Korang akan nampak papan tanda ni bila sampai je jeti Pulau Redang..
Minggu ni minggu pertama aku tak balik tanah besar disebabkan kena ganti sekolah Sabtu ni sempena Raya Cina. So, petang tadi aku dengan housemates aku ni pergi la jalan-jalan. Dengan apa? Haaaaa...Tengok la gambar di bawah ni..ehehe
Jangan ingat CikRoss tak pandai naik motor tau. nampak je cam lembik..muahaha
Lepas tu, kami pusing-pusing la beberapa tempat kat sekitar Pulau Redang ni.. Minta maaf ye sayangku sekalian, aku tak turun kat gigi air sebab sekarang ni cuaca kat sini sangat la berangin dan air laut tak secantik mana. Lagi pulak, resort kat sini banyak tutup dan feri pun tak berjalan pada musim camni. Tunggu bila musim angin ni berakhir, aku PASTI akan tunjukkan kat korang. Sabar ye...:))
Kebanyakan kambing kat sini rupa dia camni. ehehehe.. I like..:))
Aku rasa aku dah suka duduk sini. Cuma tak tahu la kan lama mana tahap kesukaan ni kan...ehehehe..Tapi yang pasti, buat masa ni aku tak akan minta untuk bertukar. Lain la kalau ditukarkan. Hehehe..Best wooo duk sini..Jom la datang sini..
Sesapa yang nak datang sini, sila bagitahu.. Aku buleh bawak korang jalan-jalan..:))
p/s : Kubahagiaaaa.. La la la la la