..:: You Follow I, I Follow You

Mr & Mrs Chenchen

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Ya Allah, Kau Perelokkanlah Segala Perjalanan Hidup Kami

Thursday, January 14, 2010

Oh Terkejutnya...

Sampai je rumah semalam, mak bagitahu ada orang merisik aku..

Waaaahhh...jatuh jantung aku kejab sebab terkejut. Reaksi aku? Gelak gelak gelak dan gelak..

Cam lawak je kan kalau akhirnya aku kahwin dengan lelaki pilihan keluarga aku.. atau lebih tepat pilihan mak aku.. Dan, jarak rumah kami tak sampai 2km. Dekat kan? Cam tak best je dekat sangat. Tak merasa la aku nak gaduh time nak balik raya...Huhuhu

Nada mak tadi macam paksa je suruh aku kahwin ngan anak kawan dia tu. Huhu..Tapi aku tahu mak aku. Mak takkan sekali-kali paksa aku dengan sesapa yang aku tak suka. Cuma mak bagi warning je la tadi. Nak aku kahwin sebelum 30. Kalau tak, aku akan dipaksa berkahwin dengan lelaki pilihan dia nanti. Aduuuuuuuhhh.. Ada sesapa yang kenal aku dan aku kenal dia yang nak ajak aku kahwin tak?Huhuhu..

Mak lelaki itu dan mak aku adalah kawan satu tempat mengaji. Masa tu la kot mereka bercakap pasal anak masing-masing. Dan kebetulan pulak, aku dan mak saudara lelaki itu memang dah kenal lama sebab kami pernah berurusan atas dasar bisnes.

Buat masa ni, aku minta mak bagi aku masa untuk fikir dan peluang untuk kami kenal dulu. Mana la tahu kan. Tiba-tiba dia tu ada perangai pelik yang boleh buat aku bosan cepat. Dan aku ada perangai ganjil yang buat dia rasa takut. Mana la tahu kan...hahahahaha

Lelaki itu? Ntah..aku tak kenal pun. Dan dia pun aku rasa tak kenal aku.. Esok mak nak bagi nombor fon aku pada mak lelaki itu dan aku kena tunggu la lelaki itu punya langkah seterusnya. Alahai, berdebar la pulok..Muahahahahahaha


p/s : Aku tetap suka pada orang dalam post di bawah ini. Alaaaaaaaaaaaaaaa....

6 comments:

Lea Dzahir said...

wah tina.. bila xde org.. arap sgt org dtg.. tp bila ada org merisik.. takut plak kan? sabar je laa.. :)

Ross Tina Abdullah said...

hehe..takut sbb x knl..kalu knl xde nya nk takut2...eheheh..aku tgh tunggu lelaki itu punya next step..lambat betul dia nak call aku...byk nk tanya ni..:))

Anonymous said...

sori la cik ross i da komited , klu x i pinang u ari ni gak.mggu dpn trus nikah.....

Ross Tina Abdullah said...

then? ada i suruh u pinang i ke?huhuhu...btw, tq 4 ur comment n ur singgah...:)) lainkali letak nama u, so i boleh tahu..:))TQ2

noin said...

wah! i senyum sorg2 bace. hihik. all the best! yg penting wat solat istikharah minta petunjuk dari-Nya. =)

Ross Tina Abdullah said...

mekasih ain..
tgh fikir2 lagi ni..
masih tak dapat jawapan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails