Untuk pengetahuan semua, anak saya dah mula menunjukkan diri dia. Waaaaaaaaaaaahhh... Saya ingat lagi subuh 29 September 2010 saya terjaga dari tidur dan perut rasa senak semacam. Sambil gosok2 perut saya cadang nak kejutkan IncikSuami. Belum sempat nak kejut anak saya terus menimbulkan diri dan kata 'Sila bangun solat subuh mama'..erk..korang percaya ke ni?hahaha... Terus cepat2 saya goncang IncikSuami untuk bagi dia sentuh anak dia tu. Lama jugak anak saya ni timbul tapi disebabkan ini kali pertama dia muncul, saya takut nak usap sangat. Saya sentuh gitu2 je. Hehehe...Kemunculan pertama anak kami tu memang buat air mata saya menitis. Allah je yang tahu perasaan saya masa tu..
Sejak dari tu, kerap jugak la anak kami tu muncul. Dan saya tak lagi takut nak usap dan belai dia. Saya perasan anak saya ni kerap muncul kalau cuaca masa tu sejuk. Agaknya dia sejuk dan nak manja2 ngan saya kot. Moga anak kami sihat dan sempurna kejadiannya. Amin.
1 comment:
bestnye ;)
Post a Comment