..:: You Follow I, I Follow You

Mr & Mrs Chenchen

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Ya Allah, Kau Perelokkanlah Segala Perjalanan Hidup Kami

Monday, September 26, 2011

Rambut Gugur Selepas Bersalin

Saya rasa majoriti ibu mengalami apa yang sedang saya alami sekarang. Pada yang tak, anda memang bernasib baik sangat2.. Huhuhu..

Semasa mengandung, rambut saya agak sihat dan masalah kehilangan rambut memang tak ada langsung tapi lepas 3 bulan Iman lahir, rambut gugur dengan banyaknya.. Saya sangat bimbang!!! Kekadang takut nak sikat rambut, nak basahkan rambut.. Rambut penuh di atas katil, di lantai rumah dan dalam kereta.. Aduh..Kalau terbelit di tangan,kaki, leher IncikSuami xde hal la sangat..Hihihi..Takut terbelit kat si anak.. Hish... menjadi2 kebimbangan diri ini..

Masalah ini biasanya tak lama dan menurut IncikGoogle masalah ini akan berakhir bila anak menyambut ulang tahun pertama. Hish, lama gila tu nak pulih seperti sediakala.. Botak dulu kot saya ni..

Nampak gaya petang ni kena gi farmasi untuk cari sesuatu..

p/s : Papa tetap sayang mama kan walaupun mama takde rambut??

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails