..:: You Follow I, I Follow You

Mr & Mrs Chenchen

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Ya Allah, Kau Perelokkanlah Segala Perjalanan Hidup Kami

Saturday, April 17, 2010

Jari-jari ku sakit semua..

Cuti panjang dah habis, barang hantaran semua dah dibeli. Cuma tunggu menggubah dan majlisnya sahaja.. Dub dub dub. Makin terasa debarannya sekarang. Adeh laaa...

Cakap pasal majlis aku & Incik Chenchen bulan Jun ni, segala persiapan berjalan dengan lancar. Alhamdulillah, Allah lancarkan segalanya walaupun banyak sangat dugaan di awalnya. Syukur kepadaNya.

Sekarang aku tengah bimbang pasal baju akad nikah aku. Asalnya memang nak sewa je semuanya tapi banyak sangat bantahan, aku buat jugak la. Memandangkan aku tak nak membazir, aku ambil keputusan untuk buat baju nikah tu se simple mungkin. Tak nak renda tak nak sarat. Sebab nak la baju tu boleh dipakai lagi bila-bila. Takde la terperuk dalam almari je pasni. Fabrik dari chiffon sahaja. Takde lace menghiasi. DAN, oleh kerana kat Pulau Redang ni aku cam takde aktiviti sangat2 nak buat, aku amik keputusan untuk menghias baju nikah aku tu. (aku ni tak pandai la menjahit tapi cam gatal je nak mencuba). So, takde la nampak kosong sangat kan baju aku ni..Harap cantik la hendaknya..ehehe..

Manik Tabur.. Ok la kan bagi amatur cam CikguRoss ni kan?


Baju ni tak siap lagi. Baru siap kat bahagian di dalam gambar tu la. Kat lengan dan dada masih bercinta nak buat. Sakit pinggang dan sengal jari-jariku semua. Tak heran la kalau orang amik upah jahit ni mahal sangat. Memang padan sangat dengan susah payahnya. Tabik tabik!!

Berdebar tunggu hasilnya. Hahaha.. Kalau lah Doraemon tu wujud kan. Nak je aku ajak dia gi tengok hasil kerja aku menghias baju ni. 

p/s : Mungkin mulut saya jahat tapi saya tak reti nak fitnah orang. Saya juga tak reti nak kutuk2 orang tanpa sebab. Apalagi nak cari gaduh dengan orang. Sila baca setiap komen di blog saya untuk tahu siapa yang bermulut jamban, siapa yang start segala sengketa!!!!! Then, baru nak kata macam2 ok?
 


2 comments:

ღsapphireღ said...

wah....rajin nye...bagusnye,,,
gambattekudasai!!
semoga hasil memuaskan~
:)

Ross Tina Abdullah said...

ehehe..xde kija la..saje je la nak asah bakat terpendam..ahahaha..

harap hasil memuaskan jugak...:)..

tq blissful heart..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails