..:: You Follow I, I Follow You

Mr & Mrs Chenchen

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Ya Allah, Kau Perelokkanlah Segala Perjalanan Hidup Kami

Thursday, November 12, 2009

Duit duit duit

Bulan ni bulan paling sengsara bagi kakitangan kerajaan kot..
Ari tu dapat gaji pada 10 Oktober 2009 (betulkan kalau salah..tak ingat!!!) untuk bulan Oktober dan untuk bulan November ni aku dengar akan dapat pada 23 November ni.. Bayangkan lah...betapa sengsaranya aku...ehehehe


3 minggu lepas, dalam purse cuma tinggal note 50 dua keping dan dalam bank gaji cuma tinggal rm79 sahaja... Sedangkan masih banyak hari lagi kena tunggu untuk gaji seterusnya..waaaaaaaaaaahhh..masa tu cuma ingat Maggi Maggi sahaja...ehehehe


Tapi kan..duit tu datang bergolek lak secara tiba-tiba......


1. TM hantar cek bernilai RM65 sebab terlebih bayar untuk akaun streamyx..

2. Duit tabung kelas aku yang aku turut sama menabung (RM1 je) dengan anak-anak murid aku tiap-tiap hari sejak awal persekolahan terkumpul sebanyak RM200+.. (ni bukan duit budak tau..ni duit aku!!!jangan salah paham lak..)

3. Bisnes berjalan dengan sangat baik sekali.. Menyesal tak start seawal kakak-kakakku yang lain.. Masyuuuuukkk!!!.. Sapa-sapa nak beli tudung yang cantik lagi menawan di sini? Ermmm..post akan datang aku upload gambar tudung-tudung anggun lagi menawan itu...


Kesimpulannya,

1. jangan bayar bil cukup-cukup je. Tak rugi pun bayar lebih dari jumlah sebenarnya.
2. menabung amalan yang sangat membahagiakan..(korang akan rasa nikmatnya bila kocek korang kering-sekeringnya)
3. bisnes bisnes bisnes..muahahahaha

2 comments:

Lea Dzahir said...

tina ,mu jual tudung ape? x cakap kat aku pun.. hehe.. apa byk ngat duit guna tu? :) jgn risau dgn rezeki tu.. kita slalu x sedar dpt rezeki tanpa disangka2.. yg penting kna la sentiasa ingat padaNya. :)

Ross Tina Abdullah said...

ahaha..gaji bulan lepas aku cover untuk raya la. ms raya tu byk sgt guna duit. anak sedara masing-masing mintak note warna merah..anak sedara aku kan ada dekat 20 orang.. tu tak kira adik-adik n anak sepupu..sendiri mau igt la kalau 'sedekah' terlebih..ahahaha

tudung? ala....cam tudung ekin tu..yg banyak org jual tu la...main2 je asalnya tapi akhirnya menjadi serius menjual..ahahaha..nanti aku post kat sini..ehehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails