..:: You Follow I, I Follow You

Mr & Mrs Chenchen

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Ya Allah, Kau Perelokkanlah Segala Perjalanan Hidup Kami

Tuesday, March 30, 2010

Menshopping

Hantaran satu pun tak beli lagi..
Masa sungguh jeles ngn kitorang..
Minggu ni takleh nak menshopping sebab Incik Chenchen nak gi reunion geng2 sekolahnya.
Minggu depan aku lak takleh jugak sebab minggu depan Sabtu aku kena sekolah (ganti untuk hari raya)
Minggu depan lagi sekali? Ntah, aku pon tak tahu...Mungkin kena sekolah lagi kot Sabtu nya..
Bila nak menshopping ni?Huhuhu


p/s : KL, KB or Kuantan?

Saturday, March 27, 2010

Bosan

Jam dah pukul 11.40pm. Housemates semua dah tidur. Tinggal aku je terkebil2..

Esok sekolah. Takde moodnya nak mengajar esok. Esok suruh budak2 main sampai balik OK tak? Hehehe

Sabtu ni orang bagitau kena sekolah. Ganti cuti raya. Alahai... 

Jumaat ni birthday aku dan kena sambut sorang2 kat pulau ni..Tak bestnya. Baru cadang sesuatu yang spesel bersama family dan orang tersayang.

Weeeeiiiiii..Nape mata ni? Baru teringat tadi gatal minum nescafe. Nampak gayanya lambat lagi la nak boleh lelap ni..

Takleh jadi..Kena paksa tidur dah ni.. Kang tak pasal2 kejadian bulan lepas berulang kembali.. "Tiiinaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa"..Hish seram dah ni..

 Diorang selalu teman aku kalau takleh tido

Bye.. Gudnite semua..

p/s : Ini mmg blog prasan saya..Tak suka? Tak apa..Saya sikit pon tak kisah..Yang penting saya dapat duit tiap kali anda klik blog saya. Terima kasih banyak2..:)

Sunday, March 14, 2010

Yeayyy..Aku Dah Tunang..


Inilah Incik Chenchen kesayangan aku yang korang nak kenal sangat2..


Kepada yang menyampah, dengki, irihati dengan apa yang dah aku dan Incik Chenchen lalui hari ini (14 Mac 2010), harap anda tengok sambil menahan bengkak di hati.. Padan muka korang. Incik Chenchen pilih aku..Bukan korang yang kononnya cun, cantik, anggun dari aku...

p/s : Ditujukan khas kepada mereka yang selalu menyemak dan buat onar kat blog ini.. Kepada yang tidak berkenaan, jika terasa sy mintak maaf. Saya tidak bermaksud sesuatu yang jahat atau buruk pada anda!!!!

Monday, March 8, 2010

Kesalan Seorang Cikgu

Hari ni aku tak berapa nak sihat sebab masalah kesihatan yang datang sebulan sekali ni..(Perempuan je yang tahu camne sakitnya...)

Dan hari ni jugak ada kes kecurian dalam kelas aku.. Anis hilang sepit rambut kesayangan dia.. Menangis2 dia cari sepit tu..Akhirnya sebab kesian, aku campur tangan dan suruh semua bangun...(memang nak kena budak2 ni..ms tu memang membebel dlm hati tak yah cakap la byknya....)

Aku seluk semua poket seluar anak-anak murid aku dan akhirnya aku terjumpa sepit tu dalam poket seluar Anisya.. Rasional seorang guru hilang masa tu bila aku terus tanya soalan bertubi2 pada si Anisya tu.. Teresak-esak Anisya menangis tanggung malu..

Lepas dah pulangkan sepit tu, aku sambung mengajar dan demi Allah masa tu hati aku dah jadi sangat tak tenang sebab dah malukan Anisya. Mula fikir cara terbaik untuk selamatkan balik maruah Anisya..Masa tu Anisya masih lagi menangis dan tunduk kat tempat dia..

Masa diorang tengah beratur nak balik, Anisya masih lagi duduk kat meja dia. Mungkin sebab malu dan takut dengan CikguRoss dia yang garang semacam tadi.. Aku pun buat la pengumuman...

CikguRoss : Ok kelas..Dgr sini..Tadi cikgu dah cakap dengan Anisya..Sebenarnya bukan Anisya sengaja nak ambil sepit tu. Dia jumpa pastu dia tolong simpankan sepit Anis tu. Pastu dia lupa nak kasi balik sepit tu. Lepas ni, cikgu tak nak dengar sapa2 yang ejek Anisya pencuri ke apa ke sbb Anisya bukan pencuri. Dia budak baik.. (masa ni aku terus pandang Anisya..dia dah berhenti menangis..)
Kelas : Ye cikgu..
 Lepas semua murid salam ngan aku, aku panggil Anisya dan cakap ngan dia..
CikguRoss : Kali ni cikgu tolong Anisya. Lepas ni cikgu tak nak dengar lagi pasal Anisya ambil barang orang. Kalau ada lagi, memang cikgu takkan tolong Anisya lagi..
Anisya : Angguk2 sambil kesat air mata..
Anisya kembali senyum, salam ngn aku dan terus keluar kelas untuk balik.. Kawan2 dia semua dah tunggu kat luar mungkin nak tahu apa CikguRoss yang garang ni buat kat dia...ehehe

Pengajarannya..walau macam mana sakit/stress sekalipun, aku kena sentiasa ingat..Dunia aku, kerja aku bersama dengan budak2. Diorang pon ada perasaan. Jangan malukan dia macam apa yang aku buat tadi. Memang sangat menyesal dengan tindakan tu. Lepas ni, aku dah tahu apa yang perlu dibuat jika berlaku lagi.. Insyaallah...

 Bersama-sama ustazah.

p/s : Harap akan jadi cikgu yang lebih baik dan baik setiap hari... Tapi garang tetap garang!!!! :)

Sunday, March 7, 2010

Pengumuman

Ada orang2 di luar sana yang memang nampak sangat tak puas hati dengan hubungan aku dengan Incik Chenchen sampai sanggup kata macam2, doa macam2 dengan hubungan kami, sanggup tebalkan muka serang aku, add facebook aku...Aku nak ucapkan terima kasih.. Terima kasih sebab berjaya buat hati aku sakit dan mata aku berair2....Tapi percayalah, apa yang anda cuba lakukan makin buat hubungan kami mesra dan kukuh. Insyaallah.. Dengan izin Allah Yang Maha Mengetahui..

Kepada orang2 itu, di sini aku nak buat satu pengumuman.. Aku dan Incik Chenchen kesayangan aku akan bertunang pada hari Ahad ini bersamaan dengan 14 Mac 2010. Sila lah datang untuk memeriahkan majlis kami tu..Datang la beramai2..

Aku yakin dengan orang yang aku pilih untuk hidup sampai ke akhirat bersama dengan aku.. Walau apapun yang anda cuba lakukan, aku tetap yakin dengan Incik Chenchen aku...Sikit pun tak mengurangkan kasih sayang aku pada dia..Dan kau, boleh berambus dan pergi jauh2 dalam hidup aku.. Aku tak perlukan penasihat cinta..TQ



p/s : Menggigil tahan marah..Kalau lah aku tahu sapa..

10 signs to tell if he's MR RIGHT


1) Your friends approve
2) He gets along with your family
3) HE LISTENS TO YOU
4) He shares SAME VALUES
5) He is the type of person you would be friends with... 
6) You trust him
7) He makes you feel special
8) He talks about the future
9)You feel secure
10) HE LOVES YOU FOR YOU
p/s :  And yes, he has all of these signs..:)..hooorrraaaayyyyy

Saturday, March 6, 2010

Persiapan....

Cuti 3 hari baru ni memang tersangatlah meletihkan..Sampai je kat jeti, Incik Chenchen dah setia menanti..Terus terkejar ke sana sini uruskan segala urusan..Tapi hasilnya tak banyak pun.. Biasa lah, cik cerewet vs incik cerewet.. Memang tak jadi banyak la.. Cuma dapat baju kami selai sorang dan songkok Incik Chenchen..Hehehe..Dan, akhirnya aku keluar shopping dengan mak dan sepupu aku esoknya. Keluar ngan mak aku takleh nak cerewet sangat sebab malas nak dengar mak aku membebel. Tambah lak ngan sepupu aku yang sangat la laser mulutnya..Alhamdulillah, berkat bebelan dan kelaseran mulut segala urusan aku selesai...:) TQ

Malam tu, kami keluar lagi. Incik Chenchen nak beli kasut baru untuk nampak lebih segak katanya nanti. Kali ni aku tak gelarkan dia cerewet sebab bila apa yang dia suka aku pun suka. Yang aku tak suka dia pun tak suka..Tapi sebelum nak beli aku rasa ada 4 biji kedai jugak kami masuk..ehehe..Lastly, kedai terakhir yang kami masuk Incik Chenchen terus beli walaupun kat situ kami dah rambang mata dengan pilihan yang ada..

Aku tak kisah amik masa lama teman Incik Chenchen shopping asalkan dia nampak kacak bergaya nanti.. Tak sabarnyaaaaaaaaaaaaaaaa...ehehe

Identiti Incik Chenchen masih belum dapat didedahkan kepada umum...

Hari Jumaat, aku guna sepenuhnya untuk kemas bilik aku. Alih katil ke situ alih almari ke sana. Pasang itu pasang ini. Petang baru siap sebab banyak main dari ngemas..Waaaaaaaaaaaaaaahhhh, nampak cam bilik pengantin walaupun aku bukannya nak kawen pon..ehehehe..Takpe takpe..Amik mood..*lol*


p/s : Lagi seminggu nak cuti sekolah.. Yeaaaahhhhh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails