..:: You Follow I, I Follow You

Mr & Mrs Chenchen

Daisypath Anniversary tickers

♥

Lilypie First Birthday tickers

Ya Allah, Kau Perelokkanlah Segala Perjalanan Hidup Kami

Monday, May 17, 2010

Pre-Wed???

Rasa cam nak amik gambar pra perkahwinan jugak la..Rasa cam jeles je bila orang buat gitu...Pastu print cantik2 letak kat dinding rumah masa majlis nanti..Alaaaa...nak la jugak!!!!

Incik Chenchen ku sayang...bolehkah kita mengambil gambar pra perkahwinan juga? Diriku seperti teringin...Huhuhu..

curi gambo org.hehehe...nak gini gak..nak jugak...huhuhu

p/s : Kita pakai la Sakinah kejab..ehehehe

Sunday, May 16, 2010

Mengclearkan Inbox...

Hari ni aku macam takde kerja nak buat. Rasa nak buka email dan delete segala yang tak berfaedah kat dalamnya..Korang tahu berapa unread msg aku? 2476 unread messages dan 1096 yang dah baca..Aku ni memang susah sangat nak cek email..Kadang2 dalam seminggu ada la sekali aku cek. Tu pon sebab nak hantar email kat kakak aku pasal nak order tudung. Kalau tak, memang tak tercek la..Huhuhu

Tengah syok2 mengdelete, terjumpa satu email yang tak disangka ada dalam peti inbox aku..Dah lama sangat usia email ni. Sent pada 11 Februari. Lama sangat la kan. Dan hari ni baru aku perasan. Aduh lah..

Kepada si pengirim, email itu dah dibalas dan ditulis dengan nada yang sangat lemah lembut, bukan sinis tapi ikhlas dari hati. Semoga kalian bahagia sehingga ke akhirat..Aminn

p/s : Lagi 3 minggu..Aduhai...

Thursday, May 13, 2010

Nama Penuh CikguRoss

Ramai yang tanya kenapa panggil TINA sedangkan nama penuh takde langsung nama TINA tu..
Meh sini aku nak cite..Cite ni ada 2 versi..

VERSI 1

Lahir je aku ke dunia ni, kakak sulung aku dah siapkan nama untuk aku..Aku tak ingat nama apa dia nak letak tapi aku tahu dia memang nak letak nama yang ada TINA la..Nanti aku tanya dia balik..ehehe..
Pastu ayah aku lak dah ready nama aku siap2 iaitu ROSELAWATI. Berlaku la perebutan pemilihan nama aku. Kalau lah masa tu aku buleh bersuara, aku pasti nak nama Nur Syahrul Ehsan..muahahaha...
Dan, akhirnya ayah aku la yang menang sebab dia yang daftar surat beranak aku. Dan nama ROSELAWATI tu la yang jadi nama aku sampai sekarang.
Kakak aku ternyata menang jugak sebab nama TINA tu yang lekat sampai sekarang. Orang2 yang datang melihat aku masa tu diperkenalkan dengan nama TINA. Dan, orang2 kampung aku memang kenal aku dengan nama TINA. Cuba la sebut ROSELAWATI, sah orang tak kenal kecuali kawan2 sekolah.

VERSI 2

Ayah memang nak nama ROSELAWATI dan nama tu pun didaftarkan. Pastu, memandangkan nama tu cam panjang sangat dan bila orang tanya nak panggil aku apa masing2 tak tahu nak amik apa kat nama tu.. ros ke wati ke.. Last2, kakak sulung aku minat sangat kat nama TINA bagi cadangan supaya aku dipanggil TINA. So, lekat la nama TINA tu sampai sekarang..

Dan aku lak lebih selesa memperkenalkan nama diri sebagai TINA kepada sesapa je yang tak tahu nama penuh aku. Setakat ni cuma kawan2 tempat kija (sekolah) dan anak2 murid je panggil aku CIKGU ROSS..

Dah tu apasal kat facebook letak ROSS TINA? Ala...tak semua orang panggil aku dengan nama TINA dan tak semua orang panggil aku ROSS jugak. Tu yang jadi ROSS TINA tu..

Clear tak korang?

So, pasni terpulang la pada korang nak panggil aku apa. Semua aku sahut asal jangan panggil aku HEY, POMPUAN, dan apa2 panggilan yang tak sedap didengar...

p/s ; Anak sedara panggil CHE DE..dan pasni ada nama lain lagi satu.. UTEH kot?hik hik hik...(gedik)

Wednesday, May 12, 2010

Hari ini saya sangat sibuk sedikit..

Alahai..lagi 24 hari..debaran makin terasa dan makin dekat nak kawen makin kerap aku sakit kepala.. Tidur tak cukup (x lena pun sejak 2 menjak ni), selera makan menurun..

Hari ni rasa sangat sibuk dengan macam2 urusan. Hari ni aku nak :
  • cari selendang nak pakai masa majlis sanding dan sambut menantu. Masing2 kaler oren dan krim. 
  • buat frame gambar sebesar cek untuk letak cek (duit hantaran). 
  • beli uncang untuk letak gula2. Doorgift.
  • amik kasut hantaran kat Gdex. Semalam dia hantar aku xde kat umah.
  • gi pusat servis Suzuki untuk suruh diorang cek reverse sensor Murad yang dah bisu skang.
  • gi BSN untuk tukar duit hantaran kepada Sijil Simpanan Premium. Mana tahu buleh menang Mercedes.ahahaha
  • gi PPDKT untuk hantar maklumat murid kelas prasekolah aku.
  • gi butik pengantin untuk hantar balik baju yang dipinjam untuk tujuan pembelian tudung.
  • tempah kek kahwin untuk acara membelah-belah kek..
Dan, semua ni aku buat sorang2. Takde yang meneman. Incik Chenchen kija dan kawan2 lain kija dan mak n ayah aku pulak ke Kuala Berang.

p/s : Ketagih minum nescafe...Tu yang sakit kepala sangat tu kot..

Sunday, May 9, 2010

PA System??????

Plan asal nak pakai DJ tapi bila difikirkan bajet yang makin menipis, aku batalkan hasrat untuk menggaji seorang DJ. (tgk la camne kalau di saat akhir aku dapat sponsor yang ini..ehehe)

Selepas membaca blog kawan aku, aku rasa aku pun nak buat macam dia jugak la. Aku amik idea ko ye Misz Sephia..ehehe..Aku sekarang tengah sibuk mengoogle dan seterusnya mendownload lagu2 kahwin. Boleh la korang dengar masa majlis aku nanti. Sekarang aku dah berjaya mencari sebanyak 25 buah lagu. Lagu2 yang aku dapat pon kebanyakannya lagu yang bila orang dengar memang nak dengar lagi la..ehehehe..(perasan je aku ni kan..ahaha)

Adik aku pon cakap setakat nak pasang lagu2 gini dia pon boleh buat. Hehehe..So, tak payah la membazir kan..huhu..




p/s : Tak sabar la pulak nak kawen..hahahaha

Wednesday, May 5, 2010

Jari-jari ku sakit semua Part 2

OK tak? saya budak baru belajar menjahit..:)

Sebenarnya tak siap pun lagi aktiviti menjahit ni. Ada lagi sikit dan kalau aku konsentret malam ni, memang boleh siap dah ni. Cuma hari ni aku rasa sangat la malasnya. Duduk ngadap buat ni memang tersangat la rasa nak patah pinggang. Kalau baju ni bukan baju kawen, kompem aku tak jahit lagi.

Simple je aku buat sebab nak buat nak jahit cantik2 aku kena masuk kelas "mari menjahit manik secara bersungguh2".. Ada la yang cakap.."cantik2..kagumnya..kreatifnya" tapi aku sikit pun tak rasa bangga sebab bagi aku nak jahit manik tabur gini tersangat la tidak memerlukan kemahiran cuma kesabaran dan ketekunan diperlukan. Hehehe.. Senang je la korang.

Tema kahwin aku nanti adalah oren-gold. Sebab tu aku pilih manik kaler gitu. OK la kan? Ke nampak kelakar? Hehehe.. Sila jangan komen sekadar nak sedapkan hati aku. Kalau tak cantik sempat lagi ni aku nak cari baju lain.. Hehehe..Tudung untuk padankan dengan baju ni dalam proses. Tauke tudung yang aku jual tu nak sponsor tudung tu. Dan my besfren, Im nak bagi pinjamkan veil putih dia. So, dah banyak jimat ni..:)..

p/s : CikRoss sayang Incik Chenchen sebab Incik Chenchen sayang CikRoss...

Saturday, May 1, 2010

Bila Ditegur....

"Tak yah la amik gambar gitu lagi. Takyah peace2 semua tu. Buat cam orang amik gambar biasa je...Delete semua gambar gitu ye pasni.."
Langsung tak lalu makan pastu..Selama ni kalau makan apa2 tak pernahnya nak perah limau nipis tapi hari ni elok je aku perah atas fish and chips aku..Pelik je rasa makanan tu jadinya tapi habis je sepinggan..ehehehe..Senyap tanpa suara sekejab sampaikan orang yang menegur serba salah.


Aiseh..takleh ke amik gambar gini? gedik ke nampak?

Kena amik gini la ye? Alaaaa..penat la duduk tegak2 gini..Huhu

p/s : Tengok la gane. Takleh janji sebab tak syok amik gambar straight cam org skema..Hehehehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails