..:: You Follow I, I Follow You

Mr & Mrs Chenchen

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Ya Allah, Kau Perelokkanlah Segala Perjalanan Hidup Kami

Sunday, October 24, 2010

Oh Mengandung III

Dua hari ni saya rasa perut saya kembung semacam. Tapi takde la sampai mengganggu tidur dan urusan harian. Saya fikir perut kembung mungkin sebab saya dah lama tak buang air besar. Saya kan ada masalah ini sejak mengandung. Saya rasa sangat tak selesa dan sampai takut nak makan walaupun perut lapar yang amat. Saya jadi letih dan sangat tak larat. Balik umah mak mertua hari tu saya asyik terperap je dalam bilik sebab masalah ini. Maafkan saya..Saya bukan sengaja nak buat camtu.

Malam tu saya tak boleh tidur. Perut saya memulas2 tapi takde pulak rasa nak membuang. Perut lak kembung semacam. Macam bukan pregnant 4 bulan. Dalam hati dah fikir macam2. Takut apa2 jadi kat anak saya. Hampir subuh kot baru saya dapat tidur. Esoknya, IncikSuami terus ajak ke klinik berhampiran rumah. Terjumpa la Klinik Rahim Hamzah Halim dan Razali dan saya berpeluang 'bergurau senda' dan 'meluahkan perasaan' kepada Dr.Karimah yang baik sangat itu.

Masalah 1 : Sembelit dan perut kembung.

Beliau tekan2 perut saya lalu berkata "Patutla awak sembelit. Angin banyak ni dalam perut awak. Banyak sangat ni." Saya cuma sengih je dan kata memang saya ni banyak angin sejak anak dara lg. Huhuhu...Beliau pon memberikan penerangan jelas mengenai sembelit ketika mengandung ini. Kami berdua hanya cakap.."ooooooo...begitu ye...". hehehehe..

Banyak la tips yang beliau bagi suruh saya ikot kalau tak nak sembelit lagi. Antaranya..
1. "Awak kena minum 6 botol air sehari. Tak kira la apa jenis air sekalipun. Air batu air sirap air masak asal jangan teh, kopi, air bergas. Tu kalau awak takde kencing manis.
2. "Kena makan buah/sayur 3 mangkuk sehari. Bukan mangkuk sup tu ye. Tapi mangkuk maggi. (sambil menunjukkan saiz mangkuk kepada kami.)
3. "Minum/makan air/makanan yang berkultur. Macam yogurt, vitagen. Semua tu bagus untuk usus. 

Sebenarnya, tips yang beliau bagi tu saya dah try pon sebelum jumpa beliau. Tapi tak mendatangkan hasil. Memang jenis perut kebal. Hehehe.. Cuma makan buah/sayur 3 mangkuk besar sehari je saya susah nak amalkan. Susah duduk sini. Huhuhu..

Masalah 2 : Perut kecik dan berat tak naik.

Saya bercerita la mengenai perihal saya kena tegur sebab berat tak naik. Sila rujuk sini. Cepat2 Dr. Karimah cakap. "Kenapa pulak dia nak marah? Suka hati kita la nak naik ke tak nak. Bukannya ada kena mengena pun. Asal anak kita sihat sudah. Kalau saya ada situ, memang kena nurse tu. Perut awak nampak kecik sebab ni anak sulung. Perut awak masih kemas dan susah la sikit nak 'memberi' (erk....apa memberi dlm bahasa melayu yek?ada sesapa buleh tolong?Yang tak paham sila tanya la sesapa yang tahu ye..huhu). Kalau awak tak caya, nanti scan kita akan tahu. Jangan bimbang, berat ibu takde kena mengena. Kalau anak sihat dan membesar dengan sempurna, berat kita akan naik seiring dengannya. Jangan risau ye...""

Saya? Sangat lega dan legaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

Tiba lah masa untuk scan. First time tau saya scan womb saya. Sangat nervous.. Dan ini lah anak saya...


"Haaa..tengok..sihat cergas anak awak ni..Ni kepala dia, ni hidung dia, kaki dia, usus dia, tulang belakang dia......................................................................................................................................(titik2 panjang ni maknanya saya tak dengar apa Dr cakap.).IncikSuami je yang kusyuk dengar. Sebab masa tu saya dah berada di dunia saya sendiri. Hanyut dalam khayalan. Dalam kereta baru saya tanya balik IncikSuami..Hehehehe...

So, kemusykilan saya terjawab. Dan saya tak perlu risau lagi pasal anak saya. Cuma yang saya risau, kenapa perut saya kembung sampai sekaraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang?? Sakit sampai tak boleh tidur. Kesian IncikSuami yang turut berjaga malam untuk urut perut saya. Nak makan nangka tak boleh, nak makan goreng pisang pun tak boleh sebab mak cakap itu makanan sejuk dan berangin. Makin teruk nanti. Saya sangat terliur dengan nangka ituuuuu... Huhuhu...Oh perut, cepat la baik. Saya teringin nak makan nangka...

p/s : Lambatnya bulan 4.. Tak sabar nak tengok muka dia. macam saya ke macam IncikSuami..Hehehehe


3 comments:

marinahunny said...

;)

Lea Dzahir said...

memeri kot.. bukan memberi.. makna dia meregang sket utk bg ruang kat baby..

Ross Tina Abdullah said...

marinahunny : :D

lea dzahir : ahahahaha...BM oh BM...susah gak kadang2 kalau setiap negeri ada loghat..jd la cam aku..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails