..:: You Follow I, I Follow You

Mr & Mrs Chenchen

Daisypath Anniversary tickers

♥

Lilypie First Birthday tickers

Ya Allah, Kau Perelokkanlah Segala Perjalanan Hidup Kami

Showing posts with label SukaDukaKami. Show all posts
Showing posts with label SukaDukaKami. Show all posts

Tuesday, December 13, 2011

Semoga 2012 Merupakan Tahun Yang Gemilang Buat Kami

Cerita 2011...

Januari 2011 - Saya kembali berkhidmat di daratan setelah setahun di Pulau Redang. Syukur Alhamduillah.. Lebih mudah bersama IncikSuami di saat mengandung..

April 2011 - Zahrin Nur Iman dilahirkan.. Penuh warna warni hidup kami sejak kehadirannya..

Mei 2011 - Drama Queen muncul kembali dengan cubaan berani untuk mengkucar kacirkan hubungan kami.. Alhamdulillah sebab ia sikit pun tidak menjejaskan kami dan alhamdulillah juga, Drama Queen itu mungkin telah sedar diri dengan senyap sehingga kini.. Semoga beliau telah menemui kebahagiaan..

Jun 2011 - Kami menyambut ulangtahun pertama perkahwinan kami. Tak pergi jauh pun, cuma ke Kuantan untuk menghabiskan masa bersama kerana saya masih tidak begitu cergas ketika itu lantaran luka caeser masih belum sembuh sepenuhnya..Iman? Nasib baik ada kakak yang memang sentiasa berbesar hati untuk menjaga Iman..

Ogos 2011 - IncikSuami dilanda resah akan status pekerjaannya. Gossip mengatakan segala yang telah diusahakannya selama ini bakal berkubur. Kami berharap semua itu hanya khabar angin..

September 2011 - Alhamdulillah.. Setelah resah gelisah, kami mendapat berita baik.. IncikSuami mendapat satu panggilan temuduga untuk satu jawatan di dalam kerajaan.. Walaupun hanya temuduga, sudah cukup memberi sinar pada kami..

Oktober 2011 - Gossip yang selama ini liar tersebar akhirnya menjadi kenyataan.. Apa yang IncikSuami usahakan selama ini berkubur jua.. Saya tahu IncikSuami amat kecewa.. Tetapi keruh di wajah IncikSuami tidak lama kerana selang beberapa hari, kami mendapat berita yang amat baik.. Allah Maha Pengasih dan Penyayang.. IncikSuami berjaya dalam temuduganya.. Alhamdulillah..

Disember 2011 - Kami bahagia... hik hik hik...


p/s : Seriusnya saya menulis kali ni..hihihi..

Tuesday, October 18, 2011

Oh..Suami Saya Rupanya Boleh Memasak..


Semalam saya malas masak.. Then, IncikSuami bersuara, "Biar ucuk je la yang masak.. Anje relax je hari ni.. Tapi janji anje kena makan ok..Pastu masa ucuk masak anje jangan tgk "..

Terus saya gelak dan kata tak percaya dan tak berani nak makan sebab takut mabuk.. Hahahaha...

IncikSuami kata lagi," hish..anje tak tahu lagi ucuk ni hebat masak tau.. Berapa tahun pengalaman kija chef dulu (ini memang ayat dia biasa gunakan)..Jangan menangis suruh masak lagi pasni sudah"..

Saya terus gelak dan gelak tapi dalam masa yang sama saya suruh IncikSuami ke dapur untuk mulakan acara.. 

Setengah jam kemudian....

Taraaaaaa...

Mulanya saya takut nak makan tapi bila dah makan macam sedap pulak.. Habis sepinggan...Hehehe...

Tak sangka IncikSuami buleh masak mee goreng.. Ingatkan pandai makan mee goreng je.. Hihi.. Pasni masak lagi ye..:)


p/s : Anje-Ucuk... Movie bini2ku gengster.. 



Sunday, July 17, 2011

Iman Dan Rugby????

Masa sekolah dulu, saya adalah salah seorang cheerleader sekolah untuk team bola dan rugby. (Hik hik..gedik je rasa..).. Tak percaya? Nanti saya bukak balik album zaman sekolah n scan gambar tersebut.. Tungggguuuu....Asalnya, memang tak minat pon rugby sebab bagi saya sukan ni macam sangat kasar dan ganas. Tapi, lama kelamaan jadi terminat lak ngan sukan ini.. Bola? memang tak minat sampai sekarang pun. Tengok bola bila time Harimau Malaya atau Terengganu yang main.. Kalau tak, memang tak la...

IncikSuami lak memang pemain rugby.. Dan, sampai skang pon IncikSuami masih aktif bermain. Makin ligat bermain kot sejak jumpa balik kawan2 lama yang sama2 main rugby dulu...
Sesma OB..

Mana2 je IncikSuami pergi untuk bermain, saya pasti akan ikut.. Jadi cheerleader untuk IncikSuami seorang je skang ni..Hehehe

Walaupun pregnant, saya tetap pergi...:)

Iman? Agak2 korang? Hehehe.....

Serasi je bola tu ngan Iman kan..ehehe

p/s : Pupuk minat dari awal la kononnya ni kan...hihihi

Saturday, May 28, 2011

Yahooo..Hari ni Iman boleh pergi Giant!!!!

Hari ni umur Iman 52 hari. Hari Sabtu. Sepanjang Iman lahir ni, tak pernah sekali saya bawak Iman jalan2. So, kami cadang nak bawak Iman ke Giant.. Yeaaaayyy...(sebenarnya mama dia yang nak pergi..muahaha)..

Sampai di Giant, kami memulakan perjalanan ke sana dan ke mari. Seronok lak rasa bila lama tak jalan2 ni.. Hehehe.. Beli tu beli ni sampai la Iman mula nangis mintak susu..

Papa cool!!!!

Dah puas berjalan2, kami pon balik..Kesimpulannya, Iman sangat seronok bila dapat berjalan2.. Ye ke Iman yang seronok? Hahahaha... Betul wooo, lepas pantang kalau dapat gi jalan mana2 memang rasa teruja tak terkata.. 

Sekian, itu je nak merepek...hehehe

p/s : Gambar kat blog title tu macam tak relevan lagi kan? Kena amik gamba baru kami bertiga lak..

Sunday, March 13, 2011

14 Mac 2011

SMS dari IncikSuami...

"Selamat UlangTahun Pertunangan Sayang...Love You"

Opsss...Saya lupa..hehehe...

Hari ni genap setahun saya dan IncikSuami bertunang sekaligus sah kitorang jadi couple.. Hehehe.. Ingat tak sebelum ni saya ada bagitahu yang kami hanya bercinta selepas bertunang.. Ntah, rasa nak buat syarat macam tu kat Incik Chenchen IncikSuami masa tu... :) Malas dah kot saya nak bercinta tapi hasilnya tak ada. Bila dah jadi tunang tu lain la sikit kan.. Nak bagi sepenuh hati jiwa raga pon tak de hal dah kot.. Masa dah bergelar tunang ni la baru saya start panggil Incik Chenchen IncikSuami sayang, gedik2 ucap I love U.. Kalau tak, memang takde nya.. Hehehe.. Awak perasan tak IncikSuami?

Jenuh saya cari mana saya letak folder gambar2 masa bertunang dulu.. Dalam semua thumbdrives takde, dalam Mubarak pon takde.. Agaknya saya dah terdelete kot.. Nasib baik la koleksi tu saya upload jugak kat Facebook saya ni. Tapi sayang, nak bukak facebook amik masa sungguh lama..Slow je line..


Semoga hubungan kita kekal hingga ke akhirat.. Saya happy saya bahagia hidup dengan awak.. Love u...

p/s : Sekejab je setahun...

Tuesday, January 11, 2011

Happy Birthday IncikSuami kecintaanku...

11 Januari datang lagi.. Hari ni birthday IncikSuami. Sempena birthday adiwira dewataku ini, saya nak buat satu entry khas untuk IncikSuami. Hehehe..

Jeng jeng jeng….

IncikSuami ni sebenarnya cool je orangnya. Tapi kalau tak kena gaya, garang jugak. Tapi setakat ni tak penah walau sekali IncikSuami marah hatta naikkan suara dengan saya. Kalau bertekak pon, sekadar ala2 manja gitu cam argue pasal cite yang kitorang tengok, sepah2kan baju n tuala, basahkan lantai sebab akuarium.. Itu je la kot modal kami nak gaduh..Moga takde la hal2 yang besar berlaku nanti. Doakan rumahtangga kami aman ye..

IncikSuami adalah lelaki yang paling sempurna yang pernah saya temui. Takde sebab untuk saya kata tidak bila dia ajak saya kawen ari tu. Hehehe. Betul woo.. Saya tak tipu. Walaupun ada mulut yang cakap IncikSuami ini IncikSuami itu saya tetap tak percaya sebab sepanjang hidup dengan IncikSuami ni takde pon sekali dia buat saya CURIGA kaw2 punya.. Hahaha. Ada tetap ada cuma keCURIGAan itu mudah je terbang dibawa angin. Wah wah wah…

Selamat Ulangtahun Kelahiran Mohd Syahrul Ehsan.. Moga jadi anak, suami dan papa yang hebat dan mabeles ye. Saya doakan awak panjang umur supaya dapat hidup sampai tua dengan saya untuk besarkan anak2 kita nanti. Saya takleh bayang hidup saya tanpa awak di sisi. (sebak la pulok..ehehe). Jangan hisap rokok lagi k.. Saya sayang awak...

Siap dalam masa hampir 2 jam. Nampak sedikit tak kemas sebab buat dlm keadaan tergesa2 sebab bajet nak siap sebelum IncikSuami balik kija.. Konon nak surprise la kan...:)

IncikSuami yang happy!!! yeay...



p/s : Saya cadang nak masak spesel untuk IncikSuami. Tapi siap je buat cupcakes tu saya terus penat.. Baby kata "mama, please rehat ma...Mama tak rehat lagi hari ni.." Betul la.. Saya dah letih.. Hehehe.. Pas solat Isyak ajak IncikSuami makan kat luar..Hehehe

Tuesday, November 2, 2010

Saya nak IncikSuami setiap hari dengan saya...

Dah hampir 5 bulan saya kawen dan cuma beberapa kali saya berpeluang masak untuk IncikSuami. Terkilan jugak tapi selagi saya masih di sini, begitulah keadaannya. Walaupun saya masak nasi goreng rasa nasi lemak, masak mee rebus rasa mee bandung, saya tahu IncikSuami sanggup bedal sahaja. Hehehe..TQ sayang sebab kata masakan saya sedap walau hakikatnya hanya awak yang tahu...hihihihi

Hish...Sebenarnya bukan hal masak memasak ni yang saya nak cite. Saya nak cite pasal proses pertukaran saya dari pulau ke daratan. September bebaru ni, borang ada keluar dan saya mestilah tak pernah jemu untuk mengisi. Tak larat weh nak ulang alik tiap2 hujung minggu naik feri. Errrrrrr.....Lebih tepat lagi sebenarnya, saya dah tak larat nak jauh2 ngan IncikSuami. Hehehehe...Kesian dia asyik makan nasi bungkus, asyik basuh baju sendiri, asyik senyum sorang2 kat rumah, asyik tengok tv sorang2, asyik main cak cak ngan katak sebab bosan (umah kami banyak katak), asyik pelok bantal je malam2..opssss...Hehehe...

Macam2 saluran atau kabel terpaksa digunakan untuk memastikan saya berjaya ditukarkan kembali ke daratan. Tiap2 hari doa moga saya berpeluang untuk hidup seperti pasangan suami isteri yang lain jugak. TAPI..saya dapat tahu boss sekolah saya sangat 'sayang' saya dan tak menyokong pertukaran saya. Biasanya, kalau boss tak sokong pertukaran memang payah la nak dapat tukar... Lepas dapat tahu, saya lencarkan perang dengan dia... Bukan perang apa pun, perang tak nak bercakap dengan dia je.. (mana berani nak perang versi lain..Maunya dia hantar saya jauh ke hulu pedalaman, lagi naya saya ni..)..Nampak dia, saya akan lari. Kalau dia tanya apa2, saya cuma jawab ala kadar je. Dah tak kuasa nak manja2 nak ramah2 dengan dia. Betul...Saya sangat kecik hati dengan dia....

Saya harap ini tahun pertama dan terakhir saya di sini. Bukan tak sayang tak cinta sekolah ni, tapi dalam keadaan saya sekarang (mengandung), saya sangat memerlukan suami saya di sisi. Sedih sangat bila mengandung gini, IncikSuami jauh. Harap warga SK Pulau Redang sekalian memahami.

p/s : Moga harapan menjadi kenyataan.. Amin..

Monday, June 28, 2010

Aktiviti Dating2 Selepas Kawen

Ni kat pantai chendering je. Sehari pas majlis kami datang sini balik..

Dating yang pertama lepas kawen adalah pergi melawat ofis Incik Suami buat pertama kalinya. Tgk kerja2 yang selalu dia cite selama ini dan saya rasa sangat bangga dengan kebolehan suami saya ini. Ops..saya bukan puji sebab dia suami saya. hehehe...Saya puji sebab dia memang layak dipuji. Syabas Incik Suami..:))

Bukan mempoyokan diri tp mmg kena pakai benda alah tu..

Perlukan seorang microbiologist tak kat sini wahai Incik Suami?huhuhu

Pastu kami gi dating kat Rantau Panjang lak. Harap kocek makin menipis isinya je. Kalau tak, memang macam banyak je nak borong. Masa tengah makan2 ternampak seorang gadis di meja sebelah menunjukkan belt yang dibelinya kepada kawannya. Saya sangat suka itu tali pinggang. Puas saya cari tapi tak jumpa. Nyesal tak tanya mana dia beli..huhuhu...Pastu menghala balik, kami singgah kat masjid beijing (betul ke nama masjid tu masjid beijing?kami reka2 je...eheheh) untuk solat dan sesi fotografi. Maaf, gambar tersebut tiada dalam Mubarak. Ada dalam laptop Incik Suami..huhuhu..Nanti saya upload k..

Walaupun saya suka pim tapi saya tak suka kenderaan saya berwarna pim..huhu

Pastu, kami menghala ke Genting Highlands. Cadang nak tidur sana tapi biasa la. Cuti sekolah pastu tak booking memang tersengih je la jawabnya. Last2 tidur umah abang kat Kajang. Free..hik hik hik...Kadang2 fikir tak best jadi cikgu sebab time cikgu cuti je mesti apa2 jadi mahal. Hotel mahal, apa2 je la mahal...Nyampah...(tapi saya suka jadi cikgu...hehehe).. Kat Genting saya cuma naik 2 games dan Incik Suami naik 3 games. Semua yang kami naik adalah yang sangat kecutkan perut. Tobat..Buat masa ni saya tak nak main lagi....Gambar masa masa naik semua yg kecut perut tu tak sempat nak amik. Baru nak snap trus mende tu gerak. Kecewaaaaaaaa....

 Pas masuk..
 Saya menahan malu yg amat sgt ketika amik gamba ini. Ramai yang tgk sbb menunggu turn utk bergambar di situ

Pastu keesokkan harinya kami straight ke Tanjung Pengelih, Johor untuk menghadiri Majlis Tamat Latihan Perajurit Muda. (adik saya jadi Navy..)..Hari tu jugak ada Hari Terbuka TLDM dan pihak TLDM bagi kitorang masuk sebuah kapal milik TLDM bernama KD Terengganu. Banyak gambar amik tapi malas nak tepek sini banyak2..hehehe

 Adik saya yg kawad depan sekali ni..

Saya memang tak reti nak posing tegak2..huhuhu

 Konon2 titanic la ni..muahahaha

Incik Suami sudah gumuk..hik hik..i like!!!!

Aktiviti jalan2 dan dating2 selepas kawen episod 1 tamat. Episod 2 yang lebih tepat digelar 'betul2 punya honeymoon' akan menyusul cuti sekolah akan datang..Ke mana? Ntah..Kami pon masih tak tahu mana kami nak pergi.. Hahaha

p/s : Tak baik buat2 sakit kalau tak sakit tau lebih2 penyakit yg datang dr nyamuk tu..Nanti Allah bg sakit tu betul2 baru kamu tahu..Oleh itu, kamu jangan gedik2 k..hehehe

Monday, May 24, 2010

Rumah

Yeaaayyy..rumah yang kami nak duduk selepas kami sah bergelar suami isteri dah boleh duduk dah. Tadi Incik Chenchen call bagitahu, orang2 yang tumpang duduk rumah tu dah dapat rumah lain. So, pasni boleh la bawak saya pergi tengok rumah tu ye Incik Chenchen? Dah boleh kot nak beli apa yang patut.. Tak kisah la keadaan rumah tu yang penting kita boleh hidup aman bahagia di situ.. Nak selesa kena tunggu duit banyak sikit lagi untuk beli rumah impian..ehehehe..Buat masa ni saya tak kisah la.. Jangan risau ye Incik Chenchen...Me OK je duduk mana2 asal dengan anda..:)

Tak sabar la pulak rasanya nak menghias rumah sendiri..Hik hik hik... Incik Chenchen lagi teruja sebenarnya dalam bab nak menghias ni..So, saya rasa saya boleh serah kat dia 100% kot..hehehe

Bercakap psl rumah, mana lagi best dan senang? Beli rumah yang dah siap atau beli tanah pastu buat rumah sendiri...Saya masih lagi berfikir2..huhuhu

p/s : Tak sampai 2 minggu je lagi.. Aduh la..Seram lak rasa...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails