..:: You Follow I, I Follow You

Mr & Mrs Chenchen

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Ya Allah, Kau Perelokkanlah Segala Perjalanan Hidup Kami

Monday, May 16, 2011

Tamat Berpantang..Lagi 5 Hari

Hari ni genap 40 hari..setengah ibu akan merdeka pada hari ini.. Ikotkan hati nak merdeka jugak tapi kakak2 melarang.. Diorang suruh amik 45 hari baru nak  merdeka nak gi Mydin Mall ke nak gi Giant ke...(bandar KT cuma ada 2 tempat ni untuk cuci mata..huhuhu).. Takpe la, sabar je la Tina. Lagi 5 hari je pon...

Tempoh berpantang la merupakan saat paling membosankan...Terperok je kat rumah tak ke mana2. Elleh Tina, ko tu jalan pon tak larat ada hati nak jalan2..Hehehe.. Betul la, baru minggu lepas saya berupaya untuk berjalan laju2. Sebelum ni kalau lumba lari dengan siput bobby pon kompem beliau akan menang. Tempat luka tak sakit pun cuma terasa perit2 bila berjalan.

Memandangkan saya bersalin secara caesarean, saya tak boleh nak bertungku, berurut kat perot dan nak pakai bengkung..Memang kesian la kan.. Payah la perot saya nak kempis seperti sediakala gini.. Tak boleh lagi pakai kebaya..Huhuhu..

Ikan haruan..Ikan ni mmg saya tak pernah makan langsung sebab fizikal dia menyerupai Encik Ul**.. Tapi disebabkan nak baik cepat, berkilo2 jugak saya makan.. Tu tak kira pati ikan haruan lagi.. Memang keluar la air mata tiap kali minum..Apa lagi ye... Haaa.. Ada kawan IncikSuami carikan anak ikan haruan untuk ditelan hidup2 dengan harapan luka dalaman akan makin cepat baik. Mulanya saya berkobar2 jugak la nak telan tapi bila tahu anak ikan haruan makan telur lintah, telur cacing terus saya tak jadi. IncikSuami yang asalnya bersungguh2 suruh saya telan terus tak bagi. Takut la weiii....

Air kunyit cuma skali saya minum sebab minum je nak termuntah, baru nak teguk dah nak termuntah... Lepas tu mak belikan ubat kat klinik untuk kecutkan rahim saya. Lepas minum 3 botol ubat tu darah beku keluar dengan agak banyak la. Sama macam minum air kunyit. Bezanya, ubat tu manis dan rasa macam Innershine pati prun..Tak keluar air mata pon bila minum.. Yang penting, takde pon rasa nak muntah bila minum..Hehehe...

Merasa jugak la saya mandi 'air serong' yang mmg wangi baunya tapi bila dah sebati ngan peluh, jadi busuk yang amat lak.. Hehehe.. Air serong ni saya tak pasti orang bukan dari pantai timur panggil apa tapi air mandian ni sebenarnya adalah air rebusan himpunan daun2 seperti daun serai wangi, daun mengkudu dan macam2 lagi. (2 daun tu je saya kenal..yang lain tak kenal..muahahah).. Tujuan mandi air ni adalah untuk segarkam tubuh je. Biasanya mandi air ni selepas mengurut. Memang lepas mandi rasa segar semacam je...

Okla..dah pukul 3pm.. Masa untuk tengok Marimar.. Muahahahaha (semua cite saya tahu dan tengok sejak berpantang ni...)

p/s : Mama ♥ Papa

2 comments:

An Aspiring Writer said...

tina, bakpenyer awok dok ghok jalan? siannya lah..

p/s: takut pulok bila tiba giliran sendiri..guane la gamok karang

marinahunny said...

tahniah2...dekat nk hbs pantang dah..hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails