Saya dah tahu kenapa jerawat batu itu tumbuh dengan banyaknya.. Selain perubahan hormon, faktor minum susu adalah penyebabnya jugak. Saya alergik susu rupanya. Saya pernah terbaca dalam Mingguan Wanita dulu dan tanya Incik Google pasal susu penyebab jerawat batu. Rupanya, saya salah seorang yang "bernasib baik".. Huhuhu...Sejak saya tahu, saya memang tak minum dah Anmum. Dan, jerawat batu tak tumbuh merata2 lagi di muka saya. Tapi akibat dari itu, tiap2 subuh kaki saya akan cramp (sakit gila woooo). IncikSuami tak sanggup nak tengok saya menderita kesakitan (chewah!!), lalu dia belikan saya susu kambing sebagai kalsium alternatif. Ya Allah, rasa dia.. Sangat pelik dan berair2 mata nak habiskan satu mug. Setakat ni jerawat tak tumbuh lagi la.. Mintak2 la OK sebab tak lalu dah nak telan air soya. Amin...
Nafsu makan.. Hahahahahahahaha..Gelak dulu sebelum tulis.. Mak tak kasi saya tengok program masakan sebab dia tahu kalau saya nampak je mesti saya nak makan. Pendek kata, saya memang tak boleh tengok gambar makanan. Habis saya nak. Tu tak tengok saya membeli belah time gi pasar malam. Hehehehehe...Kalau tengok pada cara makan macam tak caya baru naik 8 kg sejak ngandung. Berat saya hari ni 60kg. Sebelum jadi bini IncikSuami 52kg. Tak nampak sangat kot perubahan saiz CUMA muka saya sangat tembam. Hahaha.. Tiap kali duduk depan cermin mesti nak gelak2 nak senyum2 sebab macam tak percaya orang di dalam cermin tu adalah saya. Gumoksssnya pipi gue..
Tidur...ni pon masalah jugak ni.. Kalau dulu, saya agak jarang tidur siang. Tetapi, skang ni tidur siang dah jadi aktiviti wajib. Balik sekolah perkara pertama dalam kepala adalah tidur. Kemudian, baru makan. Mana la tak tembam pipi saya ni kan..Hehehehe...
Kelengkapan baby dah setel. Setakat ni cuma set bersalin dan barang keperluan saya tak beli lagi. Cadang nak pakai Sendayu Tinggi dan tadi gi la survey harga.. Telan air lior jab bila tengok.. RM4** jugak termasuk bengkong. Nak balik umah termenung dulu la..Hehehe....
Minyak selusuh pon mak dah sediakan satu botol. Kena minum 1 sudu kecik sehari dan sapu kat bawah perut bila kandungan masuk 9 bulan. Apa tu minyak selusuh? Sebenarnya, minyak selusuh ni minyak kelapa je yang telah dibacakan ayat2 suci al-Quran untuk memudahkan proses bersalin. InsyaAllah, dengan izinNya. Macam mana la ek nak minum minyak.. Mesti berair2 lagi mata saya nak menelannya. Lagi sebulan nak tak nak saya kena telan jugak. Huhuhu
Dekat2 nak bersalin ni ramai yang suruh saya minum air kelapa kalau nak anak lahir nanti bersih. 3 minggu lepas IncikSuami dah belikan 2 biji dan itulah kali terakhir saya minum air kelapa. Sedap pulok ek air kelapa..Petang ni paksa IncikSuami gi cari la...hehehe
Untuk makluman, saya dah makan semua makanan yang saya takut nak makan dulu. Saya dah minum air tebu sesuka hati, saya makan 10 biji mempelam
Ok la..tu je kot..
p/s : Dag dig dug..di dalam dada...Jantung berdebar aduh indahnya amboi...ehehehe
5 comments:
RM4 ratus lebih je pon set bersalin tu...i da bg duitkn,so x payah nk telan air lior k...
telan jugok la IncikSuami weh...
moga selamat semuanya...
siap la die pahni.kalo x mkn i suap ikot idong..beli mahal2 tp kalo xmkn x dok guna jgk...
marinahunny : insyaallah n mekasih..:)
inciksuami : baiklah incik..utk cantik n kembali langsing..pasti saya akan makan..
Post a Comment