Meh sini aku nak cite..Cite ni ada 2 versi..
VERSI 1
Lahir je aku ke dunia ni, kakak sulung aku dah siapkan nama untuk aku..Aku tak ingat nama apa dia nak letak tapi aku tahu dia memang nak letak nama yang ada TINA la..Nanti aku tanya dia balik..ehehe..
Pastu ayah aku lak dah ready nama aku siap2 iaitu ROSELAWATI. Berlaku la perebutan pemilihan nama aku. Kalau lah masa tu aku buleh bersuara, aku pasti nak nama Nur Syahrul Ehsan..muahahaha...
Dan, akhirnya ayah aku la yang menang sebab dia yang daftar surat beranak aku. Dan nama ROSELAWATI tu la yang jadi nama aku sampai sekarang.
Kakak aku ternyata menang jugak sebab nama TINA tu yang lekat sampai sekarang. Orang2 yang datang melihat aku masa tu diperkenalkan dengan nama TINA. Dan, orang2 kampung aku memang kenal aku dengan nama TINA. Cuba la sebut ROSELAWATI, sah orang tak kenal kecuali kawan2 sekolah.
VERSI 2
Ayah memang nak nama ROSELAWATI dan nama tu pun didaftarkan. Pastu, memandangkan nama tu cam panjang sangat dan bila orang tanya nak panggil aku apa masing2 tak tahu nak amik apa kat nama tu.. ros ke wati ke.. Last2, kakak sulung aku minat sangat kat nama TINA bagi cadangan supaya aku dipanggil TINA. So, lekat la nama TINA tu sampai sekarang..
Dan aku lak lebih selesa memperkenalkan nama diri sebagai TINA kepada sesapa je yang tak tahu nama penuh aku. Setakat ni cuma kawan2 tempat kija (sekolah) dan anak2 murid je panggil aku CIKGU ROSS..
Dah tu apasal kat facebook letak ROSS TINA? Ala...tak semua orang panggil aku dengan nama TINA dan tak semua orang panggil aku ROSS jugak. Tu yang jadi ROSS TINA tu..
Clear tak korang?
So, pasni terpulang la pada korang nak panggil aku apa. Semua aku sahut asal jangan panggil aku HEY, POMPUAN, dan apa2 panggilan yang tak sedap didengar...
p/s ; Anak sedara panggil CHE DE..dan pasni ada nama lain lagi satu.. UTEH kot?hik hik hik...(gedik)
3 comments:
amboii..terpikir dia nk nama nur syarul ehsan tu..kahkahkah
hahahahaha...baru la bijok..nama ayoh sama doh kam..hahaha
hahaha bijok bijok..kahkahkah..
Post a Comment