Ni kat pantai chendering je. Sehari pas majlis kami datang sini balik..
Dating yang pertama lepas kawen adalah pergi melawat ofis Incik Suami buat pertama kalinya. Tgk kerja2 yang selalu dia cite selama ini dan saya rasa sangat bangga dengan kebolehan suami saya ini. Ops..saya bukan puji sebab dia suami saya. hehehe...Saya puji sebab dia memang layak dipuji. Syabas Incik Suami..:))
Bukan mempoyokan diri tp mmg kena pakai benda alah tu..
Perlukan seorang microbiologist tak kat sini wahai Incik Suami?huhuhu
Pastu kami gi dating kat Rantau Panjang lak. Harap kocek makin menipis isinya je. Kalau tak, memang macam banyak je nak borong. Masa tengah makan2 ternampak seorang gadis di meja sebelah menunjukkan belt yang dibelinya kepada kawannya. Saya sangat suka itu tali pinggang. Puas saya cari tapi tak jumpa. Nyesal tak tanya mana dia beli..huhuhu...Pastu menghala balik, kami singgah kat masjid beijing (betul ke nama masjid tu masjid beijing?kami reka2 je...eheheh) untuk solat dan sesi fotografi. Maaf, gambar tersebut tiada dalam Mubarak. Ada dalam laptop Incik Suami..huhuhu..Nanti saya upload k..
Walaupun saya suka pim tapi saya tak suka kenderaan saya berwarna pim..huhu
Pastu, kami menghala ke Genting Highlands. Cadang nak tidur sana tapi biasa la. Cuti sekolah pastu tak booking memang tersengih je la jawabnya. Last2 tidur umah abang kat Kajang. Free..hik hik hik...Kadang2 fikir tak best jadi cikgu sebab time cikgu cuti je mesti apa2 jadi mahal. Hotel mahal, apa2 je la mahal...Nyampah...(tapi saya suka jadi cikgu...hehehe).. Kat Genting saya cuma naik 2 games dan Incik Suami naik 3 games. Semua yang kami naik adalah yang sangat kecutkan perut. Tobat..Buat masa ni saya tak nak main lagi....Gambar masa masa naik semua yg kecut perut tu tak sempat nak amik. Baru nak snap trus mende tu gerak. Kecewaaaaaaaa....
Pastu keesokkan harinya kami straight ke Tanjung Pengelih, Johor untuk menghadiri Majlis Tamat Latihan Perajurit Muda. (adik saya jadi Navy..)..Hari tu jugak ada Hari Terbuka TLDM dan pihak TLDM bagi kitorang masuk sebuah kapal milik TLDM bernama KD Terengganu. Banyak gambar amik tapi malas nak tepek sini banyak2..hehehe
Pas masuk..
Saya menahan malu yg amat sgt ketika amik gamba ini. Ramai yang tgk sbb menunggu turn utk bergambar di situ
Pastu keesokkan harinya kami straight ke Tanjung Pengelih, Johor untuk menghadiri Majlis Tamat Latihan Perajurit Muda. (adik saya jadi Navy..)..Hari tu jugak ada Hari Terbuka TLDM dan pihak TLDM bagi kitorang masuk sebuah kapal milik TLDM bernama KD Terengganu. Banyak gambar amik tapi malas nak tepek sini banyak2..hehehe
Adik saya yg kawad depan sekali ni..
Saya memang tak reti nak posing tegak2..huhuhu
Konon2 titanic la ni..muahahaha
Incik Suami sudah gumuk..hik hik..i like!!!!
Aktiviti jalan2 dan dating2 selepas kawen episod 1 tamat. Episod 2 yang lebih tepat digelar 'betul2 punya honeymoon' akan menyusul cuti sekolah akan datang..Ke mana? Ntah..Kami pon masih tak tahu mana kami nak pergi.. Hahaha
p/s : Tak baik buat2 sakit kalau tak sakit tau lebih2 penyakit yg datang dr nyamuk tu..Nanti Allah bg sakit tu betul2 baru kamu tahu..Oleh itu, kamu jangan gedik2 k..hehehe