..:: You Follow I, I Follow You

Mr & Mrs Chenchen

Daisypath Anniversary tickers

♥

Lilypie First Birthday tickers

Ya Allah, Kau Perelokkanlah Segala Perjalanan Hidup Kami

Sunday, May 30, 2010

Tag??..Hehehe...Try la skali

1.Adakah anda happy sekarang?
Orang dalam mood nak kawen rela (bukan kawen paksa tau..ehehe).. Sudah pasti la happy..
2.Kenapa anda Happy?
Sebab orang di atas akan jadi suami saya seminggu lagi..Ehem ehem

3.Apakah benda yang boleh membuatkan anda happy?
Incik Chenchen yang happy..hik hik

4.Pernahkah anda menerima tag??
Pernah..tapi ni baru rasa gedik sikit nak jawab..

5.Nyatakan warna yang anda suka.
MERAH

6.Beritahu 9 orang yang anda mahu tag.
Sesapa yang baca ni pastu rasa cam gedik2 nak jawab maka orang itu la yang saya tag..Aci tak gitu?
 
7.Tuliskan sesuatu tentang orang yang anda tag.Tulis panjang bejela pon takpa.
Alaaaa....jawapan no 6 tu tak menjawab yang ni jugak ke?Tak nak jawab aci?

8.Adakah anda happy dengan apa yang ada?
Ya.. Saya ada tunang yang cintakan saya yang sanggup buat macam2 untuk saya..Saya ada keluarga yang sayangkan saya yang sanggup bersusah payah untuk saya. Saya ada kawan2 yang kasihkan saya yang sentiasa ada untuk saya duka dan suka.. Jadi, saya sangat happy dengan apa yang saya ada sekarang. Terima kasih Allah..

p/s : Tunang saya makin kacak sejak 2 menjak ni..auuuuuuuuummmmmm...hahahaha

Saturday, May 29, 2010

Khamis Yang Hot

Khamis bebaru ni saya telah berlaku kurang ajar pada seorang lelaki yang sangat kurang ajar dengan saya. Saya bersama kawan baik saya, Inca sedang menunggu sebuah kereta keluar dari parking lot dan saya telah memberikan isyarat/signal untuk parking kat situ. Dan anda semua tahu apa terjadi? Penat2 saya menunggu tiba2 kereta lain yang masuk situ. Kalau anda? Apa anda buat? Diam? Mengalah?

Oh Tidak..Saya bukan begitu.. Saya akan pertahankan hak saya. Walaupun saya ni nampak cam lembik tapi saya sangat berani bila tiba masanya..hik hik hik...

Saya cuba hon sebagai tanda amaran kat dia yang saya dah cop parking itu. Tapi korang tahu apa lelaki kurang ajar dan bini dia buat? Dia buat isyarat tangan yang membawa maksud "lantak ko la..aku masuk dulu so, aku buleh parking sini..".. Bini dia lak buat2 muka sambil pegang2 spek hitam dia tu konon2 aku la ada spek hitam..Nyampah...Geram sangat2.. Saya makin panas (dah la cuaca sangat panas masa tu) lalu saya pun membunyikan hon banyak2 kali sebagai tanda memprotes (ajak gaduh..hahahaha...). Tahu apa lelaki kurang ajar tu buat? Dia turunkan cermin keretanya dan belum sempat dia nak bercakap saya sound dia dulu dengan nada yang agak keras..(menengking gak kot..huhuhu).. Tak tahu samada dia takut (ye ke?ehehe) ataupun dia malas nak panjangkan kes dengan saya, dia terus keluar dari parking lot itu..

Yess..saya menang kes ini..ehehehe

Saya sangat geram dengan orang2 yang macam ni. Bukan dia tak tahu kita dah bagi signal tapi pandai buat2 tak nampak. Pastu dah buat salah eh boleh lak dia nak buat2 muka buat isyarat2 yang menyakitkan hati.. Dan mungkin dia ingat lady driver ni senang kena tindas sebab tu la lelaki kurang ajar tu berani nak buat camtu. Sorry ye, lady driver ini walaupun tak pakai spek hitam macam bini dia tu memang tak akan bagi muka langsung kat orang kurang ajar camni..Silap orang la bang...

p/s : Lupa nak amik no plat keta lelaki kurang ajar tu. Yang saya ingat dia memandu Proton Waja. Dia lak berkepala botak separuh dan bini dia pakai spek hitam..(macam orang baru belajar pakai spek je saya tengok..)

Tuesday, May 25, 2010

Doorgift..

Ada 5 jenis doorgift yang disediakan sempena majlis saya ni..

1. Untuk VVVIP : family Incik Chenchen - di sponsor sepenuhnya oleh kakak saya yang bernama Rosmeza yang duduk kat Perak nun..(isi utama : tembikar kecil siap ukir nama saya dan incik tunang..tq kakakku)

 Kak Ja hantar yang dah siap gini.
2. Untuk VVIP1 : kawan2 CikRoss - di sponsor sepenuhnya oleh kakak ipar saya yang bernama Rohana yang duduk kat Kuala Berang.(saya masih tak tahu apa isinya sebab kakak ipar saya masih tak hantar ke rumah)

3. Untuk VVIP2 : kawan2 Incik Chenchen - yang ni kami yang sediakan sendiri. Tak dapat sponsor dari mana2..ehehe (isi utama : kami tempah keychain ada gambar kami)

4. Untuk VIP : bestfren mak/ayah - mak dan ayah sponsor..hik hik (isi utama : mak bagi pasu jugak tapi pasu bunga2 tu..apa ek nama dia? vantage kot)

5. Untuk orang2 kampung - mak dan ayah sponsor sikit2 dan saya juga mengeluarkan belanja..(isi utama : bunga telur sahaja)
""Doorgift ni nampak cam remeh je kan tapi paling cerewet dan pening nak buat sebab kena sediakan dalam kuantiti yang sangat banyak. Gula2 sahaja dah habis sampai RM400. Tak masuk paperbag, bunga telur, kuih2 lagi tu..So, saya nasihatkan sesapa yang nak kawen sila fokuskan 'doorgift' sebagai salah satu subjek utama. Sebab yang ni la selalu buat saya dan mak sakit kepala...Nasib baik la ada kakak2 baik hati nak sponsor..Kalau tak, saya tak tahuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...""
p/s : Mak saya sangat seronok dan teruja untuk sambut menantu baru.. ehehe

Monday, May 24, 2010

Tunang Saya Pon Suka Memblog Rupanya

Tak sangka Incik Chenchen suka juga menulis.. Terkejut mulanya bila tahu Incik Chenchen dah ada blog. Rasa nak menangis pon ada sebab rasa cam sangat2 best..Hahahaha...

Sila la jenguk blog tunang kesayangan saya ini juga.. Blog masih baru dan masih dalam proses mencantikkan dan mensaratkan blog..Syabas dan teruskan usaha tunangku..Kita memang serasi. :)

p/s : Saya pun sayang tunang saya..hik hik

Rumah

Yeaaayyy..rumah yang kami nak duduk selepas kami sah bergelar suami isteri dah boleh duduk dah. Tadi Incik Chenchen call bagitahu, orang2 yang tumpang duduk rumah tu dah dapat rumah lain. So, pasni boleh la bawak saya pergi tengok rumah tu ye Incik Chenchen? Dah boleh kot nak beli apa yang patut.. Tak kisah la keadaan rumah tu yang penting kita boleh hidup aman bahagia di situ.. Nak selesa kena tunggu duit banyak sikit lagi untuk beli rumah impian..ehehehe..Buat masa ni saya tak kisah la.. Jangan risau ye Incik Chenchen...Me OK je duduk mana2 asal dengan anda..:)

Tak sabar la pulak rasanya nak menghias rumah sendiri..Hik hik hik... Incik Chenchen lagi teruja sebenarnya dalam bab nak menghias ni..So, saya rasa saya boleh serah kat dia 100% kot..hehehe

Bercakap psl rumah, mana lagi best dan senang? Beli rumah yang dah siap atau beli tanah pastu buat rumah sendiri...Saya masih lagi berfikir2..huhuhu

p/s : Tak sampai 2 minggu je lagi.. Aduh la..Seram lak rasa...

Wednesday, May 19, 2010

Ulcer Yang Membuatku Lapar...

Dah 2 hari saya "berdiet".. Nak kawen punya pasal sanggup tak makan nasi ni..Huhuhu..

Tak la...Sebenarnya, saya diserang ulcer. Takde maknanya cikguross nak berdiet. Dah sekeping gini..huhuhu..Sungguh jahat ulcer kali ini sebab dia tumbuh atas lidah sampaikan nak buka mulut pon susah. Nak mengajor nak bercakap nak makan semua seksa. Mengalir2 air mata tiap kali buka mulut. So, saya dah 2 hari tak makan nasi. Makan bubur ngn maggi je ni. Kesian kan saya..huhuhu..Mengajar pon guna bahasa isyarat je..Huhuhu..

 Saya perlukan ini..Letak atas ulcer trus buleh makan..Mana nak cari kat pulau ni..uhuhu

Allah tarik nikmat makan dan bercakap untuk 2 hari ni. Insaf sekejab bila fikir mereka2 yang dilahirkan bisu, orang yang nak bercakap tapi takde kawan (dikira tak?huhuhu), orang yang tak cukup makan, orang sakit terlantar takleh makan, org takde gigi (aci x yang ni?huhu).. Saya yang baru 2 hari tak leh bercakap tak leh makan ni tak layak nak mengeluh lagi.. Sakit ni untuk sedarkan saya kan..huhuhu..(positif Tina positif)

Angkara makanan inilah..Saya makan setengah botol tengahari tu. Berenti makan pon sebab rasa lidah macam nak luka..(saya ni memang takleh makan menda masin2 sangat macam makanan ni, asam..memang akan cepat dapat ulcer)..

Ni kalau Incik Chenchen tahu memang kompem dia tak kasi makan dah. (syhhhh..jgn bgtau dia.) Huhuhu..Teringat kes bulan lepas..Perut saya cramp lepas minum air laici/makan laici. Tak boleh bergerak langsung. Pucat muka Incik Chenchen.. Hehehe..Memang terasa disayangi.. La la la la la la.. Pastu sampai sekarang dia tak bagi saya makan laici. Padahal sebelum ni saya makan OK je. Hari tu je kebetulan nak kena sebab makan masa perut kosong..Huhuhu..(p/s : curi2 makan gak blakang dia...muahahahaha)



p/s : Cambest je bersaya saya ni kan. Rasa cam sopan je kan. Rasa cam cikgu je kan. Baiklah, lepas ni saya aka bersaya saya pulak.. Azam kawen..Muahahahah

Tuesday, May 18, 2010

Sejiwa Sehati


Ya..kami memang sehati sejiwa..

Kalau aku suka sesuatu tu dia pasti akan suka jugak..
Kalau aku tak suka sesuatu tu dia pasti tak suka jugak..

Kami memang sungguh sherasi la...(eeee..gediknya aku malam ni...)


Sebab tu kami tak ambil masa berfikir lama untuk melangkah ke alam perkahwinan..(poyo je aku ni..ehehe)..Betul la korang..Kami bercinta secara serius lepas kami sah bertunang tau..Maknanya kami baru 2 bulan berkasih sayang..

Tapi..
Bila tiba bab makan, kami memang tak sejiwa..Apa yang aku suka makan belom tentu dia akan suka. Macam buah berangan, durian, ikan patin, petai, jeruk buah, segala jenis buahan dan banyak lagi.. Apa yang dia suka makan aku pasti tak suka makan macam daging kambing, ayam kampung, arnab, rusa, itik (erk..awk mkn x itik ni?hahahah).. Dan, dia memang raja segala cerewet dalam bab makan..

p/s : Baru perasan..Kami rupanya tak banyak bergambar bersama...Pelik lak..huhuhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails