..:: You Follow I, I Follow You

Mr & Mrs Chenchen

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Ya Allah, Kau Perelokkanlah Segala Perjalanan Hidup Kami

Wednesday, August 26, 2009

Lokmang Ku Cedera Parah..

Hari sabtu lalu aku ke Kuala Lumpur untuk menghantar Lokmang kepada tuan barunya. Aduhai.. Baru sehari bertukar tangan, tragedi berlaku. Lokmang yang dipandu adikku telah terlibat dalam kemalangan yang agak meresahkan jiwa. Lokmang telah melanggar sebuah kereta dan motorsikal di mana penunggang motorsikal terbabit patah kaki. Menangis aku bila tengok keadaan Lokmang. 4 tahun bersama Lokmang, tiada kecederaan parah berlaku ke atasnya tapi setelah bertukar tangan, Lokmang cedera parah!!! Uwaaaaa... Abangku kata Lokmang ku merajuk. Ada yang kata Lokmang tak nak bertukar tuan kot. Ntah la... Aku sayang Lokmang tapi Murad aku sayang lebih...Muahahahaha..

p/s : Aku tak perasan slama ni 2nd name driver Lokmang adalah RHJ. Waaaaaaaaaaahh, terus aku call ETIQA mintak tukarkan ke nama adik aku.

p/s 2 : Murad sape? Biarlah rahsia....Nanti korang akan tahu jugak..:))

Sunday, August 16, 2009

Murad oh Murad

Selama ini, aku hanya menjeling tiap kali melihatnya. Di dalam hati timbul macam-macam rasa. Argh....bilakah kita dapat bersama? Setelah sekian lama, aku dan dia akhirnya berpeluang bersama tapi sayang aku tidak boleh untuk memilikinya lagi (buat masa sekarang la). Semalam, aku melihatnya lagi. Dari jauh, aku melihat dirimu bersama kawan-kawanmu. Waaaaaaaaaaaahh, alangkah bahagianya aku andai dapat bersamamu, memilikimu...Semoga kau akan menjadi buah hatiku untuk beberapa tahun akan datang ini. Dan aku harap Lokmang akan bahgia bersama kekasih barunya. Sedihnyaaaaa......

p/s : POYOnya aku!!!!!!!!!!!!Muahahahahah

Thursday, August 13, 2009

Program 1 Malaysia, Indahnya Bandarayaku-Kuala Lumpur (20-23 Julai 2009)

Hari Ketiga (23 Julai 2009)

Hari ni dah nak balik Terengganu. Program pon dah habis so hari ini program bebas. Ketua rombongan Terengganu cakap kita akan ke Chow Kitt. Dalam hati aku memberontak macam-macam. Nak gi Chow Kitt dengan budak-budak ni? Tak senang duduk aku. Singgah pasar buah. Budak-budak beli buah dengan rancaknya dan aku memerhati dengan takutnya bimbang akan ada budak tersasar dari kumpulan aku tu. Pastu gerak ke Sogo. Yang ni aku suka sikit la. Ehehehe. Tapi ketua rombongan tu kejam. Ada ke bagi masa setengah jam je untuk pusing Sogo? Akibatnya, aku takleh beli apa pun. Hampa!!! Balik hotel semula untuk makan tengahari dan kami gerak pulang ke Terengganu tepat jam 12.30 tengahari.

Kesimpulannya, program ini membawa seribu makna, senyuman dan kenangan yang indah di hati murid-murid miskin ini. Dan, cikgu dia pun rasa seronok dapat jalan-jalan secara percuma. Ehehehe. Terima kasih Kementerian Pelajaran Malaysia. (applause).

p/s : Cikgu Yuna. Ehehehe. Budak-budak negeri lain yang tak tahu nama aku panggil aku ngan nama tu. Jauhnya beza aku ngn Yuna tu. Camne la diorang leh tengok sama lak. Heran aku..

Program 1 Malaysia, Indahnya Bandarayaku-Kuala Lumpur (20-23 Julai 2009)

Hari Kedua (21 Julai 2009)

Aku ni namanya lama duduk KL tapi banyak tempat aku tak sampai lagi. Contohnya? Putrajaya. Walaupun selalu la jugak pergi Putrajaya, tapi aku tak pernah nak masuk dalam Taman Botani, Taman Warisan, dan taman-taman lain di Putrajaya tu. Naik ’cruise’ pun tak pernah. Selama ni kalau pergi Putrajaya, aku cuma gi Alamanda dan solat kat Masjid je. Tak pernah terfikir untuk masuk dalam semua taman yang ada. Rupanya inilah yang seronoknya Putrajaya. Taman-taman yang ada. Bagi yang suka bergambar dan jalan-jalan menikmati alam seperti aku, aku rasa korang pasti akan suka jugak. Yang aku paling tak boleh lupa adalah aku kena tahan oleh makcik jaga bila nak masuk masjid. Aku kena pakai jubah sebab bagi diorang aku tak menutup aurat dengan sempurna. Mana ada. Aku sangat sopan dari biasa pada hari tu. Nak je lawan-lawan cakap dengan makcik tu tapi bila fikir banyak kali aku ikutkan je cakap mereka. Aku pakai camne? Aku pakai t-shirt besar, longgar, labuh melebihi punggung, siap pakai sarung tangan lagi, pakai tudung (of course la!!!) tapi memakai jeans. Jeans tu longgar ape. Ala.. Makcik tu saje je nak kenakan aku. Cheh!! Dan aku merupakan satu-satunya cikgu yang kena pakai jubah. Waaaaaaaaaaaahhh, budak-budak pakat gelakkan aku. Bencikkkk!!!!

Lupa nak bagitahu. Untuk program ini, kami terpaksa bangun seawal 4 pagi untuk bersiap dan bergerak ke Masjid Negara. So, kami solat subuh di sana. Usai solat, kami bersarapan pagi di situ juga sebelum berangkat ke Putrajaya jam 9 pagi. Maknanya masa yang ada sebelum ke Putrajaya tu, murid-murid di bawa sekitar Masjid Negara untuk mengenali masjid tertua itu. (aku pun tak pernah sampai lagi masjid negara ni tau.)

Naik ’cruise’. Ni pun aku ’excited’ Hahaha. Tak pernah naik jugak. Hahaha. Jakun abih aku ni ngalahkan budak-budak. Aku kecewa sungguh la sebab tak belajar dengan pandai-pandai cara-cara menggunakan Wakchor (camera) aku ni. So, gambar yang aku ambil di atas kapal tu semua tak menjadi. Kalau ada pon, cuma nampak aku je. Ahahaha.

Acara seterusnya aku suka jugak. Dari Putrajaya, kami di bawa ke Stesen ERL Putrajaya. Rupanya, nak balik KL naik ERL. Waaaaaaaaaaaaaaaaahhh, sangat seronok lagi sebab aku tak pernah naik jugak. Hahahahahah. Jakun la cikgu Ross ni!!! Laju kan ERL ni. Aku kat dalam tak nampak apa pun kat luar. Laju sangat la tu. Ehehe. Lebih kurang 20 minit, kami sampai di KL Sentral di mana bas kami sudah menunggu. Kami balik ke hotel dan terus mengembara ke alam maya. Tidur la tu.

Hari Ketiga (22 Julai 2009)

Esoknya, bangun awal lagi tapi kali ni solat kat bilik je. Pukul 8 kami ke Dataran Merdeka lak. Lebih kurang sejam kot pusing-pusing kat situ, kami jalan kaki ke Stesen Putra LRT Masjid Jamek untuk ke KLCC. Kali ni, aku tak excited mana la sebab biasa naik. Ahahaha.

Kaki aku dah melecet masa ni. Untuk pengetahuan korang, aku langsung tak tahu apa/bagaimana program 1 Malaysia ni. Aku mati-mati ingat ianya adalah satu majlis formal. So, aku tak standby kasut, sandal tumit rendah. Semua yang tinggi aku bawak. Dan baju lak, semua baju kurung aku bawak. Nasib baik, sepanjang program, pakaian guru dan murid disediakan. Hahaha..

Sampai je KLCC, aku cuba curi peluang nak cari kasut atau sandal tapi masa sentiasa cemburukan aku. Aku langsung tak berpeluang masa tu. Kaki memang dah sakit sangat.

Acara apa lak kat KLCC? Haaaa.. Ini pun best sebab aku tak penah masuk jugak. Masuk Aquaria. Waaaaaaaaahh, sangat best masuk Aquaria. Maklumla free. Ehehe. Sapa yang mabuk laut aku rasa tak sesuai lama-lama kat situ. Ehehe.. Sangat best. Korang pon try la masuk sana. Tak rugi korang bayar RM38 untuk apa yang korang dapat tengok.

Haaaaaaaa.. lepas masuk Aquaria ni la aku dapat peluang curi keluar dari rombongan. Sebab masa ni masa makan tengahari dan solat zohor/asar (jamak takdim). Aku tipu kat urusetia yang aku sakit perut sangat-sangat dan terus bergegas masuk semua kedai kasut yang aku jumpa. Ingatkan sekali masuk kedai trus jumpa tapi takde jumpa yang betul-betul selesa. Akhirnya, aku jumpa jugak satu kedai yang jual kasut yang selesa. Everlast nama kedai itu. Masa tu ketua rombongan negeri Terengganu dah call banyak kali tanya aku di mana. Cuak dan aku sambar kasut depan mata, cuba pakai dan rasa selesa. Terus bayar dan terus pakai dan berlari naik ke Petrosains. (lari tu....pakai kasut katakan..)

Sampai kat pintu masuk Petrosains, aku kena perli macam-macam. Muahahaha. Maafin ye. Kaki aku sakit sangat. Terpaksa tipu sunat. Muahahahaha.. Bila dah sampai kat Petrosains baru perasan kasut yang aku baru beli tu tak cantik. Huhuhu.. Rugi sungguh!!

Masuk Petrosains best jugak sebab aku tak pernah masuk jugak. Ahahaha. Tak tau nak tulis apa pasal Petrosains ni. Korang masuk la sendiri. .Yang aku tahu sukarelawan kat situ cantik-cantik dan kacak-kacak belaka. Harap muda sangat je dari aku. Kalau tak, aku dah bagi nombor telefon. Ehehe. Tapi tragedi berlaku. Walaupun dah pakai kasut, kaki aku yang sudah lama kesakitan itu akhirnya kekejangan. MasyaAllah, sangat sakit. Huhuhu...Berlinangan air mata la jugak tahan sakit. ehehe

Malamnya, kami ke Planetarium Negara. Ni aku seronok jugak. Ahahaha. Ikut plan hari tu, kami berpeluang untuk melihat planet Zuhal tapi disebabkan cuaca tidak mengizinkan, planet Zuhal menyorok dari pandangan kami. Kecewa!!! Tapi pekerja kat situ ajak aku buat kerja keji iaitu skodeng. Dari Planetarium tu aku buleh nampak dengan jelas apa orang dalam hotel Hilton tu buat. Waaaaaaaaaahhh.. Sangat bahaya. Oleh itu, sila tutup langsir jika mahu tukar pakaian. Kejinya aku.. Muahahaha.. Plan lain di Planetarium berjalan seperti biasa. Rasa cam Dr SMS je masa duduk dalam tu. Muahaha..

Sampai hotel dalam pukul 11.30 malam. Jumpa Ex-officemate (VADS) dan kami ke Bangsar untuk makan Mc Donald. Pukul 1 pagi aku balik hotel dan trus gol. Penat sangat.

Tuesday, August 11, 2009

Program 1 Malaysia, Indahnya Bandarayaku-Kuala Lumpur (20-23 Julai 2009)

Hari Pertama (20 Julai 2009)

Takde apa nak cite kot sebab masa habis dalam bas je. Perjalanan dari Terengganu ke KL bukan dekat. Sebal je rasa sebab mabuk. Aku memang pantang kalau jalan jauh2 di siang hari. Memang akan mabuk. Kereta ke bas ke sama je. Sebab tu kalau jalan jauh2 aku suka kalau aku yang bawak. Sebab letih bawak kereta lagi best dari letih sebab loya/mabuk/pening. Kalau ada lesen bawak bas, dijamin, aku akan mintak izin drebar tu untuk bawak bas dia. Huhuhu

Sampai Hotel Plaza pukul 4.30petang. Aku sebilik dengan seorang cikgu cina. Mintak maaf kawan beragama Buddha, Hindu ataupun Kristian ku sekalian. Aku bukan ‘racist’ tapi bila bab macam ni aku lebih selesa dengan orang seagama. Yang aku risau pun terjadi, selamba je cikgu ni ke hulu ke hilir pakai kasut/selipar dalam bilik. Pastu kasut/selipar yang dia pakai tu bawak lak masuk tandas. Akibatnya? Tandas kotor dan bilik pon kotor la jugak. Tak tahu la samada dia tak tahu adab orang melayu atau pura-pura tak tahu. Woi, bukak la selipar ko tu. Kotor la woi. Aku solat dalam bilik ni woi. Tapi kata-kata kasar itu cuma keluar dalam hati. Aku bagitau dia elok-elok dan bercakap seperti seorang cikgu. Chewah. Dan cikgu tu faham dan tidak mengulangi perbuatan tersebut buat sementara waktu. Dan esoknya, dia buat lagi. Waaaaaaaaaaaaahh, kalau nak gaduh boleh je ni. Sabar Tina sabar.

Anak murid berbangsa cina datang ke bilik aku untuk berjumpa cikgu tu. Aku layan murid tu sama macam aku layan anak murid melayu tapi bila diorang masuk bilik aku pakai kasut pakai selipar, darah trus naik. Tak boleh lepas kat cikgu tu aku lepas kat budak-budak tu. Terdiam cikgu tu. Mungkin dia ingat aku marah dan sindir dia jugak. Dan akhirnya, dia reti bahasa dan tidak mengulangi perbuatannya itu. Baru dia tahu cikguRoss ni garang dan tak leh berkompromi dengan sikap yang macam tu.

p/s : Bersambung lagi...:))

Monday, August 10, 2009

Program 1 Malaysia, Indahnya Bandarayaku-Kuala Lumpur (20-23 Julai 2009)

PENGENALAN

Apa yang boleh aku kata? Sangat seronok walaupun pada mulanya aku tak nak pergi. (ala, aku tak nak pergi sebab ingat kena dengar taklimat/ceramah dan bukan program jalan-jalan). Tapi hakikatnya, sangat seronok. Kalau cikgu yang dah biasa dengan KL pun seronok apa lagi budak-budak ni. Yang memang tak pernah sampai KL walau sekali.

Ada yang tanya. Apa matlamat kerajaan nak habiskan duit untuk program macam ni? Aku cuma jawab. ’ nak bagi peluang kat murid-murid miskin yang berkemungkinan besar susah nak jejak kaki ke KL untuk mengenali Kuala Lumpur.’. Rata-rata yang tanya diam je lepas aku jawab camtu. Ini bukan pembaziran ye.

Murid-murid yang terpilih adalah dari golongan murid miskin, pedalaman dan tidak pernah keluar negeri. Yang mak dan ayah mereka pun tidak pernah kenal bumi KL. Memang murid-murid yang terpilih aku tengok ada la sedikit ’jakun’. Ops,...aku tak kutuk ye. Aku mengatakan yang benar. Ada salah sorang murid tu siap terpegun bila lihat bangunan-bangunan tinggi yang ada. "Tingginya bangunan cikguuuuu"..Pahang siap hantar anak-anak orang asli. Kesian aku tengok diorang. Susah nak bercakap dengan orang lain even kalau aku tegur pon diorang buat dek je. Makanan pon cikgu diorang tolong ambilkan. Ajar cara nak makan. Huhuhu.. Aku ada berborak dengan cikgu negeri Pahang tu dan dia bagitahu sehari sebelum datang KL, murid-murid orang asli itu diajar cara-cara untuk naik bas, untuk duduk dengan betul, macamana nak berkelakuan. Sampai macam tu sekali ke? Kesiannya….

Program ni semua negeri ambil bahagian tau. Bukan Terengganu sahaja. Yang menginap satu hotel dengan negeri Terengganu adalah dari Johor, NS dan Kedah. Lagi 2 hotel untuk selebih negeri yang tidak disebutkan termasuk Sabah dan Sarawak. Tak silap aku, jumlah keseluruhan murid-murid adalah seramai 800 orang lebih. Nisbah untuk cikgu lak adalah 9 murid : 1 guru. So, tak ramai sangat la cikgu. Hehehe

Hotel? Murid-murid ni tidur hotel? Waaaah, sangat mewah kan mereka. Aku pon terkejut sebab mulanya aku ingat aku dan mereka akan menginap di sekolah je. Huhuhu.

Pakaian mereka juga ditaja sepenuhnya. Baju, seluar, kasut, beg, topi, sweater, jaket...Banyak jugak la.. Dan cikgu mereka pon dapat gak la beberapa helai baju untuk dipakai sepanjang program ini berlangsung..ehehehe

Apa yang seronok sangat ni Cikgu Ross? Ehehe. Setakat KL tu kan. Kau dulu duduk KL berapa lama? Takkan ’excited’ jugak? Ehehe..



p/s : bersambung.....

Sunday, August 9, 2009

Mari Belajar Menaip

Hari ni aku bawak murid-murid aku masuk Bilik Akses untuk bermain menaip menggunakan MS Word. Dari kelas aku siap-siap tulis karangan pendek dan bagi seorang sehelai. Waaaaaaaaaahh, ingatkan senang la nak ajar diorang ni rupanya.......sikit-sikit 'cikguuuuuuuuuuuuu, mana huruf A kecik?'... pastu 'cikguuuuuuu, huruf r hilang? pastu lagi 'cikguuuuuuuu, kenapa keluar kotak-kotak ni?

Sakit kepala dan kering tekak aku. Akhirnya aku suruh diorang main game "Pinball". Muahahahaha..

p/s : Aku lapar nasi. Semalam tak makan nasi..ehehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails