..:: You Follow I, I Follow You

Mr & Mrs Chenchen

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Ya Allah, Kau Perelokkanlah Segala Perjalanan Hidup Kami

Sunday, May 15, 2011

Kelahiran Yang Dinanti

Dah lama saya tak update blog saya ni. Maklumla, sibuk berpantang..(Hari ni hari ke 39).. Sebenarnya, saya banyak je masa kalau setakat nak update blog cuma mood nak mengarang tu yang mati sekejab sejak dapat anak ni.. Best wooo ada anak walaupun tidur saya tidak nyenyak seperti dahulu lagi...Aiman Mama tak kisah!!!!

Untuk pengetahuan semua, pada 7 April 2011 tepat jam 10.13am dengan berat 3.35kg, lahirlah seorang bayi lelaki yang kacak lagi gagah bernama Zahrin Nur Iman. Cahaya Keimanan Yang Berseri-seri. Sungguh bermakna kan nama anak saya yg kacak ini? hehehe.. Semoga anak papa dan mama menjadi insan yang bermakna kelak. InsyaAllah...

Iman lahir secara pembedahan. Pembedahan? Ye, Iman keluar ikut tingkap bukan ikut pintu yang disediakan. Akibat daripada kelasakan Iman yang selalu berpusing2 di dalam perut saya, di saat akhir kepala Iman berada di kedudukan atas. Extended Breech kalau ikut istilah perubatan. Sila la search sendiri ye kalau nak tahu... Hehehe.. So, kelahiran Iman ni telah meninggalkan parut di perut mama dia. Sampai sekarang saya tak berani nak sentuh dan tengok parut tu.. Tak leh terima kenyataan kot perot saya dah berparut.. Hehehe.. Segala urusan nak letak ubat saya serahkan bulat2 pada IncikSuami. IncikSuami tiada bermakna ubat tidak akan disapu.. Dan satu lagi, perut saya mungkin tak akan kempis lagi. Waaaaaaaaaaa

Kelahiran Iman memang banyak membawa air mata. Air mata happy bila tengok muka dia, air mata rindukan dia time saya warded dulu, air mata takut bila masuk dewan bedah, air mata sakit bila luka sekali skala berdenyut...Apapun Iman, mama memang sayang gile ah kat Iman...Tapi Iman jangan mintak adik dulu tau.. Mama nak rehat lama sikit.. :)



Saya tak nak cite panjang lagi pasal Iman. Nak tengok nak tahu lebih lanjut sila datang melawat kami..ehehe.. Sekian terima kasih..

p/s : Semua orang kata Iman fotostat muka papa dia. Kesian saya. Huhuhu

3 comments:

Unknown said...

tina, tahniah di atas kelahiran bayi lelaki...semoga semuanya sihat dan selamat sampai bila2... lya pnya giliran nanti tak tau la mcm mana..doakanlah semuanya juga selamat ya!

Ayek said...

Tina.. Tahniah buat anda berdua atas kelahiran cahaya mata yang comel dan sehat.. Moga Allah memberkati dan memurahkan rezeki korang sekeluarga..

ღsapphireღ said...

comelnye baby akak!!tahniah ye.. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails