Kecintaan Incik Chenchen pada arena mengambil gambar sangat tebal. So, aku rasa aku nak menghadiahkan dia sesuatu yang sangat disukainya itu sebagai hadiah perkahwinan kami. Asalnya nak beli secara rahsia dan nak buat surprise la kononnya. Khamis lepas,ajak adik bongsu aku teman untuk membeli tapi bila sampai je kedai aku jadi tak tahu apa. Tak tahu nak beli dan tak tahu la pulak nak pilih. Sebab takut salah beli, aku rasa kena ajak Incik Chenchen sekali untuk membeli. Tak boleh nak surprise mende2 gini..ehehe
Keesokkan harinya aku ajak Incik Chenchen ke jeti awal dari biasa dengan alasan nak spend time dengan dia lama sikit sebelum aku berangkat ke Redang. Nak ajak dia beli ni pon aku langsung tak bagitahu dia. Terkejut dia bila aku ajak dia masuk kedai tersebut. Reaksi dia? Hehehe... Aku rasa korang buleh bayang sendiri..ehehe..
Pastu Incik Chenchen lak kata, "Awak nak apa?" Aku senyum je dan kata.."Kahwin dengan awak adalah hadiah yang paling saya hargai." (
Tapi akhirnya, Incik Chenchen belikan jugak sesuatu yang memang dah lama jugak aku berangan nak. Apa dia? Ada dalam paper bag kat bawah ni...ehehe..Teka la.. Aku tak mintak tau. Dia yang suka nak belikan. Hahaha..Bahagia je rasa..
p/s : Menghitung hari
No comments:
Post a Comment