Hari ni aku masak nasi ayam..First trial.. Nasib baik menjadi dan bagi aku agak sedap la jugak..Muahahaha (Perasan je aku ni..).. Tahu sedap bila Incik Chenchen siap makan 2 pinggan. Adik aku 3 kali makan.. Mesti la sedap kan gitu.. Sorry la, gambar takde sebab aku rasa cam poyo je nak tunjuk kat semua hasil masakan aku yang tak seberapa tu..ehehehe
Sebenarnya, aku tak nak cite pasal nasi ayam aku tu..Aku nak cite pasal kisah sebalik makan nasi ayam bersama Incik Chenchen..Syok2 kitorang santap, mak Incik Chenchen call. Nak jumpa Incik Chenchen sebab nak ambil tudung yang aku jual tu la..Disebabkan tengah makan, Incik Chenchen suruh mak dia datang umah aku je.
Oh ya, Incik Chenchen dah pindah umah..Dekat je umah sewa dia ngan umah aku skang..Hehehehe
Maka terjadi lah episod jalan tak rasa pijak tanah..Hehehe..
Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhh...sangat mendebarkan sebab pertemuan ini adalah pertemuan yang tidak dirancang. Dan aku tiba-tiba rasa sangat berdebar sampaikan air sirap bandung yang aku bancuh pun aku rasa dekat 10 kali sebab takut rasa air oren..Huhuhu..
Mak Incik Chenchen lak mata dia memang sentiasa kat aku. Aduhhh, gabra gila.. Tersekat2 air liur nak bercakap. Yang aku mampu buat masa tu adalah SENYUM sahaja...ehehehe..Kontrol ayu je masa tu..hehehehe..Nasib baik mak dan ayah aku ada. Diorang la yang pandai melayan family Incik Chenchen masa tu. Kalau nak harapkan aku, memang dah takleh nak bercakap pun..ehehehe...Errrr..ni bukan majlis merisik or pertunangan ye.. Jangan salah paham lak...
Balik je family Incik Chenchen dan Incik Chenchen, Incik Chenchen terus sms..'Macamana? Berdebar lagi tak?'...Hehehehe... Tanya lak soalan tu.. Trus aku ajak Incik Chenchen kuar dan lepak minum kat satu bistro area Batu Buruk..Pekena buah berangan (
Incik Chenchen kata buah ni pelik..sampai ke sudah dia tak nak makan..puas aku goda tapi dia tetap tak nak jamah..eheheh), potato wedges dan segelas air mangga untuk aku dan air bandung laici untuk Incik Chenchen.
p/s : Siapakah Incik Chenchen itu dengan aku? Nanti korang akan tahu..:)