Ni adalah sambungan blog terdahulu..
Manusia ni tak cari pasal ngan aku pun tapi dia cari pasal dengan telinga aku.
Manusia, aku sakit telinga la. Kau sedar tak umur kau berapa? Jawatan kau apa kat sekolah tu? Aku tak kisah kalau ngan aku kau tak hormat. Tapi aku kisah sangat kalau kau tak hormat cikgu-cikgu dan pekerja-pekerja lain.
Manusia..kau tu muda lagi. Muda dari aku pun. Kau takleh cakap AKU-KAU dengan orang yang lagi tua dan cikgu-cikgu camtu. Jangan la panggil diorang dengan nama je tanpa ada panggilan hormat di depannya. Contoh, GPK1 kita.. selamba je kau ni panggil dia Li. Kau tahu tak umur dia berapa? Pangkat dia apa kat sekolah tu? Panggil dia Cikgu Li. Bukan Li semata-mata. Hormat sikit orang tua dan bos kita. Lagi, sakit sungguh telinga aku bila dengar ko panggil Ayah Wan dengan Wan sahaja. Kau sedar tak Ayah Wan tu umur berapa? Pangkat ayah tu ngan ko. Susah sangat ke nak panggil elok-elok?
Manusia, aku harap lepas kau baca ni kau akan lebih reti bahasa dan berbudi bahasa. Kalau dengan aku kau nak panggil ross, aku kau, aku masih boleh terima. Tapi dengan cikgu lain, tolong jangan panggil nama mereka sahaja. Letak cikgu kat depan nama diorang. Sama la jugak dengan pekerja dan staf lain. Letak abang, kak, pak, mak kat depan nama diorang. Tak rugi apa pun kalau berbudi bahasa..
p/s : Moga kau akan lebih beradab nanti..
2 comments:
Salam..
Seronok Ar baca blog ni....
mekasih sbb sudi singgah di sini cikgu Suhazli..sama2 cikgu prasekolah kan?ehehe..best2..blog cikgu pon seronok di baca dan dijelajah..:))
Post a Comment