..:: You Follow I, I Follow You

Mr & Mrs Chenchen

Daisypath Anniversary tickers

♥

Lilypie First Birthday tickers

Ya Allah, Kau Perelokkanlah Segala Perjalanan Hidup Kami

Friday, January 22, 2010

Stalker Gila

Aku tak pernah bagitahu ko aku ada blog apatah lagi nak suruh ko baca blog aku ni.. Ko jangan nak menyemak, buat-buat tahu dan concern dengan sibuk nak sms aku komen itu komen ini..

Aku dah menyampah dengan ko dan tak larat lagi nak layan kerenah ko yang memang sangat lah nampak kebudak-budakkan. Sudah-sudah la tu.. Takyah la ngaku ko kenal aku serba serbi walau pada hakikatnya aku sikit pun tak kenal ko.

Kepada Stalker gila, jangan sms aku jangan YM aku lagi dan jangan kotorkan blog aku ni.

Kalau tak, ko memang sengaja nak aku panggil ko................................................................................


p/s : Bila aku dah kata TIDAK, memang akan tidak sampai bila-bila. Syuh syuh syuh..Berambus!!!!!!!

Thursday, January 21, 2010

Pulau Redang Episod 1


Korang akan nampak papan tanda ni bila sampai je jeti Pulau Redang..


Minggu ni minggu pertama aku tak balik tanah besar disebabkan kena ganti sekolah Sabtu ni sempena Raya Cina. So, petang tadi aku dengan housemates aku ni pergi la jalan-jalan. Dengan apa? Haaaaa...Tengok la gambar di bawah ni..ehehe


 Jangan ingat CikRoss tak pandai naik motor tau. nampak je cam lembik..muahaha


Lepas tu, kami pusing-pusing la beberapa tempat kat sekitar Pulau Redang ni.. Minta maaf ye sayangku sekalian, aku tak turun kat gigi air sebab sekarang ni cuaca kat sini sangat la berangin dan air laut tak secantik mana. Lagi pulak, resort kat sini banyak tutup dan feri pun tak berjalan pada musim camni.  Tunggu bila musim angin ni berakhir, aku PASTI akan tunjukkan kat korang. Sabar ye...:))



Kebanyakan kambing kat sini rupa dia camni. ehehehe.. I like..:))

Aku rasa aku dah suka duduk sini. Cuma tak tahu la kan lama mana tahap kesukaan ni kan...ehehehe..Tapi yang pasti, buat masa ni aku tak akan minta untuk bertukar. Lain la kalau ditukarkan. Hehehe..Best wooo duk sini..Jom la datang sini..

Sesapa yang nak datang sini, sila bagitahu.. Aku buleh bawak korang jalan-jalan..:))

p/s : Kubahagiaaaa.. La la la la la

Tuesday, January 19, 2010

Mesti Korang Tertanya-tanya Kan?

Aku pun tertanya-tanya gak ni..
Nape yek aku tak cite sikit pon pasal kehidupan aku kat Pulau Redang ni?
Hehehe..

Alaaaa...Bukan tak nak cite. Banyak sangat nak cite. Tapi aku takleh nak cite lagi sebab aku tertinggal Wakchor kat kampung. So, aku takleh nak amik gambar dan upload kat sini..

Setakat cite takde bukti tak best jugak kan?

So, korang yang setia baca blog aku ni kena la tunggu.. Sabar ye sayangku sekalian.. hahahaha

p/s : Jumaat ni ada program sekolah yang sangat best. Tapi nampak gayanya, snap ngan camera handphone je la..Huhu..Sangat la tak syoknyaaaaaaaaaaaaa

Nak Mencantikkan Tapi....Siri 2

Haaaaa...cun lak aku rasa background aku kali ni kan..Cam cikguRoss lak rasa...ahahahahahahahaha

Incik Kimi, adakah kelihatan sampul/kotak hadiah lagi? ehehe..

Secara keseluruhannya, aku dah puas hati tapi ada satu benda ni yang aku cari dari minggu lepas tak jumpa2 iaitu 'reactions' kat bahagian comments tu.. Dulu aku letak lagi satu reaksi iaitu 'sad' tapi sekarang cam nampak tak nampak je.. Dan selama seminggu itu la juga aku mencari kat mana aku jumpa reaction tu dulu sebab aku rasa cam nak tambah lagi.. Aduh laaaa.. Lea, ko tahu kat mana tak?

Tapi aku rasa buat masa ni, aku nak stop dulu la mencantikkan blog aku ini. Sebab aku rasa yang ni memang dah sangat cute..Muahahaha (tak habis2 dengan perasaan dan syok sendirinya..muahahahah)


p/s : ChenChen..Gud Luck!!!

Monday, January 18, 2010

Nak Mencantikkan Tapi....

Hari ni aku rasa sangat bosan..
Bila bosan mula la ada je benda aku nak buat..

Malam ni, aku terjumpa satu blog yang penuh dengan blog backgrounds and its accessories.. So, mula la berangan nak mencantikkan blog perasan aku ni..

Tapi gitu la kan..Bila orang yang ilmu IT nya sangat la cetek, maka jadi la tak cantik dan sangat la tak user friendly-nya..

Aduh laaaa... Malas dah nak baiki..Esok lak aku try..Lama jugak la aku ngadap blog aku ni tapi hasilnya sangat la mem-frust-kan.. Hish..

Kalau korang tengok dah cantik dan rasa sudah mesra pengguna, bermakna aku sudah berjaya mencantikkan blog aku ni..Kalau masih sama dengan yang ni, maknanya aku masih terkial-kial mencantikkan blog ni..

Sekian, terima kasih

p/s : Blog tudung masih dalam proses..Muahaha..(sibuk betul cikross ni..hehehe)

Sunday, January 17, 2010

Thursday, January 14, 2010

Oh Terkejutnya...

Sampai je rumah semalam, mak bagitahu ada orang merisik aku..

Waaaahhh...jatuh jantung aku kejab sebab terkejut. Reaksi aku? Gelak gelak gelak dan gelak..

Cam lawak je kan kalau akhirnya aku kahwin dengan lelaki pilihan keluarga aku.. atau lebih tepat pilihan mak aku.. Dan, jarak rumah kami tak sampai 2km. Dekat kan? Cam tak best je dekat sangat. Tak merasa la aku nak gaduh time nak balik raya...Huhuhu

Nada mak tadi macam paksa je suruh aku kahwin ngan anak kawan dia tu. Huhu..Tapi aku tahu mak aku. Mak takkan sekali-kali paksa aku dengan sesapa yang aku tak suka. Cuma mak bagi warning je la tadi. Nak aku kahwin sebelum 30. Kalau tak, aku akan dipaksa berkahwin dengan lelaki pilihan dia nanti. Aduuuuuuuhhh.. Ada sesapa yang kenal aku dan aku kenal dia yang nak ajak aku kahwin tak?Huhuhu..

Mak lelaki itu dan mak aku adalah kawan satu tempat mengaji. Masa tu la kot mereka bercakap pasal anak masing-masing. Dan kebetulan pulak, aku dan mak saudara lelaki itu memang dah kenal lama sebab kami pernah berurusan atas dasar bisnes.

Buat masa ni, aku minta mak bagi aku masa untuk fikir dan peluang untuk kami kenal dulu. Mana la tahu kan. Tiba-tiba dia tu ada perangai pelik yang boleh buat aku bosan cepat. Dan aku ada perangai ganjil yang buat dia rasa takut. Mana la tahu kan...hahahahaha

Lelaki itu? Ntah..aku tak kenal pun. Dan dia pun aku rasa tak kenal aku.. Esok mak nak bagi nombor fon aku pada mak lelaki itu dan aku kena tunggu la lelaki itu punya langkah seterusnya. Alahai, berdebar la pulok..Muahahahahahaha


p/s : Aku tetap suka pada orang dalam post di bawah ini. Alaaaaaaaaaaaaaaa....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails