..:: You Follow I, I Follow You

Mr & Mrs Chenchen

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Ya Allah, Kau Perelokkanlah Segala Perjalanan Hidup Kami

Tuesday, November 2, 2010

Saya nak IncikSuami setiap hari dengan saya...

Dah hampir 5 bulan saya kawen dan cuma beberapa kali saya berpeluang masak untuk IncikSuami. Terkilan jugak tapi selagi saya masih di sini, begitulah keadaannya. Walaupun saya masak nasi goreng rasa nasi lemak, masak mee rebus rasa mee bandung, saya tahu IncikSuami sanggup bedal sahaja. Hehehe..TQ sayang sebab kata masakan saya sedap walau hakikatnya hanya awak yang tahu...hihihihi

Hish...Sebenarnya bukan hal masak memasak ni yang saya nak cite. Saya nak cite pasal proses pertukaran saya dari pulau ke daratan. September bebaru ni, borang ada keluar dan saya mestilah tak pernah jemu untuk mengisi. Tak larat weh nak ulang alik tiap2 hujung minggu naik feri. Errrrrrr.....Lebih tepat lagi sebenarnya, saya dah tak larat nak jauh2 ngan IncikSuami. Hehehehe...Kesian dia asyik makan nasi bungkus, asyik basuh baju sendiri, asyik senyum sorang2 kat rumah, asyik tengok tv sorang2, asyik main cak cak ngan katak sebab bosan (umah kami banyak katak), asyik pelok bantal je malam2..opssss...Hehehe...

Macam2 saluran atau kabel terpaksa digunakan untuk memastikan saya berjaya ditukarkan kembali ke daratan. Tiap2 hari doa moga saya berpeluang untuk hidup seperti pasangan suami isteri yang lain jugak. TAPI..saya dapat tahu boss sekolah saya sangat 'sayang' saya dan tak menyokong pertukaran saya. Biasanya, kalau boss tak sokong pertukaran memang payah la nak dapat tukar... Lepas dapat tahu, saya lencarkan perang dengan dia... Bukan perang apa pun, perang tak nak bercakap dengan dia je.. (mana berani nak perang versi lain..Maunya dia hantar saya jauh ke hulu pedalaman, lagi naya saya ni..)..Nampak dia, saya akan lari. Kalau dia tanya apa2, saya cuma jawab ala kadar je. Dah tak kuasa nak manja2 nak ramah2 dengan dia. Betul...Saya sangat kecik hati dengan dia....

Saya harap ini tahun pertama dan terakhir saya di sini. Bukan tak sayang tak cinta sekolah ni, tapi dalam keadaan saya sekarang (mengandung), saya sangat memerlukan suami saya di sisi. Sedih sangat bila mengandung gini, IncikSuami jauh. Harap warga SK Pulau Redang sekalian memahami.

p/s : Moga harapan menjadi kenyataan.. Amin..

2 comments:

Syahrulehsan said...

i love u....insyaallah,buleh la tu tukor..

Ross Tina Abdullah said...

huhuhu....harap gitu la....luv u 2

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails