Dah banyak kali saya sabar dan saya rasa saya tak boleh bersabar lagi...Jangan ingat bila saya diam, saya tidak tahu apa2.
Kepada pemilik no. 013-6281**4, sila jauhkan diri anda dari suami saya. Saya tahu banyak pasal anda, sms yang dihantar kepada suami saya sebelum dan selepas kami berkahwin. Sms ugutan 2 hari sebelum kami berkahwin pun masih saya simpan. Hatta, sms yang dihantar kepada suami saya ketika anda berada di sebuah hotel di Kuala Terengganu ini pun saya masih simpan. Oh ya, sms pukul 1045pm semalam tu adakah bertujuan untuk membuat saya cemburu, fikir bukan2 mengenai suami saya? Anda sungguh terdesak la cik...
Anda sungguh berani dan yakin sungguh ye...Apa pun kisah anda dengan suami saya dahulu saya dah tahu..Dan saya terima baik buruk suami saya sebagaimana dia terima baik buruk saya. Anda tak perlu risau apa2 kerana kami memang hidup bahagia...Dan anda, sila lah risaukan diri anda dahulu sebelum nak risaukan orang lain...
Sila jauhkan diri anda dari suami saya sebelum mulut saya menjadi jahat dan nombor anda, gambar anda dan segala sms itu terpampang di blog suci saya ini!!!! Biar semua kawan anda yang sangat menyokong anda selama ini tahu yang anda tidak 'selemah' yang mereka sangka...
p/s : Siapa yang desperate sekarang ni cik? Saya atau anda??? Sila jaga maruah anda sebagai seorang perempuan. Anda memang sangat kesian!!!!