..:: You Follow I, I Follow You

Mr & Mrs Chenchen

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Ya Allah, Kau Perelokkanlah Segala Perjalanan Hidup Kami

Wednesday, May 2, 2012

Kain Belah Nampak Kudis

Err..Aci tak saya nak ungkit sikit kisah 2 tahun lepas? Hehehe

Saya dah lama nak jumpa minah ni. Nak tengok cantik sangat ke dia kat luar (tgk gambar je sblm ni). Gadis ni pernah mencetus kontroversi masa zaman saya baru bertunang dulu.. Dia penah cakap saya ni tak lawa dan dia ni lagi lawa dari saya. Hihihi.. Nak tergelak dah ni..

Ok.. Cuti hari pekerja ari tu hajat saya dimakbulkan. Bertembung saya dengan minah ni di satu tempat. Minah ni nampak saya terus tunduk dan nampak tak tentu arah. Saya dah nak tergelak dah. Saya tengok dia atas bawah dengan senyum sinis tapi minah ni tunduk tak angkat2 kepala dia.

Sampai rumah saya terus buka FB dan cari dia. Memang tak salah. Memang dia lah orangnya tadi..

Gadis, lainkali kalau nak pakai kain belah paras lutut pastikan betis takde kudis/parut ok. Buat malu je.. Hihihi.. Lagi satu, kamu tidaklah cantik sangat pun kalau nak banding dengan riaknya kamu pada saya dulu..

p/s : Jangan riak sangat walaupun kita perasan kita cantik. Perasan sorang2 depan cermin sudah..:)

Tuesday, April 3, 2012

2 April Datang Lagi.. Ho yeah!!!

Semalam, 2 April.. Saya sangat suka sebab kalau tiba tarikh ini  saya akan cool lagi senyum sepanjang hari. Hehehe

Awal pagi lagi IncikSuami call bagitahu yang dia mahu ke sekolah saya untuk pinjam laptop. Laptop tu ada dalam bonet katanya. Pelik jugak sebab IncikSuami sendiri dah ada laptop. Malas nak tanya panjang2 terus saya jawab OK.

Saya terus bergegas ke tempat parking dan apabila bonet kereta dibuka..

Jeng jeng jeng jeng…. Hehe. Kasik suspen sikit..

Korang tengok tak cite Nora Elena yang Aaron Aziz letak bunga dalam bonet nak surprisekan si Nora tu.. Hahahaha.. Itu lah yang IncikSuami buat. Memang terkejut sampai menitik air mata.. Ouch!! Perempuan kan. Sikit2 nak nangis.. Sikit2 nak terharu.. Hahaha..



Kesimpulannya, memang Aaron Aziz la suami saya tu.. Hahahah (dia suka ngaku dia cam Aaron Aziz)

Bunga tu saya bawak masuk dalam kelas. Dah nama budak pra. Laju je tanya macam2. Last2 saya bagitahu semalam hari jadi saya.

Dan hari ni,  2 orang anak murid datang kat meja saya dan hulur hadiah.. Waaaaaaaaaaaaaahhhhh.. Terharu lagi. Terasa sungguh dihargai dan disayangi (walaupun garang..hihi)]




Kesimpulannya, saya suka 2 April.. J

Sunday, January 29, 2012

Kisah Prasekolah

Minggu lepas, saya buat saringan bacaan murid. Saya panggil murid tahun lepas yang masih kekal dalam kelas saya. Nama dia S.. Nak dijadikan cerita, S tak boleh.. Diulang TAK BOLEH membaca petikan sukukata mudah padahal saya tahu S memang sudah lancar kalau setakat sukukata mudah gitu. Saya frust saya terus marah S..

CikguRoss : Nape ngan S ni? Tahun lepas S lancar dah mukasurat ni. Apa S buat masa cuti? Baca dok buku cikgu bagi?
S : (senyap membisu tapi mengangguk kepala)
CikguRoss : Habis tu nape tak leh baca sekarang?
S : (senyap)
CikguRoss : (sambil gosok2 belakang dan kepala S). Tahu kenapa cikgu marah S?
S : (geleng kepala)
CikguRoss : cikgu nak S pandai. Sebab cikgu sayang S.  Dalam ramai2, S cikgu paling sayang sekali. Syhhhh, jangan bagitau orang cikgu sayang S. Nanti diorang jeles.. Dah, baca balik. Cikgu nak dengar sekali lagi.
S : baaaaaaaaju..saaaaaaaaaayaa biruuuuu.. (tersekat2 suara dia)

Ya Allah, masa tu saya sebak sangat. Kesiannya S. Saya tahu dia menangis sebab saya cakap saya sayang dia. Terus saya suruh dia berhenti membaca. Saya takut saya pulak yang menangis.. Huhuhu..

Dan hari ni, sekali lagi saya panggil S. S baca dengan lancar dan yakin tapi sesuatu mengganggu hidung saya.

CikguRoss : S mandi dok hari ni?
S : (senyum dan menggeleng kepala)
CikguRoss : Haishhh.. nape dok mandi? Bangun lambat ke?
S : (senyum).. Bangun awal tapi mak marah mandi
CikguRoss : Hah? Ye ke? jangan tipu cikgu.
S : (angguk kepala). Betul. Mak tak bagi mandi.
CikguRoss : Doh tu F, A, M (adik beradik S) mandi dok mari sekolah?
S : Mak maroh mandi. Jimat air..
CikguRoss : Laaa..apa la mak awak ni.. Ni baju S pakai ni basuh dok? 
S : (geleng kepala)
CikguRoss : Hish.. Dah la. Gi balik tempat S balik..

Serius, bau S sangat busuk. Memang sebelum ni S selalu busuk tapi tak la sebusuk hari ni. Baju sangat kotor. Patut la murid2 lain tak mahu dekat dengan dia. S budak cerdik tapi dia jadi pendiam dan pasif sebab S sedar dia berbau.

Mak dia? Jenis sombong tak bertempat. Pernah sekali saya ke rumahnya. Jenuh memberi salam tapi pintu tak dibuka. Saya tahu dia ada di dalam. Saya call, tak diangkat. Tapi mak dia ni cepat je datang ke sekolah kalau tahu anak-anak dia FAMS ni dapat duit bantuan. Kalau suruh datang ke sekolah atas urusan pembelajaran anak2, mintak maaf.. Dia takkan datang... Pakaian? Fuuhhh, memang jangok la.. Pakai kemas, wangi, berbedak bagai. SAKIT HATI kan????

Oh lupa.. Mak S ni ibu tunggal. Bercerai hidup dengan ayah S.

p/s : Bekas GB saya pernah sound mak dia. "Buat anak pandai, jaga anak dok pandai. apa punya mak la awak ni".

Tuesday, December 13, 2011

Semoga 2012 Merupakan Tahun Yang Gemilang Buat Kami

Cerita 2011...

Januari 2011 - Saya kembali berkhidmat di daratan setelah setahun di Pulau Redang. Syukur Alhamduillah.. Lebih mudah bersama IncikSuami di saat mengandung..

April 2011 - Zahrin Nur Iman dilahirkan.. Penuh warna warni hidup kami sejak kehadirannya..

Mei 2011 - Drama Queen muncul kembali dengan cubaan berani untuk mengkucar kacirkan hubungan kami.. Alhamdulillah sebab ia sikit pun tidak menjejaskan kami dan alhamdulillah juga, Drama Queen itu mungkin telah sedar diri dengan senyap sehingga kini.. Semoga beliau telah menemui kebahagiaan..

Jun 2011 - Kami menyambut ulangtahun pertama perkahwinan kami. Tak pergi jauh pun, cuma ke Kuantan untuk menghabiskan masa bersama kerana saya masih tidak begitu cergas ketika itu lantaran luka caeser masih belum sembuh sepenuhnya..Iman? Nasib baik ada kakak yang memang sentiasa berbesar hati untuk menjaga Iman..

Ogos 2011 - IncikSuami dilanda resah akan status pekerjaannya. Gossip mengatakan segala yang telah diusahakannya selama ini bakal berkubur. Kami berharap semua itu hanya khabar angin..

September 2011 - Alhamdulillah.. Setelah resah gelisah, kami mendapat berita baik.. IncikSuami mendapat satu panggilan temuduga untuk satu jawatan di dalam kerajaan.. Walaupun hanya temuduga, sudah cukup memberi sinar pada kami..

Oktober 2011 - Gossip yang selama ini liar tersebar akhirnya menjadi kenyataan.. Apa yang IncikSuami usahakan selama ini berkubur jua.. Saya tahu IncikSuami amat kecewa.. Tetapi keruh di wajah IncikSuami tidak lama kerana selang beberapa hari, kami mendapat berita yang amat baik.. Allah Maha Pengasih dan Penyayang.. IncikSuami berjaya dalam temuduganya.. Alhamdulillah..

Disember 2011 - Kami bahagia... hik hik hik...


p/s : Seriusnya saya menulis kali ni..hihihi..

Tuesday, October 18, 2011

Oh..Suami Saya Rupanya Boleh Memasak..


Semalam saya malas masak.. Then, IncikSuami bersuara, "Biar ucuk je la yang masak.. Anje relax je hari ni.. Tapi janji anje kena makan ok..Pastu masa ucuk masak anje jangan tgk "..

Terus saya gelak dan kata tak percaya dan tak berani nak makan sebab takut mabuk.. Hahahaha...

IncikSuami kata lagi," hish..anje tak tahu lagi ucuk ni hebat masak tau.. Berapa tahun pengalaman kija chef dulu (ini memang ayat dia biasa gunakan)..Jangan menangis suruh masak lagi pasni sudah"..

Saya terus gelak dan gelak tapi dalam masa yang sama saya suruh IncikSuami ke dapur untuk mulakan acara.. 

Setengah jam kemudian....

Taraaaaaa...

Mulanya saya takut nak makan tapi bila dah makan macam sedap pulak.. Habis sepinggan...Hehehe...

Tak sangka IncikSuami buleh masak mee goreng.. Ingatkan pandai makan mee goreng je.. Hihi.. Pasni masak lagi ye..:)


p/s : Anje-Ucuk... Movie bini2ku gengster.. 



Monday, September 26, 2011

Rambut Gugur Selepas Bersalin

Saya rasa majoriti ibu mengalami apa yang sedang saya alami sekarang. Pada yang tak, anda memang bernasib baik sangat2.. Huhuhu..

Semasa mengandung, rambut saya agak sihat dan masalah kehilangan rambut memang tak ada langsung tapi lepas 3 bulan Iman lahir, rambut gugur dengan banyaknya.. Saya sangat bimbang!!! Kekadang takut nak sikat rambut, nak basahkan rambut.. Rambut penuh di atas katil, di lantai rumah dan dalam kereta.. Aduh..Kalau terbelit di tangan,kaki, leher IncikSuami xde hal la sangat..Hihihi..Takut terbelit kat si anak.. Hish... menjadi2 kebimbangan diri ini..

Masalah ini biasanya tak lama dan menurut IncikGoogle masalah ini akan berakhir bila anak menyambut ulang tahun pertama. Hish, lama gila tu nak pulih seperti sediakala.. Botak dulu kot saya ni..

Nampak gaya petang ni kena gi farmasi untuk cari sesuatu..

p/s : Papa tetap sayang mama kan walaupun mama takde rambut??

Monday, September 19, 2011

Saya Bertudung Sebab.....

A : ooooh, mak/ayah/bf sy suruh pakai.. benci!!!


C : saya nak jd cam hana tajima..kelasss gitu stail hijab dia..

D : malu la sebab saya botak/x sempat rebonding..

E : time balik kampong sy pakai la..segan kat orang kampong...kat KL ni saya pakai skirt pendek baju nampak ketiak nampak br**** pon xde hal lah...

F : rambut itu aurat.. Saya takut balasan Allah..

p/s : cuma geleng kepala je bila tgk..dh bertudung tu pakai je la..jgn nak buka2 balik ok?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails