..:: You Follow I, I Follow You

Mr & Mrs Chenchen

Daisypath Anniversary tickers

♥

Lilypie First Birthday tickers

Ya Allah, Kau Perelokkanlah Segala Perjalanan Hidup Kami

Monday, May 16, 2011

Tamat Berpantang..Lagi 5 Hari

Hari ni genap 40 hari..setengah ibu akan merdeka pada hari ini.. Ikotkan hati nak merdeka jugak tapi kakak2 melarang.. Diorang suruh amik 45 hari baru nak  merdeka nak gi Mydin Mall ke nak gi Giant ke...(bandar KT cuma ada 2 tempat ni untuk cuci mata..huhuhu).. Takpe la, sabar je la Tina. Lagi 5 hari je pon...

Tempoh berpantang la merupakan saat paling membosankan...Terperok je kat rumah tak ke mana2. Elleh Tina, ko tu jalan pon tak larat ada hati nak jalan2..Hehehe.. Betul la, baru minggu lepas saya berupaya untuk berjalan laju2. Sebelum ni kalau lumba lari dengan siput bobby pon kompem beliau akan menang. Tempat luka tak sakit pun cuma terasa perit2 bila berjalan.

Memandangkan saya bersalin secara caesarean, saya tak boleh nak bertungku, berurut kat perot dan nak pakai bengkung..Memang kesian la kan.. Payah la perot saya nak kempis seperti sediakala gini.. Tak boleh lagi pakai kebaya..Huhuhu..

Ikan haruan..Ikan ni mmg saya tak pernah makan langsung sebab fizikal dia menyerupai Encik Ul**.. Tapi disebabkan nak baik cepat, berkilo2 jugak saya makan.. Tu tak kira pati ikan haruan lagi.. Memang keluar la air mata tiap kali minum..Apa lagi ye... Haaa.. Ada kawan IncikSuami carikan anak ikan haruan untuk ditelan hidup2 dengan harapan luka dalaman akan makin cepat baik. Mulanya saya berkobar2 jugak la nak telan tapi bila tahu anak ikan haruan makan telur lintah, telur cacing terus saya tak jadi. IncikSuami yang asalnya bersungguh2 suruh saya telan terus tak bagi. Takut la weiii....

Air kunyit cuma skali saya minum sebab minum je nak termuntah, baru nak teguk dah nak termuntah... Lepas tu mak belikan ubat kat klinik untuk kecutkan rahim saya. Lepas minum 3 botol ubat tu darah beku keluar dengan agak banyak la. Sama macam minum air kunyit. Bezanya, ubat tu manis dan rasa macam Innershine pati prun..Tak keluar air mata pon bila minum.. Yang penting, takde pon rasa nak muntah bila minum..Hehehe...

Merasa jugak la saya mandi 'air serong' yang mmg wangi baunya tapi bila dah sebati ngan peluh, jadi busuk yang amat lak.. Hehehe.. Air serong ni saya tak pasti orang bukan dari pantai timur panggil apa tapi air mandian ni sebenarnya adalah air rebusan himpunan daun2 seperti daun serai wangi, daun mengkudu dan macam2 lagi. (2 daun tu je saya kenal..yang lain tak kenal..muahahah).. Tujuan mandi air ni adalah untuk segarkam tubuh je. Biasanya mandi air ni selepas mengurut. Memang lepas mandi rasa segar semacam je...

Okla..dah pukul 3pm.. Masa untuk tengok Marimar.. Muahahahaha (semua cite saya tahu dan tengok sejak berpantang ni...)

p/s : Mama ♥ Papa

Sunday, May 15, 2011

Kelahiran Yang Dinanti

Dah lama saya tak update blog saya ni. Maklumla, sibuk berpantang..(Hari ni hari ke 39).. Sebenarnya, saya banyak je masa kalau setakat nak update blog cuma mood nak mengarang tu yang mati sekejab sejak dapat anak ni.. Best wooo ada anak walaupun tidur saya tidak nyenyak seperti dahulu lagi...Aiman Mama tak kisah!!!!

Untuk pengetahuan semua, pada 7 April 2011 tepat jam 10.13am dengan berat 3.35kg, lahirlah seorang bayi lelaki yang kacak lagi gagah bernama Zahrin Nur Iman. Cahaya Keimanan Yang Berseri-seri. Sungguh bermakna kan nama anak saya yg kacak ini? hehehe.. Semoga anak papa dan mama menjadi insan yang bermakna kelak. InsyaAllah...

Iman lahir secara pembedahan. Pembedahan? Ye, Iman keluar ikut tingkap bukan ikut pintu yang disediakan. Akibat daripada kelasakan Iman yang selalu berpusing2 di dalam perut saya, di saat akhir kepala Iman berada di kedudukan atas. Extended Breech kalau ikut istilah perubatan. Sila la search sendiri ye kalau nak tahu... Hehehe.. So, kelahiran Iman ni telah meninggalkan parut di perut mama dia. Sampai sekarang saya tak berani nak sentuh dan tengok parut tu.. Tak leh terima kenyataan kot perot saya dah berparut.. Hehehe.. Segala urusan nak letak ubat saya serahkan bulat2 pada IncikSuami. IncikSuami tiada bermakna ubat tidak akan disapu.. Dan satu lagi, perut saya mungkin tak akan kempis lagi. Waaaaaaaaaaa

Kelahiran Iman memang banyak membawa air mata. Air mata happy bila tengok muka dia, air mata rindukan dia time saya warded dulu, air mata takut bila masuk dewan bedah, air mata sakit bila luka sekali skala berdenyut...Apapun Iman, mama memang sayang gile ah kat Iman...Tapi Iman jangan mintak adik dulu tau.. Mama nak rehat lama sikit.. :)



Saya tak nak cite panjang lagi pasal Iman. Nak tengok nak tahu lebih lanjut sila datang melawat kami..ehehe.. Sekian terima kasih..

p/s : Semua orang kata Iman fotostat muka papa dia. Kesian saya. Huhuhu

Tuesday, March 22, 2011

Kebersihan Amalan Mulia

Sepanjang saya mengandung dan berkunjung ke mana-mana klinik kesihatan ibu dan anak (KKIA), saya ada perasan satu perkara ni..

Setiap bakal ibu yang datang ke KKIA pasti akan disuruh untuk menjalani pemeriksaan urin dan sudah pasti ibu2 akan ke tandas untuk kencing... Haaaaa...ini yang saya selalu sangat geli... Bukan geli sebab saya kena tadah urin saya..Saya geli bila lihat sesetengah bakal ibu ni...Selepas kencing, sampel urin itu bakal ibu akan bawa ke makmal. Dan yang saya perhatikan, lepas bakal ibu letak urin mereka dalam bekas yang disediakan, tak ada seorang pon yang sudi nak basuh tangan mereka balik. Pas tu, sementara menunggu keputusan makmal, bakal ibu akan duduk la kat situ borak2 dan berkenalan sesama sendiri.. Bila dah borak2 pasti akan ada acara bersalaman.. Ni yang saya geli.. Kalau lepas korang bawak urin korang, korang basuh tangan..saya tak kisah malah suka nak bersalam2 nak kenal2 dengan bakal2 ibu ni. Tapi......


botol urin...biasanya kat KKIA tak disediakan penutup pun...

Memang setiap kali gi makmal, saya akan duduk jauh sikit dengan bakal2 ibu yang lain..Memang kedengaran agak sombong tapi saya takleh nak tipu2 nak tunjuk saya ni peramah bila tiba bab gini.. Saya cuma senyum2 tanda menghargai diorang dan tak pernah nak hulur tangan untuk bersalam.. Mintak maaf..


Nampak macam remeh je kan mende ni tapi tak bagi saya. Tolong lah basuh tangan lepas korang bawak urin korang tu.. Kalau rasa susah sangat nak basuh tangan, tolong lah jangan buat2 ramah tegur semua orang nak salam semua orang dengan tangan tak berbasuh tu.. Saya geliiii...Tapi kalau dihulur saya tetap sambut.. Tak nak la dicop bodoh sombong lak.. Tapi memang automatik saya akan bangun gi tandas untuk basuh tangan.. Geliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

basuh tangan bersih2 ye...

p/s : Mari jadi seorang pembersih...

Sunday, March 13, 2011

14 Mac 2011

SMS dari IncikSuami...

"Selamat UlangTahun Pertunangan Sayang...Love You"

Opsss...Saya lupa..hehehe...

Hari ni genap setahun saya dan IncikSuami bertunang sekaligus sah kitorang jadi couple.. Hehehe.. Ingat tak sebelum ni saya ada bagitahu yang kami hanya bercinta selepas bertunang.. Ntah, rasa nak buat syarat macam tu kat Incik Chenchen IncikSuami masa tu... :) Malas dah kot saya nak bercinta tapi hasilnya tak ada. Bila dah jadi tunang tu lain la sikit kan.. Nak bagi sepenuh hati jiwa raga pon tak de hal dah kot.. Masa dah bergelar tunang ni la baru saya start panggil Incik Chenchen IncikSuami sayang, gedik2 ucap I love U.. Kalau tak, memang takde nya.. Hehehe.. Awak perasan tak IncikSuami?

Jenuh saya cari mana saya letak folder gambar2 masa bertunang dulu.. Dalam semua thumbdrives takde, dalam Mubarak pon takde.. Agaknya saya dah terdelete kot.. Nasib baik la koleksi tu saya upload jugak kat Facebook saya ni. Tapi sayang, nak bukak facebook amik masa sungguh lama..Slow je line..


Semoga hubungan kita kekal hingga ke akhirat.. Saya happy saya bahagia hidup dengan awak.. Love u...

p/s : Sekejab je setahun...

Saturday, March 12, 2011

Oh Mengandung V

Dah masuk 9 bulan. Makin dekat makin berdebar..Camne la nanti masa duduk dalam labor room ye.. Seramnya bila difikirkan.. Semoga dipermudahkanNya.. Amin.. InsyaAllah..

Saya memang tak sabar nak tunggu anak saya lahir. Selama ni cuma rasa gerakannya dan tendangannya sahaja. Teringin nak dengar suara dan wajah dia. Secepat mungkin.....Huhuhu

Skang ni kerap sungguh masuk bilik air untuk mengosongkan pundi kencing. Kadang2, kuantitinya tak banyak pon.. Tapi 'gesaan' nya itu seperti berliter2 nak keluar.. (maaf, kalau bahasa kurang menyenangkan..).. Seksa gak la sampai takut nak minum air banyak2.. Kalau malam, mmg saya elak la minum air banyak sebelum tidur.. Tak minum pon 2,3 kali gak bangun malam2.. Huhuhu

Perut saya rasa menegang dan kadang2 rasa macam nak pecah pon ada. Alahai...Mesti banyak stretch mark nanti. Setakat ni memang la tak nampak macam nak ada tapi orang kata tunggu la bila dah kempis nanti. Baru akan nampak segalanya. Aduh la.. Minyak? losyen? Hehehehe... Saya sapu bila time teringat dan takut akan kemunculan stretch mark je.. Pendek kata, masa rajin je la saya sapu. Minyak zaiton baru guna suku botol. Losyen memang tak pernah sapu. Minyak BioSerum ada la 5 kali saya sapu kot. Malas kan saya ni..Hehehe

Minyak selusuh pon saya dah start minum dan sapu.. Mula2 nak telan tu sampai terketar2 tangan nak suap ke mulut. Minyak dah tuang dalam sudu dan dah suakan ke mulut tapi nak buleh masukkan ke mulut tu memang amik masa lama.. Ada la dekat 5 minit saya renung sudu tu...Ye lah, otak ni asyik cakap..."eeeeeeee, minum minyak...eeeeee".. Kena jerkoh ngan mak baru laju je tangan tu menyuap. Minum minyak mana la nak sama ngn minum air.. Lain macam je.. Tapi masuk hari kedua dan sterusnya, saya dah buleh minum dengan elok tanpa termenung lama...Psikologi je tu kan.. Hehehehe

Ok..tu je..Doakan saya ye.. Harap Allah permudahkan kelahirannya.. Amin..

p/s : Cepat la keluar wahai anak... Mama tak sabar......

Tuesday, February 22, 2011

Papa & Mama To Be Photo ShootOut

Saya memang dah lama nak buat ni..Tapi bila fikirkan pasal duit yang perlu disimpan untuk bb, saya pendamkan je hasrat..Bayangkan pakej untuk ini harga dia hampir RM600.. Saya tak berani la nak bazirkan duit semata2 untuk mengambil gambar gedik2 kami laki bini.. Banyak lagi woo nak pakai duit..

Tapi kan...

Saya nak jugak...huhuhu

IncikSuami memang memahami bini dia ni.. IncikSuami kumpulkan beberapa kawan dia yang memang minat sangat ambil gambar ni maka terjadilah sesi menggedik di Lagoon Kuala Ibai (dekat masjid terapung)..Best best sebab free...hehehehe

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhh...saya suka saya suka saya suka...Mula2 memang asyik nak tergelak malu sebab ramai gila orang sedang berpiknik tapi bila dah lama2 tu, saya rasa macam takde orang lak kat situ...ehehehehe

Sesapa yang rasa nak tengok aksi gedik2 kami, buleh la ke Facebook saya..Tak add saya pon anda masih buleh tengok sebab saya baikhati nak berkongsi..ehehehe.. Pasni saya akan 'private' kan balik album itu... Cepat cepat cepat.....:)) Dan ini pula gambar kononnya behind the scene la...ehehehe...


Team Cudak@Photo

p/s : Amaran : kalau rasa bakal geli dengan gambar2 saya, sila jangan cuba tengok ye.. hehehe.. jangan kata saya tak bagi amaran pulak....

Monday, February 14, 2011

Oh Mengandung IV

Pejam celik pejam celik...Dah masuk 8 bulan kandungan saya. Alhamdulillah, kami bakal mendapat seorang hero April ini. Yeaaaayyy.. Memang impian kami nak hero yang pegang title anak sulung kami.. :).. Berdebar lak nak tunggu April. Moga dipermudahkan Nya.

Saya dah tahu kenapa jerawat batu itu tumbuh dengan banyaknya.. Selain perubahan hormon, faktor minum susu adalah penyebabnya jugak. Saya alergik susu  rupanya. Saya pernah terbaca dalam Mingguan Wanita dulu dan tanya Incik Google pasal susu penyebab jerawat batu. Rupanya, saya salah seorang yang "bernasib baik".. Huhuhu...Sejak saya tahu, saya memang tak minum dah Anmum. Dan, jerawat batu tak tumbuh merata2 lagi di muka saya. Tapi akibat dari itu, tiap2 subuh kaki saya akan cramp (sakit gila woooo). IncikSuami tak sanggup nak tengok saya menderita kesakitan (chewah!!), lalu dia belikan saya susu kambing sebagai kalsium alternatif. Ya Allah, rasa dia.. Sangat pelik dan berair2 mata nak habiskan satu mug. Setakat ni jerawat tak tumbuh lagi la.. Mintak2 la OK sebab tak lalu dah nak telan air soya. Amin...

Nafsu makan.. Hahahahahahahaha..Gelak dulu sebelum tulis.. Mak tak kasi saya tengok program masakan sebab dia tahu kalau saya nampak je mesti saya nak makan. Pendek kata, saya memang tak boleh tengok gambar makanan. Habis saya nak. Tu tak tengok saya membeli belah time gi pasar malam. Hehehehehe...Kalau tengok pada cara makan macam tak caya baru naik 8 kg sejak ngandung. Berat saya hari ni 60kg. Sebelum jadi bini IncikSuami 52kg. Tak nampak sangat kot perubahan saiz CUMA muka saya sangat tembam. Hahaha.. Tiap kali duduk depan cermin mesti nak gelak2 nak senyum2 sebab macam tak percaya orang di dalam cermin tu adalah saya. Gumoksssnya pipi gue..

Tidur...ni pon masalah jugak ni.. Kalau dulu, saya agak jarang tidur siang. Tetapi, skang ni tidur siang dah jadi aktiviti wajib. Balik sekolah perkara pertama dalam kepala adalah tidur. Kemudian, baru makan. Mana la tak tembam pipi saya ni kan..Hehehehe...

Kelengkapan baby dah setel. Setakat ni cuma set bersalin dan barang keperluan saya tak beli lagi. Cadang nak pakai Sendayu Tinggi dan tadi gi la survey harga.. Telan air lior jab bila tengok.. RM4** jugak termasuk bengkong. Nak balik umah termenung dulu la..Hehehe....

Minyak selusuh pon mak dah sediakan satu botol. Kena minum 1 sudu kecik sehari dan sapu kat bawah perut bila kandungan masuk 9 bulan. Apa tu minyak selusuh? Sebenarnya, minyak selusuh ni minyak kelapa je yang telah dibacakan ayat2 suci al-Quran untuk memudahkan proses bersalin. InsyaAllah, dengan izinNya. Macam mana la ek nak minum minyak.. Mesti berair2 lagi mata saya nak menelannya. Lagi sebulan nak tak nak saya kena telan jugak. Huhuhu

Dekat2 nak bersalin ni ramai yang suruh saya minum air kelapa kalau nak anak lahir nanti bersih. 3 minggu lepas IncikSuami dah belikan 2 biji dan itulah kali terakhir saya minum air kelapa. Sedap pulok ek air kelapa..Petang ni paksa IncikSuami gi cari la...hehehe

Untuk makluman, saya dah makan semua makanan yang saya takut nak makan dulu. Saya dah minum air tebu sesuka hati, saya makan 10 biji mempelam putik muda sekali makan, saya makan nanas dengan gembiranya dan alhamdulillah saya OK je. Ala...dah 8 bulan kan...InsyaAllah, xde apa2..

Ok la..tu je kot..

p/s : Dag dig dug..di dalam dada...Jantung berdebar aduh indahnya amboi...ehehehe


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails