Start semalam aku mula mengemas segala barang yang perlu dibawa untuk hidup di Pulau Redang..Disebabkan beberapa masalah, mak aku je yang nampaknya boleh ikot menghantar aku ke Pulau Redang itu. Dan terpaksa jadi tukang bawak beg-beg aku yang banyak ini..Kesian mak aku..(ala..mak aku sangat excited sebenarnya..heheh)
Beg 1 :
Beg sebesar kotak TV ni aku dah letakkan bantal sebiji, baju kurung aka baju kerja dan baju2 lain termasuk selimut dan telekung. SENDAT sudah...
Beg 2 :
Beg ni lak aku letak segala barang keperluan, stok makanan (kat sana aku dgr stok mahal), dan buku-buku kerja. SENDAT jugak.
Beg 3 :
Beg yang ni dah teragak-agak nak bawak tapi kalau tak bawak apa kaki aku nak pakai nanti..muahaha..penuh ngan aneka kasut,sandal dan selipar.
Plus..toto.
Keadaan rumah tu aku tak tahu sebab aku tak pernah pergi menjenguk lagi. Tapi yang pasti, aku duduk sebilik dengan PPM aku. Ermmm..rasa sangat tidak selesa kan kongsi bilik.. Tengok la, sampai sana aku minta rumah kosong untuk aku satu. Biar la duduk sorang dari nak kongsi bilik.. Kalau aku duduk sorang, aku tahu ramai yang suka. ehehe..Senang la kan korang nak datang jenguk aku kan..Penginapan dah free..ehehehe
Menurut sumber, disebabkan keadaan laut yang masih bergelora dan tidak selamat, dari bulan Januari hingga ke Mac ni perkhidmatan feri ke Pulau Redang cuma ada pada hari Selasa dan Sabtu. Bukan hari-hari seperti biasa. Ini bermakna, aku tak leh balik la sampai bulan Mac ni. Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... Lama tu 3 bulan..Huhuhuhu
Tapi takpe la, seperti kata Syah (asyik Syah je sekarang ni..muahaha), ambil semua ni sebagai pengalaman. Bukan semua orang berpeluang nak dapat pengalaman macam ni. Yeah..chaiyok..aku boleh!!!!
Doakan aku berjaya mengadaptasikan diri aku di sana. Semoga aku tabah dan ikhlas mengajar anak-anak di pulau indah itu. Dan, aku harap aku tak menangis hari-hari nak balik rindukan Mak, Ayah, Murad, Kechek, Kaboo dan Bisnes (hohoho)
p/s : Dalam sedih aku happy jugak sebenarnya. Entah la..Rasa cam tak sabar lak nak duduk sana. Tapi ye ke ni?hahahahaa