..:: You Follow I, I Follow You

Mr & Mrs Chenchen

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Ya Allah, Kau Perelokkanlah Segala Perjalanan Hidup Kami

Tuesday, February 22, 2011

Papa & Mama To Be Photo ShootOut

Saya memang dah lama nak buat ni..Tapi bila fikirkan pasal duit yang perlu disimpan untuk bb, saya pendamkan je hasrat..Bayangkan pakej untuk ini harga dia hampir RM600.. Saya tak berani la nak bazirkan duit semata2 untuk mengambil gambar gedik2 kami laki bini.. Banyak lagi woo nak pakai duit..

Tapi kan...

Saya nak jugak...huhuhu

IncikSuami memang memahami bini dia ni.. IncikSuami kumpulkan beberapa kawan dia yang memang minat sangat ambil gambar ni maka terjadilah sesi menggedik di Lagoon Kuala Ibai (dekat masjid terapung)..Best best sebab free...hehehehe

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhh...saya suka saya suka saya suka...Mula2 memang asyik nak tergelak malu sebab ramai gila orang sedang berpiknik tapi bila dah lama2 tu, saya rasa macam takde orang lak kat situ...ehehehehe

Sesapa yang rasa nak tengok aksi gedik2 kami, buleh la ke Facebook saya..Tak add saya pon anda masih buleh tengok sebab saya baikhati nak berkongsi..ehehehe.. Pasni saya akan 'private' kan balik album itu... Cepat cepat cepat.....:)) Dan ini pula gambar kononnya behind the scene la...ehehehe...


Team Cudak@Photo

p/s : Amaran : kalau rasa bakal geli dengan gambar2 saya, sila jangan cuba tengok ye.. hehehe.. jangan kata saya tak bagi amaran pulak....

Monday, February 14, 2011

Oh Mengandung IV

Pejam celik pejam celik...Dah masuk 8 bulan kandungan saya. Alhamdulillah, kami bakal mendapat seorang hero April ini. Yeaaaayyy.. Memang impian kami nak hero yang pegang title anak sulung kami.. :).. Berdebar lak nak tunggu April. Moga dipermudahkan Nya.

Saya dah tahu kenapa jerawat batu itu tumbuh dengan banyaknya.. Selain perubahan hormon, faktor minum susu adalah penyebabnya jugak. Saya alergik susu  rupanya. Saya pernah terbaca dalam Mingguan Wanita dulu dan tanya Incik Google pasal susu penyebab jerawat batu. Rupanya, saya salah seorang yang "bernasib baik".. Huhuhu...Sejak saya tahu, saya memang tak minum dah Anmum. Dan, jerawat batu tak tumbuh merata2 lagi di muka saya. Tapi akibat dari itu, tiap2 subuh kaki saya akan cramp (sakit gila woooo). IncikSuami tak sanggup nak tengok saya menderita kesakitan (chewah!!), lalu dia belikan saya susu kambing sebagai kalsium alternatif. Ya Allah, rasa dia.. Sangat pelik dan berair2 mata nak habiskan satu mug. Setakat ni jerawat tak tumbuh lagi la.. Mintak2 la OK sebab tak lalu dah nak telan air soya. Amin...

Nafsu makan.. Hahahahahahahaha..Gelak dulu sebelum tulis.. Mak tak kasi saya tengok program masakan sebab dia tahu kalau saya nampak je mesti saya nak makan. Pendek kata, saya memang tak boleh tengok gambar makanan. Habis saya nak. Tu tak tengok saya membeli belah time gi pasar malam. Hehehehehe...Kalau tengok pada cara makan macam tak caya baru naik 8 kg sejak ngandung. Berat saya hari ni 60kg. Sebelum jadi bini IncikSuami 52kg. Tak nampak sangat kot perubahan saiz CUMA muka saya sangat tembam. Hahaha.. Tiap kali duduk depan cermin mesti nak gelak2 nak senyum2 sebab macam tak percaya orang di dalam cermin tu adalah saya. Gumoksssnya pipi gue..

Tidur...ni pon masalah jugak ni.. Kalau dulu, saya agak jarang tidur siang. Tetapi, skang ni tidur siang dah jadi aktiviti wajib. Balik sekolah perkara pertama dalam kepala adalah tidur. Kemudian, baru makan. Mana la tak tembam pipi saya ni kan..Hehehehe...

Kelengkapan baby dah setel. Setakat ni cuma set bersalin dan barang keperluan saya tak beli lagi. Cadang nak pakai Sendayu Tinggi dan tadi gi la survey harga.. Telan air lior jab bila tengok.. RM4** jugak termasuk bengkong. Nak balik umah termenung dulu la..Hehehe....

Minyak selusuh pon mak dah sediakan satu botol. Kena minum 1 sudu kecik sehari dan sapu kat bawah perut bila kandungan masuk 9 bulan. Apa tu minyak selusuh? Sebenarnya, minyak selusuh ni minyak kelapa je yang telah dibacakan ayat2 suci al-Quran untuk memudahkan proses bersalin. InsyaAllah, dengan izinNya. Macam mana la ek nak minum minyak.. Mesti berair2 lagi mata saya nak menelannya. Lagi sebulan nak tak nak saya kena telan jugak. Huhuhu

Dekat2 nak bersalin ni ramai yang suruh saya minum air kelapa kalau nak anak lahir nanti bersih. 3 minggu lepas IncikSuami dah belikan 2 biji dan itulah kali terakhir saya minum air kelapa. Sedap pulok ek air kelapa..Petang ni paksa IncikSuami gi cari la...hehehe

Untuk makluman, saya dah makan semua makanan yang saya takut nak makan dulu. Saya dah minum air tebu sesuka hati, saya makan 10 biji mempelam putik muda sekali makan, saya makan nanas dengan gembiranya dan alhamdulillah saya OK je. Ala...dah 8 bulan kan...InsyaAllah, xde apa2..

Ok la..tu je kot..

p/s : Dag dig dug..di dalam dada...Jantung berdebar aduh indahnya amboi...ehehehe


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails