Cuti 3 hari baru ni memang tersangatlah meletihkan..Sampai je kat jeti, Incik Chenchen dah setia menanti..Terus terkejar ke sana sini uruskan segala urusan..Tapi hasilnya tak banyak pun.. Biasa lah, cik cerewet vs incik cerewet.. Memang tak jadi banyak la.. Cuma dapat baju kami selai sorang dan songkok Incik Chenchen..Hehehe..Dan, akhirnya aku keluar shopping dengan mak dan sepupu aku esoknya. Keluar ngan mak aku takleh nak cerewet sangat sebab malas nak dengar mak aku membebel. Tambah lak ngan sepupu aku yang sangat la laser mulutnya..Alhamdulillah, berkat bebelan dan kelaseran mulut segala urusan aku selesai...:) TQ
Malam tu, kami keluar lagi. Incik Chenchen nak beli kasut baru untuk nampak lebih segak katanya nanti. Kali ni aku tak gelarkan dia cerewet sebab bila apa yang dia suka aku pun suka. Yang aku tak suka dia pun tak suka..Tapi sebelum nak beli aku rasa ada 4 biji kedai jugak kami masuk..ehehe..Lastly, kedai terakhir yang kami masuk Incik Chenchen terus beli walaupun kat situ kami dah rambang mata dengan pilihan yang ada..
Aku tak kisah amik masa lama teman Incik Chenchen shopping asalkan dia nampak kacak bergaya nanti.. Tak sabarnyaaaaaaaaaaaaaaaa...ehehe
Identiti Incik Chenchen masih belum dapat didedahkan kepada umum...
Hari Jumaat, aku guna sepenuhnya untuk kemas bilik aku. Alih katil ke situ alih almari ke sana. Pasang itu pasang ini. Petang baru siap sebab banyak main dari ngemas..Waaaaaaaaaaaaaaahhhh, nampak cam bilik pengantin walaupun aku bukannya nak kawen pon..ehehehe..Takpe takpe..Amik mood..*lol*
p/s : Lagi seminggu nak cuti sekolah.. Yeaaaahhhhh
2 comments:
kehidupan seorg cikgu..assalamualaikum cikgu..sentiasa dihormati dan dikasihi..
ws...:))
Post a Comment