..:: You Follow I, I Follow You

Mr & Mrs Chenchen

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Ya Allah, Kau Perelokkanlah Segala Perjalanan Hidup Kami

Tuesday, October 19, 2010

Temujanji Keempat (19 Oktober 2010)

Aik? Dah temujanji keempat? Mesti yang selalu baca blog saya ni akan pelik kenapa dah empat? Memang dah empat pun sebenarnya. Saya tak bercerita mengenai temujanji2 lain sebab takde hal menarik nak kongsi pon. Check up kat klinik kerajaan mana buleh nak scan banyak kali. Bila balik tanah besar memang asyik tak sempat je nak gi klinik untuk scan anak saya ni. Kesian saya kan sebab duduk sini..Huhuhu... Setiap kali temujanji, nurse cuma akan check paras hemoglobin saya, check urin, tekanan darah, timbang berat saya dan raba2 perut saya sikit. Itu je..

Temujanji hari ni pun sama jugak.. Cuma saya kena marah manja2 ngan nurse sikit sebab berat badan cuma naik 100g sahaja. Diulang...100g sahaja selama sebulan. Tension kan? Saya pelik jugak sbb saya ni memang makan banyak. Housemate saya yang turut sama bernafsu besar dalam makan2 sejak saya ngandung  ni dah naik beberapa kilo tapi saya cuma 100g.. Arghhhh...

Saya tanya la nurse samada akan ada kesan kat anak ke tak kalu berat tak naik? Dan nurse itu cakap kemungkinan akan ada la. Takut anak tak besar seiring usia dia. Saya jadi takut. Huhuhuhu.. Masa tu memang tangan asyik usap2 perut. Bimbang sangat2. Nurse tu cakap 'Jangan risau lagi cuma kalau bulan depan tak naik jugak awak kena berdebar la. Koman2 dalam 2kg kena naik bulan depan'.. Maaaaaaaakkk.. Saya ni memang susah sangat nak gemuk. Memang susah sangat2. Kalau naik hari ni 2kg, esok pasti turun balik ke berat asal. Selalu sangat dah gitu.

Balik dari klinik, saya tanya la schoolmate saya yang ngandung jugak. (dia dah 5 bulan). Dia kata dia pon naik 200g je. Normal la tu dia cakap dan lepas scan tadi, anak dia nampak besar dan sihat je.. Lega la sekejab masa tu. Malamnya, terus terfikir balik. Jadi takut balik. Terus tanya Incik Google dan dapat jawapan yang sangat la melegakan hati saya. Saya ni kurus dan tinggi sebab tu la perut tak nampak cam mengandung dan berat naik sikit je. Bila bukak forum dan tanya kakak2 senior, diorang pon cakap itu biasa bagi anak sulung dan insyaallah xde apa2. Alhamdulillah. Saya dah lega.

Tapi kan..sebaik sahaja saya nak klik butang publish post tadi saya terfikir macam2 lagi dan mulai takut balik. Aduhai... Balik nanti sibuk macamana pon saya tetap nak gi scan dan nak tengok anak saya. Selagi saya tak tengok dia, selagi tu la saya akan rasa macam2 gini...

p/s : Anak mama baik2 saje kan?.....

2 comments:

ღsapphireღ said...

wah...rase baru je lg bace pasal life sis befoe kawin, time tgh pepare untuk wedding, skrg ni prepare untuk sambut baby lak..hehehe

hopefully baby sentiasa sht dalam womb mama die..

;)

marinahunny said...

moga baik2 saje baby dan mama dan jugak papa ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails