..:: You Follow I, I Follow You

Mr & Mrs Chenchen

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Ya Allah, Kau Perelokkanlah Segala Perjalanan Hidup Kami

Monday, May 30, 2011

Alahai perempuan itu

Kenapa la dia tak pernah serik dan malu.. Siap buleh reka2 cite supaya kisahnya lebih sadis dan dramatik.. Pelik la saya. Manusia kalau dah hilang perasaan malu, otak letak kat lutut memang akan buat gini la kot..Jangan la kawan2 saya, adik2 saya dan anak2 sedara saya berperangai sebegini. Malu kambing seperti kata ibu mertua saya...Hehehe

Alkisah....

Lepas saya tahu IncikSuami dapat sms daripada dia memaklumkan perihal kematian ayahnya, terus saya nasihatkan IncikSuami untuk ucap takziah dan bagi kata2 semangat. Bagi saya, sebenci mana pun saya pada seseorang, bila tiba bab kematian ni saya rasa saya masih relevan. IncikSuami tak buat pun serta merta.

Tapi lepas seminggu bapa si dia meninggal baru IncikSuami mengucapkan takziah pada si dia. Dan, akibatnya, keluar lah status kat facebook dia yang sangat menyakitkan hati mengatakan bahawa suami saya ni seolah2 sering ganggu hidup dia dan gila nak berkawan dengan si dia lagi. Amboi.. cik nak saya letak sms2 cik pada suami saya tu ke? Ringan je tangan ni nak copy paste kat sini.. Yang Cik prasan sangat tu kenapa? Kalau dah tak anggap suami saya kawan Cik, nape Cik gatal sangat tangan tu sms suami saya? Nampak sangat la kebengongannya di situ kan?...Cik kata nak balas dendam atas keresahan yang dialami lepas saya post entry pasal cik dulu ye? Cik resah sebab cerita yang ditulis betul kan? Kalau tak, buat apa cik nak resah gelisah kan? Nak balas dendam atas entry terdahulu saya pon agak2 la.. Apa yang saya tulis adalah 100% tulen berserta bukti dan bukan rekaan macam status cik tu..Haih, nak raih AFUNDI nampak? AFUNDI ke ML (maharaja lawak)?

So, siapa meroyan di sini?

Ikotkan hati saya sepatutnya post satu entry psl perempuan meroyan tu. Saya nak reveal dia yang sebenarnya oleh kerana sikap dia yang sangat melampau. Tapi, IncikSuami kata..” tak usah dilayan perempuan gila tu. Makin kita layan makin menjadi angau dia..biarlah orang buat jahat ngan kita asal jangan kita..Makin dia sakitkan hati kita, makin bahagia kita kan?..Biarlah dia.. ”  Oleh kerana taat pada suami, saya delete balik post yang saya yakin akan aibkan dia tu. Mungkin dia tak akan berani nak keluar rumah kot kalau saya publish post tersebut. So, biar la dia nak fitnah apa pun psl saya dan IncikSuami. Biarlah kawan2  IncikSuami masih pandang serong dek fitnah yang dilemparkan. Kita bukan boleh paksa orang untuk suka kita kan..

Cik, hentikan lah fitnah tu. Makin cik memfitnah makin terserlah kebodohan cik. Isu saya bomoh suami saya sampai skang saya masih tunggu cik bawak ustaz yang cik jumpa tu jumpa saya. 3 orang ustaz cik jumpa kan? Saya tak mintak cik untuk bersihkan balik nama suami saya, cuma saya mintak tolonglah berhenti memfitnah. Cik tau kan dosa memfitnah tu lagi besar dari membunuh? Cik orang Islam kan? Cik takkan hidup bahagia selagi cik masih lagi rajin nak memfitnah, selagi cik masih lagi nak harapkan sesuatu dari suami saya, selagi hati cik masih lagi berdendam dengan saya dan suami saya. Redha lah akan ketentuanNya cik.. Takut lah pada Allah..Ingat pada keluarga. Jangan malukan keluarga dan rakan2 yang menyayangi cik. Sayang lah perempuan secantik cik dibayangi perangai yang tak cantik..


Saya tahu ramai salahkan IncikSuami bila amik keputusan untuk kawen dengan saya.  Ye la kan..Mendadak sangat kan? Tapi adakah anda tahu cerita disebalik cerita? Sila jangan hanya mendengar keluhan tanpa menyelidik. Saya tahu cik dan penyokong2 kuat cik semuanya bijak2 belaka. Lain lah saya.. Sekolah stakat UPSR je. Ye la kan, cikgu tadika seperti kata korang. Layak la mengajar kat pulau kan yang rata2 budak2nya  tak tahu apa2 perkembangan.. (errr..pembetulan ye korang...budak2 sana lagi advance tau….astro ada hampir setiap rumah..) Kesiannya budak2 pulau tu dapat cikgu macam saya kan? (saya tahu korang ada mengutuk saya dalam facebook salah seorang penyokong kuat cik ni.. saya tak amik hati pon malah dah maafkan pon..hak korang untuk berkata apa sahaja)

Itu sahaja. Saya harap ini entry terakhir saya mengenai cik.  Saya bukan jenis yang suka mencari pasal, cuma akan mencari pasal bila orang mencari pasal. Saya tahu mana nak letak akal mana nak letak emosi. Malu weh bila buat mende yang tak betul pastu ketahuan pulak.. O o kamu ketahuan..menipu lagi (sila nyanyi ikot lagu Matta).. 

p/s : Kanda, Dinda nak jugak tulis.. Dinda tak malukan dia kan? Dinda cuma nasihat…Hehehe

8 comments:

marinahunny said...

sabo je la tiena weh...dh terdesak kut dia tu... kesian dia kaaannnn...

Lea Dzahir said...

kalu dia dop sedor2 gop aku dok au laa nok kata nder lg doh... muka yer lawo tp kalu perangai huduh.. huduh jdnya jgak muka yer tu..

sabar ek tina..

Ross Tina Abdullah said...

kak na : mmg kesian..ada je idea budus dia tu nk buat kami laki bini baloh..hakikatnya, makin dia buat makin mesra lok jd..kuasa Allah blaka..

lea : aku rasa dia x kan sedar selagi org2 kuat dia masih nak diamkan diri n biar dia terus gini..syg kwn jgn sampai biarkan dia terus buat kija gila..

Lea Dzahir said...

kawan dia tu buduh2 blaker.. kalu syg kawan dop ler suruh tino tu wat gitu.. buduh xde akal.. tak beriman.. sbb tu la.. tak pernah ingat Allah tu yg berkuasa..

NormaLiza Mah said...

ermm.. hidup ni mmg mcm2... susah nk paham org kan.. mcm2 nk buat. kalau hati msih ada dendam n so on.. mmg tak bahagia.. asyik pk nk jatuhkan, kenakan org.
ermm... drop by baca netry n klik2 utk tabung.
sama 2 jana tabung nffng erk..
salam perkanalan..
lawa gmbr header akak.....

An Aspiring Writer said...

tina,

kebetulan ada kawan yang berada di dalam situasi yang sama- kekasihnya kawin dengan orang lain. kami kawan2 mmg cukup marah dengan lelaki itu, apa buruk sangat ke kawan kami, teruk sangat kah sampai perhubungan yg dibina bertahun2 akhrinya disudahi dengan deraian air mata dan pelamin yang musnah ( ewahh ayat aku).
Tapi last skali, nak pujuk kawan yang sedih tu, kami kembali kepada Allah. Jodoh itu rahsia Allah- itulah pengajaran daripada situasi ni.

manusia mudah lupa kenyataan mcm ni. perempuan banyak terbawa dengan emosi. sudahnya benda yang sepatutnya mudah ditelan jadi sebegitu pahit.

wallahualam.

Anonymous said...

lawo ker? tgk gmbr mcm dok jenis berpakaian...x senunuh..gedix bagai! ikut ker hati nk jer komen n post kt fb..bior pdn muka...

Ross Tina Abdullah said...

erk..sape anon kali ni ye?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails