..:: You Follow I, I Follow You

Mr & Mrs Chenchen

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Ya Allah, Kau Perelokkanlah Segala Perjalanan Hidup Kami

Sunday, July 11, 2010

Eyewear...hohoho

Sebenarnya ni aktiviti 3 minggu lepas tapi maklumlah..Saya sangat sibuk dengan aktiviti lain..(ya kah sangat sibuk?bukan buat2 sibuk kah?..hehehe)

Tema minggu tu adalah haiwan laut. Bagi yang kenal saya, diorang buleh agak dah.. "Time tema haiwan laut je Tina ni mesti buat spek mata".. Betul la tu.. Sebab saya sangat suka buat ini..Dan budak2 pon sangat suka. "Fuiyoooo...pakai spek ikan kita hari ni...Bestnyaaaaaa"..Tu antara testimonial awal yang saya dapat la hari tu...

Cara nak buat senang je..Sila tengok gambar..Saya ni tangan tak berseni sangat, so kalau hasil tak cantik sila jangan komen kata tak cantik tau..Kata je la cantik, sangat berseni lagi kreatif inovatif ye..Amik hati saya..Muahahaha..

Bahan2 yang diperlukan.. Korang kenal kan semua bahan ini kan? Tak perlu tulis satu-satu la kan? hehehe..

Memula saya lukis semua gambar haiwan laut ini.. Yang budak2 saya cuma rajin nak lukis kerang, tapak sulaiman dan ikan.. Ketam? Of course la cikgu dia punya..Hehehe..Saya lukis yang senang untuk digunting sebenarnya..Korang pon maklum la akan kebolehan budak berumur 6 tahun untuk menggunting kan? Banyak tau saya lukis ni..25 set..Dah siap lukis saya bagi anak murid menggunting sendiri. Ada gak anak murid yang jeles sebab tak dapat ketam..Terus saya cakap.."Nah amik tapi pastikan kaki dia tak putus"...last2 dia jawab.."Takpe la cikgu..kita dok reti"..Sambil sengih2 busuk...

Bila diorang dah siap gunting diorang datang balik kat saya untuk sesi menebuk lubang mata. Yang ni saya memang tak harap diorang buat la sebab takut putus dan koyak.Korang bayangkan saya melayan 25 orang murid dan menebuk semua lubang mata pada 50 ekor haiwan tersebut..Fuhhh...lenguh tangan!!! 

Seterusnya, dah siap gunting saya tolong diorang staplekan dua2 belah mata dan tebuk tubang kat bahagian kiri dan kanan. Opss..lupa..Sebelum tebuk lubang tu, pastikan letak salotip atau plastik keras kat bahagian yang akan ditebuk. Bimbang akan koyak bila dipakai..Kertas kan korang..Budak lak tu yang pakai..Huhuhu..Pastu saya bagi balik spek tu kat budak2 untuk proses menjalin getah..(errr...betul ka ayat menjalin getah tu?saya tak tahu la perkataan yg sebetulnya..huhu)...

 Akhirnya, siap jugak..Kalau nak cantik, korang letak la plastik kaler2 kat bahagian mata tu..baru jadi sunglasses...hehehe..

Sesi gedik2 bermula.. Seperti biasa..Cikgu akan terlebih excited..hahahaha

p/s : Sharing is caring..:)



2 comments:

marinahunny said...

hahaha bestnye jd cikgu pra sekolah ni..

Ross Tina Abdullah said...

mmg pn..santai skit dr cikgu2 biasa..hehe.i like!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails