..:: You Follow I, I Follow You

Mr & Mrs Chenchen

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Ya Allah, Kau Perelokkanlah Segala Perjalanan Hidup Kami

Sunday, September 26, 2010

Oh Mengandung II

Saya nak cakap lagi pasal mengandung ni.

Sejak mengandung, jerawat naik bermaharajalela. Sangat besar dan bernanah. Dah lama jugak jerawat gunung berapi gitu tak naik tapi sejak mengandung ni, mereka berlumba2 mahu tumbuh. Saya sangat stress!!!! Sebelum ni, kalau dia keluar pon takde la sakit sangat. Yang ni, nak amik wudhu' pon seksa. Sakit!!!! Malu kat semua malu kat IncikSuami jugak. Hish..Nasib baik la IncikSuami tak kisah pon dengan kewujudan anasir2 jahat itu. Phewww...:)..Nak letak ubat2 yang dijual di pasaran macam takut akan effect kat baby. Saya banyak baca forum2 ibu2 mengandung sekarang. Banyak yang nasihatkan supaya biarkan saje sebab jerawat2 jahat itu akan hilang jugak nanti. Mereka suruh saya sabar. So, saya biar je la jerawat2 ni. Biar la tak cantik asalkan anak saya sihat dan sempurna.. (ye ke?huhuhu...)

Kalau awal2 mengandung hari tu saya jadi tak lalu nak makan sampai berat turun 4kg. Memang tak lalu. Kalau makan banyak je mesti nak muntah. Tapi sekarang, mulut ni asyik nak mengunyah je. Kalau dulu masa sarapan saya cuma makan kuih muih sahaja tapi sekarang saya bantai mee, nasi.. Pas makan pasti nak makan lagi. Tak sampai 2 minggu berat saya kembali ke asal. Yeaaaahhh...Tabiat ni rupanya berjangkit jugak kat IncikSuami. Bukan saya je yang kuat makan, nafsu makan dia pun membuak2. Hahaha..boroi la awak pasni...Kita lawan perut sape yang nampak dulu nak sayang? Hehehehe

Itu je saya nak kongsi hari ni. Moga anak saya sihat sempurna kejadiannya. Mama (ececeh...) tak sabar tunggu  kamu...

p/s : Tak sabar nak pakai baju mengandung..hik hik

7 comments:

marinahunny said...

k.na tumpang gembira tina, happy sgt baca perkembangan tina..take care ye mama! mmuuuahh utk baby

Ross Tina Abdullah said...

tq kak na...:))

Unknown said...

semoga saudari melahirkan anak yg comel

NoAiNi MaMat said...

jgn lupa amalkan amalan2 yang soleh...

Lovely Bella said...

ehehe klo ngandung jerawat naik melantun2 eh cikgu.. hehehe salam singgah ke sini.. :)

Mat Pian said...

1) fuhhh.. nasib baik sy tak leh mengandung..

2) Tahniah.. jaga diri.. dan semoga lahirkan anak2 yg beriman..

Ross Tina Abdullah said...

najib : terima kasih..harap2 gitu la..

NoAiNi MaMat : setakat ni insyaallah dok lupa buat lg..moga sampai bersalin la macam ni...

Lovely Bella : mmg pon..tp tak semua org akan alami nasib yang sama..ada kawan tu OK je..makin licin berseri ada jugak..

suffian : mekasih...suami saya yang mula2 alami alahan bila saya mengandung..seksa jugak tu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails