..:: You Follow I, I Follow You

Mr & Mrs Chenchen

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Ya Allah, Kau Perelokkanlah Segala Perjalanan Hidup Kami

Monday, May 30, 2011

Alahai perempuan itu

Kenapa la dia tak pernah serik dan malu.. Siap buleh reka2 cite supaya kisahnya lebih sadis dan dramatik.. Pelik la saya. Manusia kalau dah hilang perasaan malu, otak letak kat lutut memang akan buat gini la kot..Jangan la kawan2 saya, adik2 saya dan anak2 sedara saya berperangai sebegini. Malu kambing seperti kata ibu mertua saya...Hehehe

Alkisah....

Lepas saya tahu IncikSuami dapat sms daripada dia memaklumkan perihal kematian ayahnya, terus saya nasihatkan IncikSuami untuk ucap takziah dan bagi kata2 semangat. Bagi saya, sebenci mana pun saya pada seseorang, bila tiba bab kematian ni saya rasa saya masih relevan. IncikSuami tak buat pun serta merta.

Tapi lepas seminggu bapa si dia meninggal baru IncikSuami mengucapkan takziah pada si dia. Dan, akibatnya, keluar lah status kat facebook dia yang sangat menyakitkan hati mengatakan bahawa suami saya ni seolah2 sering ganggu hidup dia dan gila nak berkawan dengan si dia lagi. Amboi.. cik nak saya letak sms2 cik pada suami saya tu ke? Ringan je tangan ni nak copy paste kat sini.. Yang Cik prasan sangat tu kenapa? Kalau dah tak anggap suami saya kawan Cik, nape Cik gatal sangat tangan tu sms suami saya? Nampak sangat la kebengongannya di situ kan?...Cik kata nak balas dendam atas keresahan yang dialami lepas saya post entry pasal cik dulu ye? Cik resah sebab cerita yang ditulis betul kan? Kalau tak, buat apa cik nak resah gelisah kan? Nak balas dendam atas entry terdahulu saya pon agak2 la.. Apa yang saya tulis adalah 100% tulen berserta bukti dan bukan rekaan macam status cik tu..Haih, nak raih AFUNDI nampak? AFUNDI ke ML (maharaja lawak)?

So, siapa meroyan di sini?

Ikotkan hati saya sepatutnya post satu entry psl perempuan meroyan tu. Saya nak reveal dia yang sebenarnya oleh kerana sikap dia yang sangat melampau. Tapi, IncikSuami kata..” tak usah dilayan perempuan gila tu. Makin kita layan makin menjadi angau dia..biarlah orang buat jahat ngan kita asal jangan kita..Makin dia sakitkan hati kita, makin bahagia kita kan?..Biarlah dia.. ”  Oleh kerana taat pada suami, saya delete balik post yang saya yakin akan aibkan dia tu. Mungkin dia tak akan berani nak keluar rumah kot kalau saya publish post tersebut. So, biar la dia nak fitnah apa pun psl saya dan IncikSuami. Biarlah kawan2  IncikSuami masih pandang serong dek fitnah yang dilemparkan. Kita bukan boleh paksa orang untuk suka kita kan..

Cik, hentikan lah fitnah tu. Makin cik memfitnah makin terserlah kebodohan cik. Isu saya bomoh suami saya sampai skang saya masih tunggu cik bawak ustaz yang cik jumpa tu jumpa saya. 3 orang ustaz cik jumpa kan? Saya tak mintak cik untuk bersihkan balik nama suami saya, cuma saya mintak tolonglah berhenti memfitnah. Cik tau kan dosa memfitnah tu lagi besar dari membunuh? Cik orang Islam kan? Cik takkan hidup bahagia selagi cik masih lagi rajin nak memfitnah, selagi cik masih lagi nak harapkan sesuatu dari suami saya, selagi hati cik masih lagi berdendam dengan saya dan suami saya. Redha lah akan ketentuanNya cik.. Takut lah pada Allah..Ingat pada keluarga. Jangan malukan keluarga dan rakan2 yang menyayangi cik. Sayang lah perempuan secantik cik dibayangi perangai yang tak cantik..


Saya tahu ramai salahkan IncikSuami bila amik keputusan untuk kawen dengan saya.  Ye la kan..Mendadak sangat kan? Tapi adakah anda tahu cerita disebalik cerita? Sila jangan hanya mendengar keluhan tanpa menyelidik. Saya tahu cik dan penyokong2 kuat cik semuanya bijak2 belaka. Lain lah saya.. Sekolah stakat UPSR je. Ye la kan, cikgu tadika seperti kata korang. Layak la mengajar kat pulau kan yang rata2 budak2nya  tak tahu apa2 perkembangan.. (errr..pembetulan ye korang...budak2 sana lagi advance tau….astro ada hampir setiap rumah..) Kesiannya budak2 pulau tu dapat cikgu macam saya kan? (saya tahu korang ada mengutuk saya dalam facebook salah seorang penyokong kuat cik ni.. saya tak amik hati pon malah dah maafkan pon..hak korang untuk berkata apa sahaja)

Itu sahaja. Saya harap ini entry terakhir saya mengenai cik.  Saya bukan jenis yang suka mencari pasal, cuma akan mencari pasal bila orang mencari pasal. Saya tahu mana nak letak akal mana nak letak emosi. Malu weh bila buat mende yang tak betul pastu ketahuan pulak.. O o kamu ketahuan..menipu lagi (sila nyanyi ikot lagu Matta).. 

p/s : Kanda, Dinda nak jugak tulis.. Dinda tak malukan dia kan? Dinda cuma nasihat…Hehehe

Saturday, May 28, 2011

Yahooo..Hari ni Iman boleh pergi Giant!!!!

Hari ni umur Iman 52 hari. Hari Sabtu. Sepanjang Iman lahir ni, tak pernah sekali saya bawak Iman jalan2. So, kami cadang nak bawak Iman ke Giant.. Yeaaaayyy...(sebenarnya mama dia yang nak pergi..muahaha)..

Sampai di Giant, kami memulakan perjalanan ke sana dan ke mari. Seronok lak rasa bila lama tak jalan2 ni.. Hehehe.. Beli tu beli ni sampai la Iman mula nangis mintak susu..

Papa cool!!!!

Dah puas berjalan2, kami pon balik..Kesimpulannya, Iman sangat seronok bila dapat berjalan2.. Ye ke Iman yang seronok? Hahahaha... Betul wooo, lepas pantang kalau dapat gi jalan mana2 memang rasa teruja tak terkata.. 

Sekian, itu je nak merepek...hehehe

p/s : Gambar kat blog title tu macam tak relevan lagi kan? Kena amik gamba baru kami bertiga lak..

Sunday, May 22, 2011

Saya gila main Texas HoldEm Poker sekarang!!!!!

Jam 1230am..Atas sofa depan tv..Lepas ulit Iman tidur, saya terus ralit main game Texas HoldEm Poker kat hp IncikSuami. IncikSuami lak leka tengok bola MU lawan apa ntah.. Saya kalau bola ni mmg tak minat sangat2 nak tengok. Pernah paksa tengok tapi akhirnya jadi tak tengok jugak. Main punya main sampai duit terkumpul dah cecah $1.32Million. Wow..memang pencapaian terbaik saya la setakat ni. Baru je nak riak2 ngan IncikSuami, beliau lak dah kroh kroh kroh.. Gara2 tamak nak cepat kaya, saya  muflis sebaik sahaja saya nak riak2.. Geram gila..Huhuhu..

Jam 0115am.. Masih lagi atas sofa depan tv..Saya kejut IncikSuami suruh dia masuk bilik. Saya angkat Iman masuk bilik. Ingat nak terus tidur tapi hati masih geram sebab kalah banyak tadi. Saya capai hp dan mulakan permainan. Tapi kali ni, memang takde ong la. Asyik kalah, kalah dan kalah.. Tak putus asa sebab niat nak dapat balik at least $1Million supaya esoknya buleh riak2 ngan IncikSuami..Hehehe..Saya cuba lagi sampai la tiba2 hp IncikSuami mati.. Bateri kong daaaa.. Kejut IncikSuami mintak charger tapi dia kata charger dalam kereta.. Kecewa sebab takleh nak teruskan usaha. Terus pelok Iman dan cuba untuk tidur..

Jam 0220am.. Mata ni lak berkeras tak nak tidur. Terus ON laptop dan berblog...Hehehe

p/s 1 : saya baru pandai dan paham main game ni..
p/s 2 : Berjudi adalah haram.. Hehehehe

Monday, May 16, 2011

Tamat Berpantang..Lagi 5 Hari

Hari ni genap 40 hari..setengah ibu akan merdeka pada hari ini.. Ikotkan hati nak merdeka jugak tapi kakak2 melarang.. Diorang suruh amik 45 hari baru nak  merdeka nak gi Mydin Mall ke nak gi Giant ke...(bandar KT cuma ada 2 tempat ni untuk cuci mata..huhuhu).. Takpe la, sabar je la Tina. Lagi 5 hari je pon...

Tempoh berpantang la merupakan saat paling membosankan...Terperok je kat rumah tak ke mana2. Elleh Tina, ko tu jalan pon tak larat ada hati nak jalan2..Hehehe.. Betul la, baru minggu lepas saya berupaya untuk berjalan laju2. Sebelum ni kalau lumba lari dengan siput bobby pon kompem beliau akan menang. Tempat luka tak sakit pun cuma terasa perit2 bila berjalan.

Memandangkan saya bersalin secara caesarean, saya tak boleh nak bertungku, berurut kat perot dan nak pakai bengkung..Memang kesian la kan.. Payah la perot saya nak kempis seperti sediakala gini.. Tak boleh lagi pakai kebaya..Huhuhu..

Ikan haruan..Ikan ni mmg saya tak pernah makan langsung sebab fizikal dia menyerupai Encik Ul**.. Tapi disebabkan nak baik cepat, berkilo2 jugak saya makan.. Tu tak kira pati ikan haruan lagi.. Memang keluar la air mata tiap kali minum..Apa lagi ye... Haaa.. Ada kawan IncikSuami carikan anak ikan haruan untuk ditelan hidup2 dengan harapan luka dalaman akan makin cepat baik. Mulanya saya berkobar2 jugak la nak telan tapi bila tahu anak ikan haruan makan telur lintah, telur cacing terus saya tak jadi. IncikSuami yang asalnya bersungguh2 suruh saya telan terus tak bagi. Takut la weiii....

Air kunyit cuma skali saya minum sebab minum je nak termuntah, baru nak teguk dah nak termuntah... Lepas tu mak belikan ubat kat klinik untuk kecutkan rahim saya. Lepas minum 3 botol ubat tu darah beku keluar dengan agak banyak la. Sama macam minum air kunyit. Bezanya, ubat tu manis dan rasa macam Innershine pati prun..Tak keluar air mata pon bila minum.. Yang penting, takde pon rasa nak muntah bila minum..Hehehe...

Merasa jugak la saya mandi 'air serong' yang mmg wangi baunya tapi bila dah sebati ngan peluh, jadi busuk yang amat lak.. Hehehe.. Air serong ni saya tak pasti orang bukan dari pantai timur panggil apa tapi air mandian ni sebenarnya adalah air rebusan himpunan daun2 seperti daun serai wangi, daun mengkudu dan macam2 lagi. (2 daun tu je saya kenal..yang lain tak kenal..muahahah).. Tujuan mandi air ni adalah untuk segarkam tubuh je. Biasanya mandi air ni selepas mengurut. Memang lepas mandi rasa segar semacam je...

Okla..dah pukul 3pm.. Masa untuk tengok Marimar.. Muahahahaha (semua cite saya tahu dan tengok sejak berpantang ni...)

p/s : Mama ♥ Papa

Sunday, May 15, 2011

Kelahiran Yang Dinanti

Dah lama saya tak update blog saya ni. Maklumla, sibuk berpantang..(Hari ni hari ke 39).. Sebenarnya, saya banyak je masa kalau setakat nak update blog cuma mood nak mengarang tu yang mati sekejab sejak dapat anak ni.. Best wooo ada anak walaupun tidur saya tidak nyenyak seperti dahulu lagi...Aiman Mama tak kisah!!!!

Untuk pengetahuan semua, pada 7 April 2011 tepat jam 10.13am dengan berat 3.35kg, lahirlah seorang bayi lelaki yang kacak lagi gagah bernama Zahrin Nur Iman. Cahaya Keimanan Yang Berseri-seri. Sungguh bermakna kan nama anak saya yg kacak ini? hehehe.. Semoga anak papa dan mama menjadi insan yang bermakna kelak. InsyaAllah...

Iman lahir secara pembedahan. Pembedahan? Ye, Iman keluar ikut tingkap bukan ikut pintu yang disediakan. Akibat daripada kelasakan Iman yang selalu berpusing2 di dalam perut saya, di saat akhir kepala Iman berada di kedudukan atas. Extended Breech kalau ikut istilah perubatan. Sila la search sendiri ye kalau nak tahu... Hehehe.. So, kelahiran Iman ni telah meninggalkan parut di perut mama dia. Sampai sekarang saya tak berani nak sentuh dan tengok parut tu.. Tak leh terima kenyataan kot perot saya dah berparut.. Hehehe.. Segala urusan nak letak ubat saya serahkan bulat2 pada IncikSuami. IncikSuami tiada bermakna ubat tidak akan disapu.. Dan satu lagi, perut saya mungkin tak akan kempis lagi. Waaaaaaaaaaa

Kelahiran Iman memang banyak membawa air mata. Air mata happy bila tengok muka dia, air mata rindukan dia time saya warded dulu, air mata takut bila masuk dewan bedah, air mata sakit bila luka sekali skala berdenyut...Apapun Iman, mama memang sayang gile ah kat Iman...Tapi Iman jangan mintak adik dulu tau.. Mama nak rehat lama sikit.. :)



Saya tak nak cite panjang lagi pasal Iman. Nak tengok nak tahu lebih lanjut sila datang melawat kami..ehehe.. Sekian terima kasih..

p/s : Semua orang kata Iman fotostat muka papa dia. Kesian saya. Huhuhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails