kampung bukan kucing siam bukan parsi. Aku tak pasti dia dari spesis ape. Jiran aku bagi. Nape Kaboo? Sebab masa kecik bulu dia kaler kelabu. Cuma sekarang dah nampak cam hitam lak. Dia aku tak sampai hati nak ‘kasi’ lagi sebab aku tengok dia pon tak menggatal lagi. Asyik duk dalam rumah je. Takut ngan orang Kaboo ni. Kaboo ni sangat bising. Kalau hilang senang je jumpa. Kalau dia mengiau memang satu rumah dengar. Langsung tak manja. Dia tak suka orang pegang, belai, usap dia. Memang susah nak manja2 ngn dia. Mungkin faktor ni la yang buat aku tak sayang dia sangat. Muahaha. Tapi mak aku sayang dia sebab mak kata satu geng. Pembenci lipas utama dalam rumah. Hahaha. Kaboo memang marah sungguh kat lipas. Lipas dah kurang kat umah aku ni pun sebab dia la aku rasa. Ehehe. Kaboo ni pelik sikit. Kucing-kucing aku yang lain makanan favorite diorang adalah makanan kucing la. Tapi Kaboo tak. Dia tak suka. Dia kucing berjiwa orang. Suka makan nasi lauk ikan singgang. Bagi dia makanan kucing tu tak sedap langsung kalau nak banding ngan nasi kuah singgang.

p/s : Mereka merupakan kucing kesayangan aku dan mereka adalah target aku bila aku balik rumah mak. (budak-budak rumah sewa aku tak suka kucing, so aku takleh bawa kucing aku balik sini).

Saturday, July 18, 2009

Ketakutan Kepada Dokotor Gigi

Hari ini aku ada temujanji dengan doktor gigi. Actually, gigi geraham aku ni sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Gigi dah tercabut tapi tinggal akar/tunggul dia kat dalam gusi. Puas dentist tu cuba tarik keluar gigi aku tu tapi tak berjaya. Akhirnya, dentist tu suruh aku datang balik 2 minggu dari tarikh tu untuk cuba lagi sekali. Dia cakap, kalau tak berjaya jugak, minor surgery terpaksa dilakukan. Aku dengar perkataan itu aku dah gigil. Ayat pertama yang aku tanya dentist tu adalah "sakit tak doktor?".. Doktor tu pun cakap "agak sakit la. makan kenyang2 hari tu ye".. Wah wah wah... Seram ni

Hari yang paling ditungu2. (ye ke tunggu?). Aku mintak izin GPK1 (Guru Penolong Kanan 1) untuk keluar dari sekolah. Bila nampak je Klinik Pergigian Ehsan aku dah start gigil, seram sejuk, berjalan rasa tak pijak bumi. Rasa cam nak patah balik pun ada. Aku bagi kad temujanji dan tak sampai 2 minit aku duduk dah kena panggil. Alahai kalau time takut2 camni cepat lak dia panggil.

Seram sejuk makin menjadi2. Dalam hati doa macam-macam. Aku pejam mata sepanjang proses itu berlaku. Sampai dentist tu cakap "rilex la cikgu. Jangan stress sangat. Takut sakit nanti". Waaaaaaaaaaaaaaahh, doktor cakap senang. Aku ni yang tanggung. (dalam hati je la). Yang aku nampak mula-mula dentist inject ubat bius kat gusi aku. Ngilunya kena bius. Tiba2 rasa bibir bengkak 15 inci. Waaaaaaaaaaaahhh...Takut seram semacam je rasa Aku pejam mata lagi. Dentist goyang2 tarik2 tunjal2 gigi aku tu. Aku tetap pejam mata. Takut!!!!.

Sampai la aku dengar dentist tu cakap.. alhamdulillah. Aku terus buka mata. Ooooo, inilah gigi yang degil lagi jahat tu ye. Panjang kan akar gigi. Patut la payah sangat nak tarik. Aku lupa nak mintak ngn doktor gigi aku tu. Kalau tak aku pasti tunjukkan kat sini sebagai bukti. (iyaaaakkk!!!)

Akibat dari tu, aku dapat MC. Yahooo!! Apalagi, balik rumah mak la.La la la la

p/s : Kesan bius dah habis. Sakit yang amat. Sila jangan buat lawak dengan saya hari ini. Terima kasih. *_^

Wednesday, July 15, 2009

Mari Bermain

Sekarang waktu budak-budak aku PJ. Kalau istilah Prasekolah, slot/komponen Fizikal. Aku biar je mereka bermain di 'playground' dan gaduh sesama sendiri berebutkan buaian. Mereka gaduh macam mana pun bila tengok aku jeling, confirm... Diam la. Ehehehe..

Kan best kalau aku ni badan kecik cam diorang. Boleh main gelungsur, main 'monkey bar'. Badan aku tak cukup kecik nak main semua tu. Gelungsur? Nak letak punggung pun tak muat. 'Monkey Bar'? Tak payah bergayut pun aku boleh sampai dengan berlari. Memang yang ada kat kelas aku ni dicipta untuk mereka bukan untuk cikgu dia. ehehehe

Alahai.. syoknya..

p/s : Mana ikan ni?

Cikgu Ross Yang Baik Tapi Kejam...:)

Pukul 2.30pm di dalam makmal komputer..

Murid : Kami nok masuk buleh?
Cikgu : Masuk ah. Tapi jangang maing geng (game). jangang bising sangak.

Aku pun meneruskan chatting dengan Yanti dan beberapa orang lagi.

Murid 1 : Woi, cikgu ross maroh maing geng.
Murid 2 : Syhhhhhhhh...
Murid 3 : Bod* mung ning. Jangang la cakak kuak sangak. Kekgi cikgu dengor.
Murid 2 : Auh (Ntah)...

Mereka bermain online game dengan kusyuknya sampai la pukul 3pm.

Cikgu : Ok Ok.. Kelas KAFA nok start doh nun. Jadi-jadi la tu..

Mereka tidak menghiraukan aku lantaran 'volume' suara aku perlahan sahaja. Mereka terus bermain. Aku pun tutup PC yang aku guna dan bergerak keluar untuk pulang ke rumah.

Cikgu : Oooo.. buat dek je kat aku ye. Takpe.. Aku guna cara halus. (cakap dalam hati)

Aku masuk bilik server. Aku tutup server. Muahahahahaha..2 minit lepas tu, aku tengok mereka berduyun-duyun keluar dari bilik komputer. Mesti dalam hati mereka menyumpah-nyumpah kekejaman CikguRoss ini. Muahahahaha...

p/s : aku sakit gigi. Takde mood nak marah2 budak hari ni..:)

Monday, June 8, 2009

Abang Aku Kahwin Jugak Akhirnya




Pada umurnya 33 tahun, abangku akhirnya bertemu cinta sejatinya. Dan beliau akhirnya berjaya melepaskan tekanan dan bebanan ke atas adiknya ini. Tekanan dan bebanan? wow, macam jahat sungguh abangku ini. Takde la, lepas ni pasti aku tidak ada alasan lagi nak mengelak segala pertanyaan mengenai bila aku nak kahwin. Selama ni aku guna alasan abangku tak kahwin lagi dan tak nak langkah bendul (ada ke?)..ehehehe. so, sekarang aku tiada pilihan lagi. Kena cepat-cepat cari bakal suami.. Muahahahahaha.
Susah nak cari bakal suami di Terengganu ni. Dengan aku yang terperap dalam rumah je. Dengan kawan yang kurang di sini. Mencabar sungguh..:))

p/s : A.L.A.S.A.N..

Sunday, May 17, 2009

Tema : Buah-Buahan



Seronok betul budak-budak ni bila cikgu ross dia ni bagitahu, hari tu nak buat topeng. Buat topeng buah-buahan. Tapi seperti biasa, cikgu ross diorang la yang tolong lukiskan. Diorang tolong gunting dan warnakan je. Tapi, hasilnya tau-tau la ek. Kalau diorang ni menggunting. Nak nangis tengok apa yang aku lukis habis jadi mende lain. Ehehehe. Takpe la, asal diorang happy. Aku pun tumpang happy tengok diorang happy. Waaaaaaahh, beshnya jadi cikgu.

p/s : Cuba teka mana cikgu ross?ehehe

Thursday, March 26, 2009

Selama Ini...................................

Ehem ehem. Pertama skali aku mintak maaf andainya apa yg ditulis bakal menyinggung hati kalian yg amat aku kasihi. Chewah!!

Selama ni aku dgr je bila korang ngn beshnya cerita kehidupan korang yg mcm laki bini duk satu rumah walaupun korang bukannya halal lg nak buat semua tu. Selama ni aku rilex je bila korang cite ngn bangganya korang tegok air setan. Malah takde langsung rasa malu nak togok air tu depan aku. Selama ni aku cool je bila tgk korang bertindik pakai subang cam pompuan. Selama ni aku diamkan diri je bila tgk korang tak pergi solat jumaat. Solat fardhu? Erm.. kalau dah tak pergi solat jumaat.......

Tapi kan korang, sebenarnya aku rasa marah sgt kat diri aku sbb tak berani nak tegur korang. Kecewa sgt sbb berat sungguh mulut nak ajak korang solat. Aku marah n kecewa sgt ngn diri aku.

Korang, aku gunakan medan ini utk buang rasa marah n kecewa aku itu. Insaf dan bertaubat la kawan2. Kembali la mengenal Allah. Jgn berzina dan minum air kencing setan tu, x yah la nak tunjuk macho ngn bertindik lg. Tak macho pon laki pakai subang. Solat umpama tiang. Puasa ibarat dinding. Rumah yg takde tiang tapi cuma ada dinding takkan kikuh rumah tu. Akan runtuh bila ditiup angin. Tiang yg akan mengukuhkan rumah. Renung2kan lah.

Aku tahu, aku pon belum cukup baik dan sempurna. (Pakai baju n seluar ketat2 jugak..ehehehe) tp tak salahkan kalau kita sama2 igt mengingati. Sama2 kita menuju keredhaan Allah. InsyaAllah.

p/s : Nangis aku wei. Huhuhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails