..:: You Follow I, I Follow You

Mr & Mrs Chenchen

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Ya Allah, Kau Perelokkanlah Segala Perjalanan Hidup Kami

Wednesday, May 2, 2012

Kain Belah Nampak Kudis

Err..Aci tak saya nak ungkit sikit kisah 2 tahun lepas? Hehehe

Saya dah lama nak jumpa minah ni. Nak tengok cantik sangat ke dia kat luar (tgk gambar je sblm ni). Gadis ni pernah mencetus kontroversi masa zaman saya baru bertunang dulu.. Dia penah cakap saya ni tak lawa dan dia ni lagi lawa dari saya. Hihihi.. Nak tergelak dah ni..

Ok.. Cuti hari pekerja ari tu hajat saya dimakbulkan. Bertembung saya dengan minah ni di satu tempat. Minah ni nampak saya terus tunduk dan nampak tak tentu arah. Saya dah nak tergelak dah. Saya tengok dia atas bawah dengan senyum sinis tapi minah ni tunduk tak angkat2 kepala dia.

Sampai rumah saya terus buka FB dan cari dia. Memang tak salah. Memang dia lah orangnya tadi..

Gadis, lainkali kalau nak pakai kain belah paras lutut pastikan betis takde kudis/parut ok. Buat malu je.. Hihihi.. Lagi satu, kamu tidaklah cantik sangat pun kalau nak banding dengan riaknya kamu pada saya dulu..

p/s : Jangan riak sangat walaupun kita perasan kita cantik. Perasan sorang2 depan cermin sudah..:)

Tuesday, April 3, 2012

2 April Datang Lagi.. Ho yeah!!!

Semalam, 2 April.. Saya sangat suka sebab kalau tiba tarikh ini  saya akan cool lagi senyum sepanjang hari. Hehehe

Awal pagi lagi IncikSuami call bagitahu yang dia mahu ke sekolah saya untuk pinjam laptop. Laptop tu ada dalam bonet katanya. Pelik jugak sebab IncikSuami sendiri dah ada laptop. Malas nak tanya panjang2 terus saya jawab OK.

Saya terus bergegas ke tempat parking dan apabila bonet kereta dibuka..

Jeng jeng jeng jeng…. Hehe. Kasik suspen sikit..

Korang tengok tak cite Nora Elena yang Aaron Aziz letak bunga dalam bonet nak surprisekan si Nora tu.. Hahahaha.. Itu lah yang IncikSuami buat. Memang terkejut sampai menitik air mata.. Ouch!! Perempuan kan. Sikit2 nak nangis.. Sikit2 nak terharu.. Hahaha..



Kesimpulannya, memang Aaron Aziz la suami saya tu.. Hahahah (dia suka ngaku dia cam Aaron Aziz)

Bunga tu saya bawak masuk dalam kelas. Dah nama budak pra. Laju je tanya macam2. Last2 saya bagitahu semalam hari jadi saya.

Dan hari ni,  2 orang anak murid datang kat meja saya dan hulur hadiah.. Waaaaaaaaaaaaaahhhhh.. Terharu lagi. Terasa sungguh dihargai dan disayangi (walaupun garang..hihi)]




Kesimpulannya, saya suka 2 April.. J

Sunday, January 29, 2012

Kisah Prasekolah

Minggu lepas, saya buat saringan bacaan murid. Saya panggil murid tahun lepas yang masih kekal dalam kelas saya. Nama dia S.. Nak dijadikan cerita, S tak boleh.. Diulang TAK BOLEH membaca petikan sukukata mudah padahal saya tahu S memang sudah lancar kalau setakat sukukata mudah gitu. Saya frust saya terus marah S..

CikguRoss : Nape ngan S ni? Tahun lepas S lancar dah mukasurat ni. Apa S buat masa cuti? Baca dok buku cikgu bagi?
S : (senyap membisu tapi mengangguk kepala)
CikguRoss : Habis tu nape tak leh baca sekarang?
S : (senyap)
CikguRoss : (sambil gosok2 belakang dan kepala S). Tahu kenapa cikgu marah S?
S : (geleng kepala)
CikguRoss : cikgu nak S pandai. Sebab cikgu sayang S.  Dalam ramai2, S cikgu paling sayang sekali. Syhhhh, jangan bagitau orang cikgu sayang S. Nanti diorang jeles.. Dah, baca balik. Cikgu nak dengar sekali lagi.
S : baaaaaaaaju..saaaaaaaaaayaa biruuuuu.. (tersekat2 suara dia)

Ya Allah, masa tu saya sebak sangat. Kesiannya S. Saya tahu dia menangis sebab saya cakap saya sayang dia. Terus saya suruh dia berhenti membaca. Saya takut saya pulak yang menangis.. Huhuhu..

Dan hari ni, sekali lagi saya panggil S. S baca dengan lancar dan yakin tapi sesuatu mengganggu hidung saya.

CikguRoss : S mandi dok hari ni?
S : (senyum dan menggeleng kepala)
CikguRoss : Haishhh.. nape dok mandi? Bangun lambat ke?
S : (senyum).. Bangun awal tapi mak marah mandi
CikguRoss : Hah? Ye ke? jangan tipu cikgu.
S : (angguk kepala). Betul. Mak tak bagi mandi.
CikguRoss : Doh tu F, A, M (adik beradik S) mandi dok mari sekolah?
S : Mak maroh mandi. Jimat air..
CikguRoss : Laaa..apa la mak awak ni.. Ni baju S pakai ni basuh dok? 
S : (geleng kepala)
CikguRoss : Hish.. Dah la. Gi balik tempat S balik..

Serius, bau S sangat busuk. Memang sebelum ni S selalu busuk tapi tak la sebusuk hari ni. Baju sangat kotor. Patut la murid2 lain tak mahu dekat dengan dia. S budak cerdik tapi dia jadi pendiam dan pasif sebab S sedar dia berbau.

Mak dia? Jenis sombong tak bertempat. Pernah sekali saya ke rumahnya. Jenuh memberi salam tapi pintu tak dibuka. Saya tahu dia ada di dalam. Saya call, tak diangkat. Tapi mak dia ni cepat je datang ke sekolah kalau tahu anak-anak dia FAMS ni dapat duit bantuan. Kalau suruh datang ke sekolah atas urusan pembelajaran anak2, mintak maaf.. Dia takkan datang... Pakaian? Fuuhhh, memang jangok la.. Pakai kemas, wangi, berbedak bagai. SAKIT HATI kan????

Oh lupa.. Mak S ni ibu tunggal. Bercerai hidup dengan ayah S.

p/s : Bekas GB saya pernah sound mak dia. "Buat anak pandai, jaga anak dok pandai. apa punya mak la awak ni".

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails