..:: You Follow I, I Follow You

Mr & Mrs Chenchen

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Ya Allah, Kau Perelokkanlah Segala Perjalanan Hidup Kami

Sunday, July 10, 2011

Alahai Pengguna Jalanraya....

Saya keluar rumah seawal 630am. Jalan pun masih gelap.. Sepanjang seminggu sekolah ni saya rasa macam2 dugaan ketika memandu dan hati ni selalu je menyumpah2.. Tension kadang2 bawak keta bila cuma kita yang hati2 cuma kita yang berhemah sedangkan orang lain pentingkan diri sendiri..

Kejadian bebaru ni betul2 buat jantung saya jatuh. Saya cuba memotong sebuah motorsikal dan saya tak perasan ada sebuah kereta Myvi di laluan bertentangan.Ya Allah, memang berdebar gila masa tu. Nasib baik boleh mengelak. Budus je driver tu.. dah tahu jalan gelap, pasang lah lampu.. Habis ke minyak keta ko kalu tak pasang lampu?? Selalu tau saya jumpa golongan yang camni.. Nak kata terlupa takkan la kot sebab jalan kan gelap.. Hish..memang tut tut tut tut laaaaa....

Lagi, saya tunjuk penumbuk kat seorang pemandu lelaki yang bawak Spectra. Ni sebenarnya tindakan luar kawal..Hahaha.. Bila dah terkejut tu saya tertunjuk penumbuk lak.. IncikSuami kata mujur saya tak tunjuk isyarat F.. (Hish...Saya tak penah guna isyarat tu ok!!!!)..Kisahnya, driver tu cuba nak potong kereta saya ketika saya berada di lorong kanan dan kebetulan lorong belah kiri pon ada kereta. Jalan lak memang ada 2 lane je. Bayangkan la camne dia cuba memotong. Dia nyaris langgar kereta saya dan kereta di sebelah saya.. Oh ya, lupa.. Saya perlahankan kereta sebab ada sebuah kereta depan saya bagi signal nak masuk kanan. Sebab tu saya perlahankan kenderaan saya. Saya bukan jenis suka bersiar2 di lorong kanan ok.. Paham tak yang saya cite ni? Hahaha....

Semalam, IncikSuami bagitahu dia hampir langgar seorang mat rempit yang langgar lampu merah.. Mujur jugak IncikSuami boleh mengelak. Memang menyusahkan orang la mat rempit tu. Kalau rasa nak mati sangat jangan la libatkan nyawa orang lain. Tu tak kira lagi bila hari Jumaat petang. MasyaAllah, kadang2 sangat takut dengan diorang. Kita pulak yang kena bagi jalan kat diorang. Kita lak terpaksa kena berhenti bila lampu isyarat bertukar hijau gara2 diorang terlalu ramai dan langgar lampu isyarat merah. Agaknya mat rempit ni suka sangat kena sumpah seranah kot...Agaknya diorang fikir kalau diorang accident pecah kepala patah tengkuk diorang takkan mati kot. Entah la..

Pagi tadi.. Saya tak mengalami sesuatu yang mendebarkan pun cuma geram lagi hairan dengan orang2 begini. Ada seorang pakcik cuba melintas jalan di jalan yang agak boleh tahan kereta2 dipandu laju. Dah melintas tu boleh pulak dia berenti kat tengah2 jalan sebab ada kereta di sebelah jalan satu lagi tu..Bayangkan lah kalau ada kereta yang tak nampak pakcik tu berdiri kat tengah2 tu.. Memang arwah la.. Teringat jiran saya dulu.. Macam ni la kesnya.. Berdiri di tengah2 jalan lepas tu kena langgar ngan mat rempit.. Jiran saya meninggal di tempat kejadian..

Banyak lagi kes macam lori penuh muatan bawak laju macam bawak Ferrari pastu siap hon kat kenderaan lain terutama motorsikal (maunya penunggang motor tu ada sakit jantung pastu terkejut camne?), budak2 sekolah yang bawak motor sesuka hati, siap boleh bergelak ketawa sambil bawak motor..Dah la beriringan sampai penuh jalan.. Kalau lah saya ini bukan seorang yang penyabar.. Memang kena jerkoh jugak budak2 ni..

Itu je nasihat khidmat masyarakat dari saya.. Muahahaha

p/s : Saya pemandu berhemah..Cuma suka bawak laju2 je..Yang lain saya patuh undang2 tau...Hikhikhik

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails