..:: You Follow I, I Follow You

Mr & Mrs Chenchen

Daisypath Anniversary tickers

♥

Lilypie First Birthday tickers

Ya Allah, Kau Perelokkanlah Segala Perjalanan Hidup Kami

Friday, April 30, 2010

Kad Kahwin & Bunting

Kad kahwin dan bunting dah siap..

So, skang aku dan mak sibuk melipat envelope kad kahwin tersebut.. (envelope dia ni unik sikit walaupun sangat mempatah bahukan untuk melipatnya..huhuhu).. Lagi 400 envelopes tak dilipat. Aku dah tak larat nak tengok sebab banyak sangat tapi mak sangat tekun melipat..(mak jenis dia selagi kerja tu tak siap memang susah betul nak tengok mak berpoya-poya..bagus kan mak saya...kenapalah saya tak ikot perangai mak saya yang satu ni..eheheh)

Berbalik pada kad kahwin dan bunting aku ni, aku nak ucapkan jutaan terima kasih pada iDesign Advertising sebab bagi diskaun yang kaw kaw,siap sponsor sejumlah kad tersebut dan berjaya menghasilkan kad dan bunting yang cantik & cool.. ehehehe..(saya sangat suka bunting ini...ada orang kata Incik Chenchen nampak macam Awal Ashaari dalam bunting tu..ahahahaha....)

sebahagian kad dan bunting

p/s : Tak salah buat baik pada orang. Tak rugi sikit pon jadi baik, berbudi bahasa dengan orang sebab kebaikan itu akan datang balik kat kita jugak. Bagusla Incik Chenchen..:)

Menshopping Part 4

Hari tu aku cakap dah last kan tapi tak leh nak jadi last jugak. Hehehe..

Kecintaan Incik Chenchen pada arena mengambil gambar sangat tebal. So, aku rasa aku nak menghadiahkan dia sesuatu yang sangat disukainya itu sebagai hadiah perkahwinan kami. Asalnya nak beli secara rahsia dan nak buat surprise la kononnya. Khamis lepas,ajak adik bongsu aku teman untuk membeli tapi bila sampai je kedai aku jadi tak tahu apa. Tak tahu nak beli dan tak tahu la pulak nak pilih. Sebab takut salah beli, aku rasa kena ajak Incik Chenchen sekali untuk membeli. Tak boleh nak surprise mende2 gini..ehehe

Keesokkan harinya aku ajak Incik Chenchen ke jeti awal dari biasa dengan alasan nak spend time dengan dia lama sikit sebelum aku berangkat ke Redang. Nak ajak dia beli ni pon aku langsung tak bagitahu dia. Terkejut dia bila aku ajak dia masuk kedai tersebut. Reaksi dia? Hehehe... Aku rasa korang buleh bayang sendiri..ehehe..(Ye ye..saya tahu awak sayang saya, Incik Chenchen)..

Pastu Incik Chenchen lak kata, "Awak nak apa?" Aku senyum je dan kata.."Kahwin dengan awak adalah hadiah yang paling saya hargai." (aku ni memang selalu buat ayat2 'bomoh' gini dan jampi2 dia cara gini)...ehehe

Tapi akhirnya, Incik Chenchen belikan jugak sesuatu yang memang dah lama jugak aku berangan nak. Apa dia? Ada dalam paper bag kat bawah ni...ehehe..Teka la.. Aku tak mintak tau. Dia yang suka nak belikan. Hahaha..Bahagia je rasa..


p/s : Menghitung hari

Wednesday, April 28, 2010

Mimpi Tak Best...

Semalam aku mimpi Kechek mati. Sepanjang hari aku fikir. Rasa cam nak balik terus je hari ni..Pastu sekarang ingatan aku pada Kechek makin kuat. Menjadi2 lak rindu nya. Rindu aku pada Kechek melebihi rindu aku pada Mak, Incik Chenchen, Murad, dan semuanya. Huhuhu...Nak balik..Nak jumpa Kechek. Nak dengki2 Kechek. Nak lambung2 Kechek. Pendek kata, aku nak Kechek...huhhu


p/s : Nak nangis..(nak nangis je..xde la rindu kucing sampai menangis..poyo je..ahahaha)

Monday, April 26, 2010

Susun Silang Kata -Aizat

Suatu ketika sewaktu perjalanan pulang ke rumah dari aktiviti makan2, DJ radio HotFm mainkan lagu ini. Dan Incik Chenchen berkata...
Incik Chenchen : Lagu ni untuk awak..
Reaksi aku? Aku diam je...Tapi senyum tak habis2 la sepanjang lagu ni..Dalam hati ada taman, ada bunga2, ada butterfly..Hahaha.. Pastu selepas seminggu, baru aku teringat pasal lagu ni. "Sekian lama ku mencari, rupa-rupanya di depanku".. Dia yang aku nak elak nak jauhkan diri akhirnya bakal jadi suami aku.. Siapa sangka. Kami pun masih gelak2 bila teringat akan kisah sebelum kami berkasih sayang..Love u Incik Chenchen..:)

Aku ingin bermimpi denganmu
Ke awana untuk teman bintang bulan
Kerananya lebih terang sinarnya
Dengan kehadiran kau dan aku

Bagiku kaulah yang terindah
Manisnya senyuman anugerah Tuhan
Memarakkan api dalam diriku
Tak pernah aku sangka ada

Asingnya buatku
Asyik memikirkan dirimu

(korus)
Kau umpama susun silang kata
Yang terakhir untukku
Sekian lama ku mencari
Rupa-rupanya di depanku
Hidup ini tak bererti
Jika tiada cinta di hati
Untuk terus ku teguh berdiri

Bagiku kaulah yang terindah
Manisnya senyuman anugerah Tuhan
Memarakkan api dalam diriku
Tak pernah aku sangka ada

Asingnya buatku
Asyik memikirkan dirimu

(ulang korus)

Dan tak kira apapun
Yang terjadi dalam mimpiku
Usahlah ia berakhir
Tanpaku memilikmu

















p/s : Bahagia...la la la la la

Wednesday, April 21, 2010

Walimatul Urus

Ehem ehem..
Saya nak kawen..  cam malu lak..ahaha

Dengan ini, saya nak menjemput :
  • pembaca2 kesayangan saya yang selalu update blog saya ini. Datang la kalau rasa boleh datang ye. :)
  • ex-BF, saya jemput anda ikut sini je la. Ajak your family n ur gf datang juga kalau sudi.
  • mereka yang tak puas hati dengan hubungan saya dan Incik Chenchen. Moga bila anda datang anda akan lebih memahami.
  • stalker gila dalam post sebelum ini. Walaupun anda gila, saya tetap nak jemput. . Kalau datang, sila masuk dan makan. Toksah la duduk luar pagar umah macam mana anda buat masa saya bertunang hari tu.
 p/s : kalau nak datang bagitahu ye..saya akan bagi kad..:)

Sunday, April 18, 2010

Menshopping Part 3

Bestnya menshopping. Seumur hidup tak pernah lagi menshopping sebanyak ini. Penuh kereta. Habis agak banyak jugak tapi peruntukan untuk ini memang dah lama diasingkan. So, tak la ralat sangat. Hahaha.. Tapi memang best kan bila berpeluang shopping sakan. Rasa macam anak Donald Trump je.. ehehehe..

Cadangnya nak amik gambar dengan semua barang yang dibeli. Tapi asyik bertangguh je.
"Ala...kejab lagi la. Pasni la. Malu la. Penat la. Makan dulu la. Apa la..."
Sudahnya, sampai ke rumah satu gambar barang pun tak ambik. Kecewa sebab tak tahu bila lak berpeluang untuk shopping sampai tak muat tangan nak bawak gitu. Rugi2..Hahahaha

Incik Chenchen dah haramkan aku pakai baju ni. Sexy sangat katanya..Ada sapa nak baju ni?Huhuhu
Penat...Tunggu orang amik kasut untuk dingetest..(Aku tak suka brand ni sebenarnya tapi takde pilihan lain dah. Terpaksa jugak..Huhuhu)

Sebenarnya, kami takde kerja..

Aktiviti menshopping untuk majlis kahwin kami tamat pada hari itu. Nak tengok barang2nya? Korang tengok hantarannya nanti la. Yang dah siap gubah cantik2 la ye... Tungguuuuu...

p/s : Me tak puas hati la ngan kasut me. Nak beli lain boleh tak? Nak gi cari kat KB lak.. Buleh tak Incik Chenchen? Boleh laaaaaa.... huhuhu

Pulau Redang Episod 2

Gambar2 di atas sudah cukup untuk membuat korang tak sabar2 nak jejakkan kaki di Pulau Redang ni kan.. :)


Incik Chenchen dan geng2 opisnya sepakat nak datang sini dalam masa terdekat. Aku pon tumpang happy..Yahooooo!!!

So, tadi sempat la bertanya pada sorang cikgu kat sini yang merupakan penduduk tetap Pulau Redang ni. Tanya punya tanya dan korek punya korek akhirnya ini lah harga/pakej yang paling murah aku buleh dapat...

Homestay : 1 hari 1 malam ~  + RM500 sebuah rumah (2 bilik)
Sewa bot : 3 jam ~  + RM200 untuk keliling pulau termasuk snorkeling

Aku rasa memang dah OK sangat2 ni. Sebab kalau korang duduk mana2 resort pon belom tentu akan dapat murah camni.. So, Incik Chenchen n the geng, apa lagi? Jom berkampung di Pulau Redang...ehehehehe..

p/s : Minggu ni balik awal lagi. Rabu ada meeting di SMK Padang Negara.. Ooo yeaaaahh!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails