..:: You Follow I, I Follow You

Mr & Mrs Chenchen

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Ya Allah, Kau Perelokkanlah Segala Perjalanan Hidup Kami

Tuesday, December 13, 2011

Semoga 2012 Merupakan Tahun Yang Gemilang Buat Kami

Cerita 2011...

Januari 2011 - Saya kembali berkhidmat di daratan setelah setahun di Pulau Redang. Syukur Alhamduillah.. Lebih mudah bersama IncikSuami di saat mengandung..

April 2011 - Zahrin Nur Iman dilahirkan.. Penuh warna warni hidup kami sejak kehadirannya..

Mei 2011 - Drama Queen muncul kembali dengan cubaan berani untuk mengkucar kacirkan hubungan kami.. Alhamdulillah sebab ia sikit pun tidak menjejaskan kami dan alhamdulillah juga, Drama Queen itu mungkin telah sedar diri dengan senyap sehingga kini.. Semoga beliau telah menemui kebahagiaan..

Jun 2011 - Kami menyambut ulangtahun pertama perkahwinan kami. Tak pergi jauh pun, cuma ke Kuantan untuk menghabiskan masa bersama kerana saya masih tidak begitu cergas ketika itu lantaran luka caeser masih belum sembuh sepenuhnya..Iman? Nasib baik ada kakak yang memang sentiasa berbesar hati untuk menjaga Iman..

Ogos 2011 - IncikSuami dilanda resah akan status pekerjaannya. Gossip mengatakan segala yang telah diusahakannya selama ini bakal berkubur. Kami berharap semua itu hanya khabar angin..

September 2011 - Alhamdulillah.. Setelah resah gelisah, kami mendapat berita baik.. IncikSuami mendapat satu panggilan temuduga untuk satu jawatan di dalam kerajaan.. Walaupun hanya temuduga, sudah cukup memberi sinar pada kami..

Oktober 2011 - Gossip yang selama ini liar tersebar akhirnya menjadi kenyataan.. Apa yang IncikSuami usahakan selama ini berkubur jua.. Saya tahu IncikSuami amat kecewa.. Tetapi keruh di wajah IncikSuami tidak lama kerana selang beberapa hari, kami mendapat berita yang amat baik.. Allah Maha Pengasih dan Penyayang.. IncikSuami berjaya dalam temuduganya.. Alhamdulillah..

Disember 2011 - Kami bahagia... hik hik hik...


p/s : Seriusnya saya menulis kali ni..hihihi..

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails