..:: You Follow I, I Follow You

Mr & Mrs Chenchen

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Ya Allah, Kau Perelokkanlah Segala Perjalanan Hidup Kami

Sunday, February 28, 2010

Bila Kakak2 Dah Pandai Chatting....

Semalam sempat berconference dengan Kak Ja, Kak Umie dan Incik Chenchen...Kak Ja kakak aku yang duduk Setiawan dan Kak Umie kakak ipar aku yang duduk Kajang..

Aku ingatkan bila Incik Chenchen join conference tu, dia akan jadi mangsa buli.. Tapi rupanya, aku yang dibuli.. Tak kisah pon sebenarnya.. Sangat suka sebab Incik Chenchen langsung tak kekok. Bagus2...Aku suka lelaki yang pandai bawa diri gini. Lap u  foreber la Incik Chenchen kalu gini..eheheh

Aku suka pantun yang Incik Chenchen bagi kat kakak2 aku..

"ikan flower horn ikan kelisa, tersengih2 menonton bola..kami datang menurut acara,ikot mane pon sy nk anak mokcik sy x kira.."

 Tergelak sorang2 lak bila baca balik...Incik Chenchen, nanti bagi pantun ni la..OK gok ni..ahahahaha

p/s : Mencuba untuk relax..tapi tidak berjaya...Help help help

Saturday, February 27, 2010

2 minggu je lagi..

Semuanya lagi 2 minggu..
Cam tak caye tapi itu lah sebenarnya..

Aku kat pulau dan segala yang perlu dibuat dilakukan sepenuhnya oleh mak dan kakakku..
Sangat terkilan sebab takleh nak sibukkan diri..

Nak balik..huhuhu...

Aku tahu ramai yang tertanya2 apakah 2 minggu itu dan aku pon tahu ramai yang dah boleh agak pon apa dia lagi 2 minggu tu..So, aku biarkan korang fikir apa yang korang nak fikir sebab buat masa ni aku nak kunci mulut dulu..eheheh..poyo2

p/s : Allah Maha Adil.. Syukur, alhamdulillah..

Tuesday, February 23, 2010

Yeah, We are Lucky...Weeeee



p/s : I know I am in love when I see the world in your eyes, and your eyes everywhere in the world. Love u, MSEA..:)

Monday, February 22, 2010

Mata Yang Degil

Sekarang pukul 430am dan aku masih terkebil2 depan Mubarak (laptop)..
Paling geram bila syok2 tido pastu terjaga pastu takleh nak sambung tidur balik..
Bencikkkkkkk!!!!

Pasti sembap dan gelap balik mata aku pasni.. Baru je pulih jadi balik angkara kejadian malam ini..
Benciiikkkkkk lagi..

Tak tahu nak buat apa.. Tgk FB pon dah nak muntah. Survey barang dot dot dot pon dah naik pening dengan kepelbagaiannya. Nak call Incik Chenchen kang takut tak munasabah lak call orang pagi2 buta gini.. Akhirnya, main game Freecell..

Mata ooo mata, kenapa la ko degil sangat hari ni???

p/s : Incik Chenchen tak kasi dirinya diexposekan.. Bimbang kantoi dengan gf2 dia kot.. So, mintak maaf la kwn2..Huhuhu

Monday, February 15, 2010

Lutut Aku Bergoyang-goyang Sangat Dahsyat Hari Ni

Hari ni aku masak nasi ayam..First trial.. Nasib baik menjadi dan bagi aku agak sedap la jugak..Muahahaha (Perasan je aku ni..).. Tahu sedap bila Incik Chenchen siap makan 2 pinggan. Adik aku 3 kali makan.. Mesti la sedap kan gitu.. Sorry la, gambar takde sebab aku rasa cam poyo je nak tunjuk kat semua hasil masakan aku yang tak seberapa tu..ehehehe

Sebenarnya, aku tak nak cite pasal nasi ayam aku tu..Aku nak cite pasal kisah sebalik makan nasi ayam bersama Incik Chenchen..Syok2 kitorang santap, mak Incik Chenchen call. Nak jumpa Incik Chenchen sebab nak ambil tudung yang aku jual tu la..Disebabkan tengah makan, Incik Chenchen suruh mak dia datang umah aku je. Oh ya, Incik Chenchen dah pindah umah..Dekat je umah sewa dia ngan umah aku skang..Hehehehe

Maka terjadi lah episod jalan tak rasa pijak tanah..Hehehe..

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhh...sangat mendebarkan sebab pertemuan ini adalah pertemuan yang tidak dirancang. Dan aku tiba-tiba rasa sangat berdebar sampaikan air sirap bandung yang aku bancuh pun aku rasa dekat 10 kali sebab takut rasa air oren..Huhuhu..

Mak Incik Chenchen lak mata dia memang sentiasa kat aku. Aduhhh, gabra gila.. Tersekat2 air liur nak bercakap. Yang aku mampu buat masa tu adalah SENYUM sahaja...ehehehe..Kontrol ayu je masa tu..hehehehe..Nasib baik mak dan ayah aku ada. Diorang la yang pandai melayan family Incik Chenchen masa tu. Kalau nak harapkan aku, memang dah takleh nak bercakap pun..ehehehe...Errrr..ni bukan majlis merisik or pertunangan ye.. Jangan salah paham lak...

Balik je family Incik Chenchen dan Incik Chenchen, Incik Chenchen terus sms..'Macamana? Berdebar lagi tak?'...Hehehehe... Tanya lak soalan tu.. Trus aku ajak Incik Chenchen kuar dan lepak minum kat satu bistro area Batu Buruk..Pekena buah berangan (Incik Chenchen kata buah ni pelik..sampai ke sudah dia tak nak makan..puas aku goda tapi dia tetap tak nak jamah..eheheh), potato wedges dan segelas air mangga untuk aku dan air bandung laici untuk Incik Chenchen.


p/s : Siapakah Incik Chenchen itu dengan aku? Nanti korang akan tahu..:)

Saturday, February 6, 2010

Twinkle Twinkle Little Star

Asalnya cari video Twinkle Twinkle Little Star in Youtube n finally, i found this video..
Gelak tak hingat...

Enjoy..ahahaha

p/s : Lol....:D

Friday, February 5, 2010

KL, aku datang lagi...

Hooorayyyy.....Masa untuk menghabiskan duit simpanan tiba jua.. Hish, tak kot. Cuti sekolah sebulan hari tu aku habis hampir RM2k. Gila ah. Kalu mak tahu memang lebam aku kena leter.. (xpe, mak tak xde FB dan blog kecuali korang2 yang baca blog aku ni bocorkan kat mak aku...ehehhe)

Aku gi KL sebab nak pergi majlis kahwin Gda je raya cina ni.. Tak leh bayang budak sengal cam Gda dah nak kawen.Hahahaha..Siap la ko Gda pasni.. Jadi bahan kitorang la ko pasni...ahahaha

Gda..anak angkat Encik Um jentik-jentik..ehehe

Pas attend majlis Gda nak trus balik Terengganu la kot. Macam banyak je urusan kat kampung yang perlu disetelkan..

p/s : Jom Incik Chenchen..gi KL jom

Thursday, February 4, 2010

Happy Happy Happy

Aku happy...
Aku happy...
Aku happy...

cantikkan tempat ni..

Kenapa aku happy?
Sebab aku rasa aku layak untuk happy dengan apa yang berlaku pada kehidupan aku sekarang..

Tiba masanya aku akan wartakan ke seluruh dunia kenapa aku sangat happy..:))

p/s : Happy sampai menangis..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails