..:: You Follow I, I Follow You

Mr & Mrs Chenchen

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Ya Allah, Kau Perelokkanlah Segala Perjalanan Hidup Kami

Sunday, January 29, 2012

Kisah Prasekolah

Minggu lepas, saya buat saringan bacaan murid. Saya panggil murid tahun lepas yang masih kekal dalam kelas saya. Nama dia S.. Nak dijadikan cerita, S tak boleh.. Diulang TAK BOLEH membaca petikan sukukata mudah padahal saya tahu S memang sudah lancar kalau setakat sukukata mudah gitu. Saya frust saya terus marah S..

CikguRoss : Nape ngan S ni? Tahun lepas S lancar dah mukasurat ni. Apa S buat masa cuti? Baca dok buku cikgu bagi?
S : (senyap membisu tapi mengangguk kepala)
CikguRoss : Habis tu nape tak leh baca sekarang?
S : (senyap)
CikguRoss : (sambil gosok2 belakang dan kepala S). Tahu kenapa cikgu marah S?
S : (geleng kepala)
CikguRoss : cikgu nak S pandai. Sebab cikgu sayang S.  Dalam ramai2, S cikgu paling sayang sekali. Syhhhh, jangan bagitau orang cikgu sayang S. Nanti diorang jeles.. Dah, baca balik. Cikgu nak dengar sekali lagi.
S : baaaaaaaaju..saaaaaaaaaayaa biruuuuu.. (tersekat2 suara dia)

Ya Allah, masa tu saya sebak sangat. Kesiannya S. Saya tahu dia menangis sebab saya cakap saya sayang dia. Terus saya suruh dia berhenti membaca. Saya takut saya pulak yang menangis.. Huhuhu..

Dan hari ni, sekali lagi saya panggil S. S baca dengan lancar dan yakin tapi sesuatu mengganggu hidung saya.

CikguRoss : S mandi dok hari ni?
S : (senyum dan menggeleng kepala)
CikguRoss : Haishhh.. nape dok mandi? Bangun lambat ke?
S : (senyum).. Bangun awal tapi mak marah mandi
CikguRoss : Hah? Ye ke? jangan tipu cikgu.
S : (angguk kepala). Betul. Mak tak bagi mandi.
CikguRoss : Doh tu F, A, M (adik beradik S) mandi dok mari sekolah?
S : Mak maroh mandi. Jimat air..
CikguRoss : Laaa..apa la mak awak ni.. Ni baju S pakai ni basuh dok? 
S : (geleng kepala)
CikguRoss : Hish.. Dah la. Gi balik tempat S balik..

Serius, bau S sangat busuk. Memang sebelum ni S selalu busuk tapi tak la sebusuk hari ni. Baju sangat kotor. Patut la murid2 lain tak mahu dekat dengan dia. S budak cerdik tapi dia jadi pendiam dan pasif sebab S sedar dia berbau.

Mak dia? Jenis sombong tak bertempat. Pernah sekali saya ke rumahnya. Jenuh memberi salam tapi pintu tak dibuka. Saya tahu dia ada di dalam. Saya call, tak diangkat. Tapi mak dia ni cepat je datang ke sekolah kalau tahu anak-anak dia FAMS ni dapat duit bantuan. Kalau suruh datang ke sekolah atas urusan pembelajaran anak2, mintak maaf.. Dia takkan datang... Pakaian? Fuuhhh, memang jangok la.. Pakai kemas, wangi, berbedak bagai. SAKIT HATI kan????

Oh lupa.. Mak S ni ibu tunggal. Bercerai hidup dengan ayah S.

p/s : Bekas GB saya pernah sound mak dia. "Buat anak pandai, jaga anak dok pandai. apa punya mak la awak ni".

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails