..:: You Follow I, I Follow You

Mr & Mrs Chenchen

Daisypath Anniversary tickers

♥

Lilypie First Birthday tickers

Ya Allah, Kau Perelokkanlah Segala Perjalanan Hidup Kami

Thursday, April 15, 2010

Menshopping Part 2

Baru sampai umah dari aktiviti menshopping..

2 hari ulang alik dari Kemaman (kitorang menginap di rumah Mak De Incik Chenchen) ke Kuantan dan 2 hari juga la kami keluar masuk East Coast Mall dan Berjaya Megamall Kuantan. Tak puas hati sangat dengan pilihan yang dibuat sebenarnya tapi redha je. MALAS nak fikir dan MALAS nak ke KL.

Sangat penat tetapi membahagiakan sebab first time dapat luang masa dengan sangat banyaknya dengan Incik Chenchen..(kitorang mana pernah dating secara beria-ia pon sebelum  ni..tu yg jd bahagia sangat tu bila berpeluang..ahahahahah..poyo lagi)

 Clash Of The Titans (3D)
 @ Levis Store. Sambil nunggu Incik Chenchen ngetest baju dan seluarnya.


Gambar nanti aku upload. Malam ni tak larat dah. Online ni pon sebab Incik Chenchen suruh pilih design bunting. Kalau tak, lama dah kroh kroh kroh... huhuhu


p/s : Sesi luahan perasaan tadi I suka la Incik Chenchen..Tapi kalau dizahirkan dalam bentuk tulisan lagi sangat meng'terharu'kan...ahahahaha..

Tuesday, April 13, 2010

Bomoh?????

Aku bomohkan dia? Hebatnya aku...Eeeeee

Kepada yang menuduh, Allah bagi akal untuk ko fikir, so fikirlah sebelum bercakap. Jangan cakap ikot sedap mulut je. Ustaz mana yang cakap aku ni pandai membomohkan orang? Aku cabar ko bawak ustaz tu jumpa aku dan buktikan.


Astaghfirullahalaziim...

Tak pernah terlintas dihati aku untuk percaya kepada perkara khurafat lagi syirik tu dan sebagai seorang yang tahu serba sedikit hukum hakam agama dan juga menjalankan kewajipan sebagai seorang hamba Allah, aku masih waras berfikir. Tahu mana yang betul mana yang salah. Apa hukum main bomoh ni ek?

Aku takkan gunakan cara yang keji camtu la untuk dapatkan sesuatu. Karuut gila!!!

 ni kot bomoh yang aku guna..huhuhu

p/s : Nak jumpa bomoh pon takut apa lagi nak bomohkan orang.. Hish..Nauzubillah

Tuesday, April 6, 2010

Mari Main Air

Minggu ni tema AIR..
Semalam aku dah siap2 pesan kat anak murid supaya bawa baju spare sebab nak main air esoknya.

Dan esoknya, aku ajar anak murid aku buat kapal kertas..Siap lipat, diorang warna cantik2..

Pastu, aku bawak diorang gi kat satu kolah belakang kelas prasekolah aku untuk hanyutkan kapal tu..

Murid : Cikgu..boleh ke letak dalam ni?
Cikgu : Takpe..letak je..Cepat2...semua letak kapal masing2 dalam air...Cikgu nak buat ombak...
Murid : Cikguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu, habis basah kapal kita. (sambil gelak2)
Cikgu : Takpe..nanti kita buat lagi..Kan awak dah tahu camne nak buat kapal kan?
Murid : (angguk2)


Aku ajak diorang masuk kelas balik untuk buat kerja lain lak sementara tunggu waktu balik. Sebab ada acara lain yang lebih seronok lepas ini..ehehehe


Lagi 15 min nak balik aku ajak murid2 aku keluar kelas lagi sekali. Kali ni, aku dah pegang hos..ehehehe (cikguross tengah berfikir sesuatu yang nakal ketika itu)

Cikgu : Ok..semua skali buka kasut masing2 pastu datang kat cikgu.
Murid : (senyum2..macam dah boleh agak apa cikguross diorang nak buat agaknya..ehehe)


Seronoknya diorang main air. Dan diorang balik rumah masing2 dengan baju yang kuyup itu.. (umah diorang dekat2 je...tak payah la salin baju...insyaallah, takde apa2...ehehe)

Ikotkan hati nak main skali..Tapi apakan daya, aku bukan murid prasekolah. Aku cikgunya...huhuhu

p/s : Hati yang panas dah sejuk balik...Incik Chenchen memang MEMANG....huhuhu

Monday, April 5, 2010

Memperkenalkan..

Hari ni aku nak gedik2..
Hahahaha...

Me & Murad

Badrol
Wakchor
Harun
Mubarak

Semua ni adalah harta kesayangan aku..Takde la korang terpinga2 lagi bila aku sebut nama2 tersebut. Incik Chenchen, jangan jeles ye..Me memang suka letak nama lelaki..Muahahahahahahah

p/s : Bila takde kija...ehehehe

Sunday, April 4, 2010

Biarkan Dia.....

Aku tak paham..
Kawan jenis apakah korang?
Kenapa tak habis2 nak salahkan dia atas apa yang terjadi?
Pernah korang cuba selami hatinya?
Adil ke kalau cuma nak selami hati yang satu lagi?
Dia bukan kawan korang ke?
Aku cukup2 tak paham!!!!!!!
Dan korang, tolonglah faham..

p/s : Marah sangat2!!!!!!

Friday, April 2, 2010

Indahnya....

Sms bertalu2 masuk hari ni..
Dekat FB lak berduyun2 komen..
Terima kasih sebab sayangkan aku, ingat tarikh istimewa aku ni. Hargai sangat2.. 

Tapi kan.. Dalam banyak2, aku paling hargai apa yang Incik Chenchen buat untuk aku.(of course la..hehe).. Apa yang dia buat aku rasa tak perlu la kot nak cite kat sini.. Yang pasti, aku sangat suka sampai menangis. Dia memang kaya dengan kejutan dan sungguh penyayang.. Waaaaaaaaaaaaahhh, diriku sungguh bertuah jadi tunang kamu wahai Incik Chenchen...:)



p/s : Allah S.W.T tidak akan menguji hamba-hambaNya sekiranya kita tidak mampu untuk menanggungnya. Apabila kita diuji maknanya Allah menyayangi kita. Yakin dengan ada hal lain yang mengatur hidup kita. Pastinya, sesuatu yang terjadi ada hikmah disebaliknya.  Aku bersyukur hari ini setelah diuji dengan kepahitan cinta masa lalu, aku ditemukan dengan dia.

Thursday, April 1, 2010

2 April Datang Lagi

Naik lagi setahun umur aku..Dan tahun ni insyaallah tahun terakhir aku sambut dengan status CIK..(tahun depan dah status lain...ouch!!!!)

Semoga dengan pertambahan usia ni makin mematangkan segala perlakuan, gerak geri, tingkah laku, akal fikiran dan emosi aku.. 

Semoga aku dipanjangkan umur, dipeliharakan kesihatan, makin dimurahkan rezeki, dikurniakan suami yang baik serba serbi dan bahagia selamanya. Insyaallah..Doakan aku ye..:)

 p/s : Me suka surprise u Incik Chenchen..Mmmmmmmmuuuuuuahhh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails