..:: You Follow I, I Follow You

Mr & Mrs Chenchen

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Ya Allah, Kau Perelokkanlah Segala Perjalanan Hidup Kami

Monday, August 16, 2010

Temujanjanji Pertama (10 Ogos 2010)

Lepas buat UPT hari tu saya masih lagi tak jumpa mana-mana doktor untuk sahkan kandungan saya. IncikSuami ajak banyakali tapi saya tak nak. Ntah lah, saya macam takut dan malu lak..Muahahaha..

Akhirnya, Fatma yg juga cikgu kat sini yang mengandung jugak ajak saya pergi Klinik Kesihatan Pulau Redang Selasa baru ni sebab kebetulan hari tu doktor datang dan boleh buat kad mengandung sekali.. Tetapi atas sebab tertentu Fatma tak boleh nak join saya pagi tu.. Ya Allah, saya sangat nervous, takut dan malu paling banyak sekali bila sampai je klinik tu..(pergi sorang2 tau..bawak motor kapcai..hehehe).. Tak tahu kenapa jadi malu sampai macam tu sekali. Ada ustazah kat sini sound saya sebab saya bagitahu saya malu nak gi klinik..Dia kata...

"Buat apa nak malu2..Bukannya ko ngandung anak takde ayah..Orang lain malu sebab tak kahwin tak apa tiba2 buncit. "
Hehehe...Tergelak saya bila ustazah tu cakap camtu.. Tapi ia tetap takleh nak hilangkan malu saya..

Ok2..Berbalik pada peristiwa di klinik tu. Dengan keadaan malu (istilah tepat dialek terengganu ialah 'kelong'), saya bagi IC saya kat kaunter pendaftaran. Terus kena sound dengan nurse..

Nurse tak friendly : Mana sijil nikah? IC suami mana?(nada yang sangat tidak friendly)
Saya : Erkk...kena bawak sijil nikah ke?
Nurse tak friendly : Ye la..Kalau tak mana kita nak tahu awak dah nikah ke belum..Sekarang ni banyak sangat kes anak luar nikah..(masa cakap ni dia langsung tak tengok muka saya)
Saya : Saya tak tahu kena bawak. Orang kata bawak IC pon cukup la. Saya mana tahu kena bawak.(saya masih boleh bertenang..kalau anak luar nikah takde aku berani nak gi klinik kerajaan..budu* punya nurse..)
Nurse tak friendly : Kalau gitu susah la nak buat kad mengandung awak..(nada tak friendly lagi)
Saya : Surat nikah ada ngan suami saya kat tanah besar. Memang takde ngan saya..(sabar CikRoss sabar..masih lembut bercakap)
Nurse tak friendly : Susah la gini..(nada ala2 nak marah dan tak nak kasi saya buat kad)
Saya : Dah tu? Takleh buat kad ngandung la hari ni? (nada saya dah naik sikit)
Nurse tak friendly : Takpe la.. Nak buat camne...(terus dia ambik IC saya)

Untuk pengetahuan semua, nurse ni tahu saya sudah berkahwin dan kad jemputan saya edarkan sekeping untuk dia. Dah memang jenis tak friendly, tak pandai nak bercakap elok2 manis2 ngan orang.. Bukan saya je kena.. Ramai jugak yang kena marah2.. Saya dia tak berani nak marah sangat sebab dia tahu saya CIKGU.

Allah Maha Adil. Allah bayar cash atas apa yang dia cakap kat saya tadi(mana boleh aniaya ibu mengandung..chewah..heheh). Dia kena marah kaw-kaw dengan doktor. Saya tak tahu pasal apa tapi memang dia kena marah kaw-kaw la.. Merah gak muka nurse tak friendly tu sebab kena tengking depan orang2 kampung dan seorang cikgu. Padan muka kau..

Dah, habis cite pasal nurse tak friendly ni.. Dalam setengah jam menunggu (biasa la, klinik kerajaan), nama saya dipanggil oleh nurse lain..Haaaaa, yang ni memang sangat friendly.. Saya sangat suka. Nurse friendly ni la yang buat kad mengandung saya, ambik sample darah saya, buat UPT dan kira usia kandungan saya. Sangat seronok sebab nurse ni share macam2 cerita dengan saya. Saya yang takut dan malu dah tak rasa dah perasaan tu. Teruja lak nak tengok baby sendiri.

Nurse friendly : Cikgu punya last period pada 28 June 2010. Jadi cikgu punya due pada 04 April 2011. 
Saya : Waaaaaaaaaaaaahhhh...birthdate dekat2 dengan mak dia...(pura2 excited...saya dah tahu sebenarnya sebab sebelum tu saya dah kira sendiri..hehehe)
Nurse friendly : Jadi, usia kandungan cikgu dah masuk 6 minggu..
Saya : (saya senyum je sampai ke telinga)
Nurse friendly : Cikgu keluar dulu dan tunggu doktor panggil untuk pemeriksaan..
Saya : OK..



Hampir setengah jam, doktor panggil nama saya. Masa tu berdebar tak yah cakap la.. Doktor mula melakukan pemeriksaan dan yang paling buat dada saya tersekat2 bila doktor scan perut saya dan saya nampak ada sesuatu yang sangat kecil saiznya dalam perut saya. Memang sebak sangat2. Masa ni baru saya terfikir, nyesalnya tak bawak Incik Suami sekali. Kalau tak, dia boleh tengok sekali anugerah Allah ni..Nanti next check up kita gi sesama ye sayang..


Doktor : Cikgu kahwin bila?
Saya : 6 June hari tu..hehehe (saya memang sebut 'hehehe' tau)
Doktor : Waaaahh, bunting pelamin la ni ye?
Saya : Lepas kahwin, period ada datang sekali...maknanya bukan bunting pelamin la kan doktor..
Doktor : Alaaaahhh, kira ye la tu...hahahaha..

Doktor ni sangat baik jugak. Banyak nasihat dan panduan diberi. Saya asyik gelak je sepanjang pertemuan tu. Saya dibekalkan dengan folic acid dan garam beriodin. Garam tu guna sama macam garam yang biasa kita gunakan. Cuma lebih bagus untuk kesihatan.

Next appointment pada 7 September 2010. Tak sabar nak pergi dan tengok anak kami lagi...Kali ni, IncikSuami wajib pergi. Dia kena tengok anak dia ni.. Lambatnya bulan September...

p/s : Nurse tak friendly adalah nurse biasa. Nurse friendly adalah ketua jururawat. Yang bawah2 ni mmg selalunya camtu.. Yang ada pangkat takde pulak nak menyombong dan sarcastic bagai...

4 comments:

marinahunny said...

tuhan bayar cash kan..hehehe

Ross Tina Abdullah said...

hehe..btul2..sapa suruh cakap macam2 kat ibu ngandung...

Im - mamababahworld said...

laser je kan balik..tp time peknen hati2 bawak mulut

next time mintak gambar scan..

Ross Tina Abdullah said...

aku malas nak laser balik sbb aku masih jaga status aku sebagai cikgu..hehehe..malu la wei kat org kmpung...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails